BAITULMAQDIS 5 Ogos – Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak berkata, Israel akan kembali menyerang Genting Gaza yang diperintah Hamas, walaupun gencatan senjata sedang dilaksanakan di kawasan itu pada bulan lepas.
“Sesiapa yang terlepas mengikuti operasi-operasi di Genting Gaza, tidak perlu bimbang kerana ia (operasi) akan dilaksanakan semula,” jelasnya ringkas semasa perayaan Parti Buruh di Jerusalem.
Pada Jun lalu, Israel telah mengadakan gencatan senjata dengan pejuang Palestin di Gaza yang diusahakan oleh Mesir bagi menghentikan beberapa serangan roket dan mortar yang dilancarkan oleh pejuang Palestin dari wilayah miskin di selatan Israel.
Bagaimanapun, pegawai Israel khuatir dan mengesyaki Hamas mengambil kesempatan atas gencatan itu untuk melatih anggotanya dan menyeludup senjata melalui terowong-terowong di sempadan Mesir.
Selain itu, Israel berpendapat tempoh gencatan itu bergantung kepada kemajuan rundingan bagi pembebasan seorang askar simpanan Israel, Gilad Shalit yang ditangkap oleh pejuang Palestin di Gaza dalam satu serangan di kawasan sempadan pada 25 Jun, 2006.
Menurut Ketua Tentera Israel, pihaknya mengetahui lokasi Shalit termasuk kumpulan yang menahannya dan membayangkan Israel mungkin menggunakan tentera untuk mencari Shalit. - AFP
Tuesday, August 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment