Monday, June 30, 2008

Loyal to the End

The Winter Robbery



Give me the Scarf, and Nobody Gets Hurt...

Find 11 faces

Am I Cute...?

Pretty Lady



Ape yg Dia Buat Tu?


sempat lg posing tu...

Najib nafi dalang kes dakwaan liwat Anwar... ?????

30/06/2008 2:22pm


KUALA LUMPR 30 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan beliau merupakan dalang dalam kes dakwaan liwat terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, ahli-ahli politik Barisan Nasional (BN) tidak pernah terlibat dalam mengugut ahli-ahli politik.

Berkaitan dengan gambar lelaki tersebut dengan pegawainya, beliau memberitahu, lelaki yang membuat aduan terhadap Anwar itu datang ke pejabatnya untuk mendapatkan surat sokongan bagi mendapatkan pinjaman daripada Majlis Amanah Rakyat yang dibuat tiga bulan lepas.

``Lelaki terbabit merupakan seorang pemimpin pelajar dan adalah perkara biasa mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawainya untuk mendapatkan sokongan.

``Lelaki terbabit juga ada mengambil gambar dengan menteri-menteri Kabinet lain,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri sidang Dewan Rakyat hari ini.

Najib mengulas mengenai tindakan seorang lelaki berusia 23 tahun membuat laporan di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 5.45 petang mendakwa dia telah diliwat oleh majikannya yang juga seorang pemimpin politik di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun lepas.

Rahsia Di sebalik Demam


Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah
hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?

Hakikat Demam.

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :

“Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

“Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Muslim)

Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah
telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah
menzahirkan berbagai jenis
kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan kepanasan api neraka di sini ialah satu perumpamaan antara panas orang yang demam
dengan panas api neraka sebagai peringatan kepada diri manusia betapa panasnya api neraka. Namun pendapat ini disanggah oleh Ath-Thayyibi dengan
mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal dari kepanasan api neraka sedari
mula atau sebahagian dari hembusan api neraka.

Adapun maksud “mendinginkannya dengan air” itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah bersedekah dengan air, kerana ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yang
paling afdhal itu ialah memberi minum air.

Mengeluh Dan Mengadu Kerana Demam.

Memang tidak dinafikan bahawa ada setengah orang mengeluh kerana demam atau mengerang kerana kesakitan. Apakah perbuatan ini diharuskan dalam agama?

Sebenarnya kita tidak dilarang untuk mengadu atau mengeluhkan kesakitan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Apa yang dilarang ialah kita mengeluh
dan mengadukannya kepada orang lain sesama manusia. Nabi Shallallahu alaihi wasallam sendiri, para sahabat
dan pengikut-pengikut mereka, pernah mengadukan kesakitan mereka.
Diriwayatkan bahawa Al-Hasan Al-Bashri sewaktu sahabat-sahabatnya datang ke rumahnya, mereka menemuinya sedang mengadukan sakit giginya kepada Allah
Subhanahu Wa Taala dengan berkata yang ertinya :

Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada (yang lain) yang mengasihani.

Adapun yang dimaksudkan dengan larangan mengadukan kesakitan kepada sesama manusia itu ialah mengadukannya dengan cara merasa jemu dan benci dengan
penyakit itu. Akan tetapi jika seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya kepada
kawan-kawannya supaya mereka dapat mendoakannya sembuh, maka dalam hal ini tidaklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika seseorang itu mengeluh
kerana sakit, tetapi keluhannya itu boleh mendatangkan kerehatan kepadanya atau boleh meredakan
kesakitannya, maka tidaklah juga menjadi apa-apa.

Al-Quran ada menceritakan tentang kesabaran Nabi Ayyub Alaihissalam dalam menempuhi segala penderitaan. Di antara penderitaan yang Nabi Ayyub alami
ialah berpenyakit gatal. Penyakit gatal ini sangat dahsyat. Apabila digaru dengan kuku, maka kuku baginda akan tanggal, tetapi masih juga bertambah
gatal. Kemudian baginda terpaksa menggarunya dengan barang yang kesat. Tidak cukup dengan itu, baginda menggaru badannya dengan pecahan periuk dan
akhirnya dengan batu. Namun masih juga merasa gatal. Sehingga dengan tidak disedarinya dagingnya telah luka dan koyak. Maka keluar dari tubuh baginda
yang luka itu, nanah yang baunya sangat busuk. Orang ramai yang tinggal di sekitarnya tidak tahan dengan bau busuk itu, lalu mereka keluarkan Nabi
Ayyub dari negeri tempat tinggalnya ke tempat terpencil. Semua orang
memencilkannya kecuali isterinya yang merawatnya.

Nabi Ayyub tidak pernah mengeluh dengan apa yang menimpanya, bahkan dia bersifat sabar dan tahan menderita. Apa yang dilakukannya hanyalah bermohon
kepada Allah agar mengasihaninya. Cubalah kita perhatikan permohonan Nabi Ayyub yang disebutkan di dalam Al-Quran :

Tafsirnya : “Dan Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja
yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani” . (Surah Al-Anbiya¡¦: 83)

Jika kita perhatikan kalimat-kalimat yang disebut oleh Nabi Ayyub Alaihissalam dalam ayat ini, alangkah halusnya budi bahasa baginda dalam rayuannya
kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Baginda menyebut “aku disentuh” dan tidak menyebut perkataan “aku ditimpa”. Di sini menggambarkan bahawa celaka itu
sendiri yang datang menyentuh dirinya. Nabi Ayyub tidak menyebut juga “atas kehendakMu”, kerana kesopanannya yang sangat tinggi terhadap Allah
Subhanahu Wa Taala. Selepas itu, rayuan baginda disudahi dengan kata-kata yang halus juga iaitu: “Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani
daripada segala yang mengasihani” .

Pada suku kata pertama, Nabi Ayyub mengadukan perasaannya yang dapat menimbulkan rasa kasihan dan pada suku kata kedua disebutkannya sifat Allah yang
lebih pengasih daripada sesiapa jua pun yang pengasih. Hanya inilah permohonan Nabi Ayyub kepada
Allah. Dia tidak merungut dan mengeluh, apatah lagi menyesali apa yang telah berlaku. Dia cuma memohon belas kasihan daripada Allah Subhanahu Wa
Taala.

Inilah satu kisah yang patut kita ambil iktibar, pengajaran dan contoh tauladan daripadanya. Walaupun Nabi Ayyub telah ditimpa penyakit, harta
bendanya punah-ranah, anak-anaknya ditimpa malang dan mati semuanya, tetapi berkat sabarnya dan imannya, Allah Subhanahu Wa Taala telah mengabulkan
doa dan rayuannya, lalu dia pun sembuh seperti sediakala dan berkembanglah keturunannya serta dikurniakan harta benda yang melimpah ruah.

Mencaci-maki Demam.

Selaku seorang muslim yang beriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tidak mengeluh apabila ditimpa demam. Orang yang tidak mempunyai sifat sabar
semasa ditimpa demam, mungkin tidak akan dapat mengawal dirinya dari mencaci maki penyakit ini, sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh Nabi
Shallallahu alaihi wasallam. Ini bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu anhu yang maksudnya :

“Bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda:

“Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil?

Dia menjawab: “Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya”.

Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana
landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi”.

(Hadith Riwayat Muslim)

Begitulah, segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar
menempuhinya. .

Demam Penebus Dosa.

Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati.

Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama. Jelasnya,
kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.

Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.

“Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari
angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.

Amin, ya Rabbal A’lamin.”

kalau ayang mati dulu...

* Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang
berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya
kepada suami beberapa soalan.

* Isteri : Bang, kalau ayang mati dulu, abang kahwin lagi tak?
* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana,
anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan.

* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita.
* Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong
macam tu saja?

* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
* Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas
untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.

* Isteri : Baju tidur ayang, pijama dan towel ayang?
* Suami : Takkan itu abang n bagi kakak & adik awak. Jadi,
drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.

* Isteri : Handbag ayang, kasut ayang, golf set ayang?
* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon,
kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia
kidal...

* Isteri: @#$%????!!!!!
* Suami: (Dalam hati)Alamak!!

Ini ke yang dikatakan Idola Remaja Sekarang?




Sepanyol julang Piala Euro 2008

Pasukan bolasepak Sepanyol memenangi trofi kemenangan pertama Euro sejak 44 tahun menumpaskan bekas juara tiga kali, Jerman di Stadium Ernst Happel Vienna awal pagi dengan keputusan 1-0. Gol kemenangan dijaringkan oleh pemain Sepanyol, Fernando Torres.

Anwar 'disembunyikan untuk keselamatan' - Syed Husin

SHAH ALAM, 29 Jun (Hrkh) - Penantian para wartawan untuk mendengar penjelasan dari Ketua Umum KeADILan berhubung laporan polis yang dibuat Saiful Bukhari Azlan atas dakwan kes liwat akhirnya tidak kesampaian apabila Anwar tidak datang ke Sidang Media di Hotel Quality dekat sini sebentar tadi.

Ini kerana Menurut Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali, parti memutuskan untuk 'menyembunyikan' Anwar Ibrahim di tempat yang selamat kerana nyawanya dalam bahaya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan sidang media dekat sini sebentar tadi.Turut hadir ialah, Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Sivarasa Rasiah dan Mustaffa Kamil Ayub; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Faiz Khairuddin; peguam-peguan Anwar, ahli-ahli Parlimen KeADILan, Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dan Ketua Pemuda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin.

Di Lobi Hotel, kira-kira 300 penyokong setia Anwar menunggu perkembangan terkini dengan laungan reformasi dan takbir.

Sementara kira-kira 70 orang wartawan dan jurugambar menanti sejak malam tadi untuk mengetahui perkembangan terkini kes Anwar.

Ujar Syed Husin, apa yang berlaku bukan sahaja satu cara untuk membunuh politik Anwar tetapi 'kalau boleh untuk membunuh beliau sendiri'.

Kata Syed Husin, keputusan untuk meletakkan Anwar di tempat selamat dibuat oleh parti dan bukannya keputusan Anwar sendiri.

Anwar dikatakanb masih berada dalam negara dan tidak berlindung di mana-mana kedutaan seperti yang gembar-gemburkan pihak tertentu.

Bagi pihak KeADILan, Dr Syed Husin menegaskan bahawa ahli dan kepimpinan menyokong penuh Anwar malah Anwar sendiri menafikan dakwaan liwat ke atasnya itu.

Syed Husin menyifatkan dakwaan tersebut sebagai 'satu percubaan yang paling jelik dan hina'.

Sementara itu isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail juga berkata Anwar berada dalam negara dan nyawanya dalam bahaya.

Dr Wan Azizah berkata, suaminya itu tidak percaya kepada pihak polis dan badan kehakiman, justeru antara sebab beliau tidak hadir ialah berhubung soal keselamatannya.

Beliau kesal dengan pihak yang cuba menjatuh dan mengaibkan Anwar sekali lagi dengan cara 'politik setan' seperti yang berlaku pada tahun 1998 dahulu.

Beliau melahirkan kebimbangan dengan pihak kehakiman, polis dan pihak berkuasa yang tidak lagi boleh dipercayai.

Sementara itu Tian Chua mengumumkan bahawa pucuk pimpinan parti akan membuat satu laporan polis berhubung isu tersebut dalam masa terdekat.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan di mana laporan itu akan dibuat selain antara isi kandungan laporan. _

Rahsia Surah Al-Kautsar

Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.

Wassallam,

Lawak Hari Ini

Bos power?

Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah
kompani
besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu
cuai
+ pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat
kompani
tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot.
Mmg
malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar
kat
tepi dinding.

"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja
tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan.
"Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras
"Dalam RM800" pekerja tu menjawap

Bos tu menjawap, "Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2
PEGI TEMPAT LAIN".
Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek.
Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape
malas, sure kene pecat!
Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa
puas. Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya
kepada
salah seorg pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawap si pekerja,"Owh, dia tu dtg anto pizza, tak keje sini pun".

News from Ampang Gleneagles Hospital Important news to pass it on

Please spend 1 minute and read on... News from Gleneagles Hospital (Ampang) URGENT !!!!! from Gleneagles Hospital Limited Seven women have died after inhaling a free perfume sample that was mailed to them. The product was poisonous. If you receive free samples in the mail such as lotions, perfumes, diapers etc. throw them away. The government is afraid that this might be another terrorist act. They will not announce it on the news because they do not want to create panic or give the terrorists new ideas. Send this to all your friends and family members.

Warmest Regards,
Meiling
Gleneagles Hospital Limited
Human Resource Department
Tel: 6 4703 474
Fax: 6 4703 472

Kerajaan

Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut.


“Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut” tanya
Malaikat Pendakwa di kamar Mahkamah Akhirat Tuhan Semut.


“Errr… saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang
comel” jawab Gadis Semut kembali. Matanya berlinangan air mata
mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat
untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.


“Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkan
ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama?” soal balas Malaikat
Pendakwa yang mukanya teramat bengis.


“Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan” jawab Gadis Semut.


“Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga” bentak
Malaikat Pendakwa kepada Malaikat Pembantu yang lain.


“Wahai ibubapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib
memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu” tanya Malaikat
Pendakwa dengan tegasnya.


“Kami lalai tuan, Kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari.
Walaupun begitu kamu ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya
Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama” jawab ibubapa Gadis
Semut tersebut.


“Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga” bentak Malaikat
Pendakwa.


“Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?” tanya
Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut.


“Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu
yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma
dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225
minit sahaja tuan” jawab Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut.


“Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini” tanya Malaikat Pendakwa.


“Kementerian Pendidikan tuan, yang diketuai oleh Menteri Pendidikan.”
dakwa Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut.


“Panggil kekamar bicara Menteri Pendidikan” bentak Malaikat Pendakwa lalu
ditanya pula.


“Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pendidikan yang mentetapkan cuma
225 minit sahaja seminggu Pendidikan ilmu agama diajar kepada penuntut
sekolah?”


“Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pendidikan. Saya cuma
menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, tuan”
terketar-ketar Menteri Pendidikan tersebut menjawab soalan Malaikat
Pendakwa tersebut.


“Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu” tegas soalan dari
Malaikat Pendakwa.


“Perdana Menteri kami, tuan” lemah balasan Menteri Pendidikan yang kini
tidak mampu mengangkat muka.


“Panggil ke kamar bicara Menteri Besar Kerajaan Semut ini sekarang juga”
bentak Malaikat Pendakwa kepada pembantu-pembantuny a.


Lemah longlai Menteri Besar diheret ke kamar bicara oleh Malaikat
Pembantu. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya
nampak pucat lesi.


“Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini.” tanya Malaikat
Pendakwa dengan tegas kepada Menteri Besar.


“Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang
diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya.” jawab
Menteri Besar lemah.


“Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan
keputusan yang kamu lakukan” tanya Malaikat Pendakwa.


“Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yang
diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi
pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah
sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya” lemah jawapan Menteri
Besar tersebut.


“Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat
keputusan perbicaraan ini” lontar Malaikat Pendakwa.


“Tuhanku, Menteri Besar ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan
kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan
kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa Pendidikan ilmu agama
cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi
sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina.”
bentang Malaikat Pendakwa kepada Tuhan Semut dengan lengkap dan tertibnya.


“Barang siapa yang memilih (mengundi) Menteri Besar dan Kerajaan yang
memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam neraka
keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut
tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut
melakukan dosa zina” titah Tuhan Semut kepada Malaikat Pendakwa dan semua
Malaikat seluruhnya.


Jika anda seorang yang berakal, tentunya anda dapat menangkap maksud
petikan ringkas cerpen diatas. Semoga Allah tidak melaknat kita dan
memasukkan kita keseluruhannya kedalam neraka atas sikap sambil lewa dan
cuai kita dalam memilih pemimpin dan pimpinan negara. Walaupun ada satu
dosa kecil yang dilakukan oleh mana-mana pihak, maka kita pun akan
dimasukkan kedalam neraka jika kita membiarkan dosa ini dilakukan walaupun
tanpa kita sedar.


Undi kita walaupun hanya sekadar satu garisan diatas sekeping kertas akan
menyebabkan kita dimasukkan kedalam syurga ataupun neraka. Ingat, apakah
jawapan yang mampu kita berikan diakhirat kelak sewaktu dibicarakan
dihadapan Allah, Tuhan Rabbul Jalil.


Ingat sumpah kita, janji kita, mission statement kita


"Aku berSaksi Tiada ilah yang disembah melainkan Allah.


Aku berSaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah"


Sediakanlah jawapan anda. Undilah dengan iman, amal dan akal. Jangan
biarkan anda dipengaruhi dengan kebendaan dan keduniaan yang mana ianya
tidak akan kekal.


Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah Kematian.


Setiap patah perkataan yang kita tulis, setiap apa yang kita
lakukan,tangan- tangan dan kaki-kaki kita akan menjadi saksi.


Tanpa cuai walau sedetik pun waktu berlalu, ada yang menghisabnya.


.

Tanda-Tanda Sakit

Risalah ini bagus untuk anda semua....... .....
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. Batuk
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) KERAP KENCING
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN :
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Senyum sket....

Jangan tension2 buat keje tu.. meh tgk gambar model cun nih.....sure terubat
hati.....
.
.
.
.
.
.





Friday, June 27, 2008

Signage Pejabat Yang Terbaru

Pesawat tentera Indonesia hilang, 18 dikhuatiri terbunuh

JAKARTA: Sebuah pesawat tentera udara Indonesia yang membawa lima krew dan 13 penumpang, termasuk beberapa rakyat asing dilaporkan hilang di selatan Jakarta.

Jurucakap tentera udara, Chaeruddin Ray, berkata daripada senarai penumpang, rakyat asing berkenaan adalah warga India dan Singapura.

Operasi mencari dan menyelamat dihantar ke Gunung Salak, kira-kira 100 kilometers di selatan Jakarta dan Ray berkata, setakat ini tiada apa yang berjaya dijumpai.

Sepanyol melangkah final tewaskan Russia 3-0

VIENNA (Austria): Tiga gol pada separuh masa kedua melengkapkan kemenangan Sepanyol ke atas Russia, awal pagi tadi, sekali gus melangkah perlawanan final Euro 2008.

Xavi Hernandez, Dani Guiza dan David Silva menyumbang gol untuk Sepanyol bagi memastikan tempat di final bertemu Jerman di Stadium Ernst Happel, Ahad ini.

Kali terakhir Sepanyol mendakap Piala Eropah pada 1964 dan kali ini semangat pemain Sepanyol begitu membara dengan corak permainan agresif bertemu Russia.

untold story about Kelantan

17 tahun bukan waktu yang pendek
17 tahun juga bukan waktu yang panjang
Tetapi 17 tahun cukup untuk mencipta 100 fakta
Bukti kewibawaan Islam agama memerintah
Mentadbir dan membangun negara..

17 tahun rekod mentadbir negeri tanpa rasuah, tuan-tuan
Di zaman manusia sanggup apa saja untuk hidup senang
Menipu mencuri merasuah membunuh memurtad sekalipun
Zaman materialisme hiburan gila-gila di kemuncak ini
Di Kelantan kerajaannya bersih rasuah dan kroni
Di Kelantan tiada judi untuk mempersia-sia ikhtiar manusia
Di Kelantan tiada nite-club untuk menghina wanita
Di Kelantan kadar jenayah paling rendah
Di Kelantan aktiviti ekonominya di tangan Islam

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Kerja lima hari seminggu di Kelantanlah bermula
Cuti bersalin 60 hari di Kelantanlah bermula
Insurans kematian untuk seluruh rakyat warga emas juga
Di Kelantan bermulanya -Takaful Kifalah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kota Bharu pasar basah paling besar dan cantik
3000 wanita berniaga semuanya santun menutup aurat
Dinamakan nama isteri Rasulullah, Siti Khadijah

Di Kelantan ekonomi riba tidak diiktiraf
Biar kita rugi, kata Tok Guru, asalkan tidak dimarah Tuhan
Tetapi mereka tak rugi, kerana mengumpul wang dan harta
Nak senang sementara di dunia bukan tujuan.
Tujuan ialah mengumpul pahala untuk bahagia abadi di syurga
Bagi mereka akhirat adalah nyata

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kelantan tuan-tuan, menteri besarnya seorang Tok Guru
Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah
Tiap-tiap pagi sebeleum ke pejabat

18 tahun masih tinggal di rumah kampung berkembar masjid
Tak ada pagar tak ada pengawal tak ada orang gaji pun
Siapa-siapa boleh masuk dan berjumpa
Dia seorang yang warak dan zuhud
Gaji tiap bulan dipotong 45 peratus untuk parti dan kerajaan
Sejak dulu, elaun rumah tak pernah ambil, elaun keraian tak pernah ambil
Elaun buka puasa tak pernah ambil, elaun hari raya pun tak pernah ambil
Dan tangannya sentiasa ringan memberi sedekah
Itulah Menteri Besar Kelantan

Baru-baru ini BPR datang ke pejabatnya
Bukan kerana dia rasuah, tetapi kerana dia
Tak buat report ada orang cuba beri dia rasuah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Waktu mula-mula dulu mereka kata tiga bulan saja
Kerajaan PAS akan bangkrap tak ada duit nak perintah negeri
Kemudian tambah sedikit 6 bulan, kemudian jadi setahun
Sekarang 18 tahun dan ekonomi Kelantan semakin segar


Walau diskriminasi kerajaan pusat bermacam helah
Ditakut-takutkan dan dihalang pelaburan
Namun 17 tahun tanpa riba tanpa rasuah tanpa maksiat
Ekonomi Kelantan meningkat mengatasi lima negeri lain
Dulu nombor dua termiskin sekarang nombor enam di Malaysia
Dan di Kelantan tuan-tuan, tak ada tol,
nampak maupun tidak harga barangan dan makanan pun kekal murah
dan harga nikah pun masih murah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Belajarlah daripada Kelantan tuan-tuan
Belajarlah daripada Tok Guru
Belajarlah berfikir sebagai insan merdeka
Bebaskan minda, bebaskan minda!

Note:
Kita tunjukkan kita sebagai orang Kelantan yang terkenal dengan buminya dikenali sebagai Serambi Mekah dan Tadahan Wahyu. Malu datuk nenek kita, malu tok lebai kita. Mereka sebelum ini sengaja didik kita menjadi orang baik, tinggal di negeri Serambi Mekah, tiba-tiba kita pula tergelincir, keluar daripada landasan itu dan asyik hendak tiru orang-orang yang tidak berguna di atas dunia ini.. (Tuan Guru Nik Aziz)

Makanan

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua

Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa..... ......... ......... ......... .
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah... Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran
darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya. ......

WallahuA'lam

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Is this what we call PROUD TO BE Malaysian?











Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

Hayati kandungannya

Bismillahirrahmanirrahim.

Artikel ni agak panjang, tapi banyak pengetahuan dan manfaat untuk kita,
insya Allah...

Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku
kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh
Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya.
Selain belajar,dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia
berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab,
dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.
Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah
perkampungan diAmerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung
tersebut.
Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula
mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi
permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah
satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.
Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan
penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika
melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang
Muslim.
Aku harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari
tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia
tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata,
"Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya."
Barulah pemuda ini beranjak keluar.
Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana
anda tahu bahawa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang
terdapat di wajahmu."
Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin
memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan,
tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya.
Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.
Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan
anda harus menjawabnya dengan tepat. " Si pemuda tersenyum dan berkata,
"Silakan!"
Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya,
dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya,
lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada
lapannya,lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya,
sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua
belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."
"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang
berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah
namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan
tanpa ayah dan ibu!"
"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api
dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari
batu,siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara
dari batu?"
"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon
apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun,
setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran
matahari?"
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan
keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca "Bismillah..." dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t.
berfirman, "Dan
Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."
(Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi
Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan
ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan
al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t.
menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah
s.w.t.
berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis.
Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah
sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy
ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru- penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu
di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan
kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim
paceklik,katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah
s.w.t berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya
sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi
Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang
terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk
kaumnya,lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu
memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi
Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah
waktu Subuh.
Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai
menyingsing." (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus
AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah
saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf
di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan
terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu
semua."
Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada
Rabbku.
Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara
Keldai.
Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah
suara
keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi
Adam,Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan
api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah
s.w.t.
berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim."
(Al-Anbiya':69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang
diazab dengan batu adalah tentera bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah
Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah
Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya
kaum wanita
itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30
daun,
setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah
sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun
adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di
malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda
Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia
mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.
Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya
diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha
menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di
gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia
cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya
dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun
anda tidak
mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku
takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha
Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus
memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga
mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**

NOTA:

Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel
yang cukup
bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi
kandungan
Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab
pertanyaan
orang-orang kafir.

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi
Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu
(kononnya)
apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang
membisikkan kalimah
itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya
tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar
atau tidak.
Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga
adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran
Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.

Wallahua'lam

semana kaya atau besar...tetap Allahuakbar!!!! ittaqullah!!!!!

Ya Allah SWT. Kembalikanlah aku dalam keadaan KAU redha seluruh
kehidupanku. ameen.

Kerana Allah SWT kita ditemukan...Andai Terpisah...Itu
ketentuan...

Assalamualaikum

Ilmu utk dikongsi bersama :
Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada Anis ye" contoh lerr..
Bukannya : "Kirim salam kat Anis ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Assalamu'alaikum

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan
"A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan
Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan
perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah
kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform
A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk
orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud
'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA
DIAMALKAN.

kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni....

Luasnya Neraka... Bertaubatlah!

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindungilah dan peliharakanlah kami,kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu disaat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman:iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar

nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Seloka Ustaz Hj. Akil - Sangat Menarik lagi benar!!

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.
Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan
sahabat handai kita agar masyarakat
kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi
duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah. ..
Allahhuakbar! Allahhuakbar! Allahhuakbar! )

Thursday, June 26, 2008

Rebat tunai fasa kedua dilaksana mulai 1 Julai

KUALA LUMPUR: Pemilik kenderaan persendirian, khususnya yang memperbaharui cukai jalan mulai I Jun lalu, boleh menuntut rebat tunai bahan api dalam fasa kedua pengagihan rebat tunai Pos Malaysia Berhad (PMB) yang dilaksanakan mulai 1 Julai ini.

Ketua Operasi PosNiaga, Atikah Ramli, berkata semua pemilik yang layak mendapatkan rebat itu mempunyai pilihan sama ada datang sendiri ke pejabat pos atau melantik wakil bagi pihak mereka.

Katanya, pemilik kenderaan yang mahu menuntut sendiri rebat berkenaan perlu mengisi borang Pos Akaun 1 dan membawa kad pengenalan atau kad polis/tentera bersama borang tuntutan untuk pengesahan di pejabat pos.

Ucapan PM membentangkan usul Kajian Separuh Penggal RMK-9

26/06/2008 3:03pm


Ucapan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa membentangkan usul mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada 26 Jun 2008, jam 11.30 pagi.

PEMBERITAHU USUL

Tuan Yang di-Pertua,

1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya dengan sukacitanya berdiri di Dewan yang mulia ini untuk mengemukakan satu usul mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 27(3) seperti berikut:

"Bahawa Dewan ini,

menyedari akan pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan dan pencapaian matlamat sosioekonomi yang baik semasa awal pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan meskipun ekonomi Malaysia terus berhadapan dengan pelbagai ketidaktentuan terutamanya kenaikan harga minyak petroleum mentah dunia;

merestui usaha Kerajaan bagi melaksanakan Misi Nasional untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju;

meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan yang bertujuan melaksanakan strategi dan program serta menyediakan peruntukan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang teguh dan bersatupadu seperti dibentang dalam Kertas Perintah C.M.D. 8 Tahun 2008;

Bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersama-sama mendokong usaha untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur, progresif, adil, berdaya tahan dan berdaya saing."

2. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya membentang Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan untuk dibahas oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini.

PENDAHULUAN

Tuan Yang di-Pertua,

3. Kira-kira dua tahun yang lalu, pada 31 Mac 2006, saya telah membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan sebagai wadah rancangan pembangunan lima tahun negara untuk tempoh 2006-2010. Rancangan tersebut menggariskan hala tuju pembangunan negara untuk tempoh lima tahun pertama dalam fasa kedua pelaksanaan Wawasan 2020. Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan kegigihan segenap lapisan rakyat dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing, kita bukan sahaja berupaya mengekalkan kestabilan negara serta pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan, malah dapat terus meningkatkan daya saing negara. Kejayaan ini jelas terserlah melalui pelbagai pencapaian yang telah berjaya kita perolehi dalam tempoh masa 2 tahun yang telah berlalu. Antara lainnya, kita telah berjaya:

Mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi negara pada kadar yang membanggakan, iaitu sebanyak 6.1 peratus setahun;

Menaiktaraf kualiti hidup rakyat melalui peningkatan pendapatan per kapita daripada RM18,840 pada tahun 2005 kepada RM23,066 pada tahun 2007;

Mengurus perbelanjaan Kerajaan secara berhemah, dengan pengurangan defisit fiskal negara daripada 3.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2005 kepada 3.2 peratus pada tahun 2007;

Meneroka sumber pertumbuhan baru dan meningkatkan produktiviti pekerja;

Meningkatkan kualiti dan akses kepada sistem pendidikan negara melalui pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara;

Mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan daripada 5.7 peratus pada tahun 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007, manakala kemiskinan tegar pula menyusut daripada 1.2 peratus kepada 0.7 peratus pada tahun 2007;

Mengurangkan jurang ekonomi antara kumpulan etnik, antara wilayah dan antara bandar dan luar bandar;

Melahirkan hampir 68,000 orang usahawan baru, di samping melatih seramai lebih daripada 120,000 orang usahawan melalui pelbagai program pembangunan usahawan;

Memastikan akses yang lebih baik kepada penjagaan kesihatan, kemudahan perumahan, memperluas jaringan jalan raya ke kawasan luar bandar, menyediakan pengangkutan awam yang lebih baik dan meningkatkan keselamatan jalan raya; dan

Meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian sektor awam, termasuklah menggantikan Certificate of Fitness for Occupation (CFO) yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan tempatan dengan Certificate of Completion and Compliance (CCC), serta mengurangkan kos menjalankan perniagaan melalui Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH).

4. Jelaslah kepada kita bahawa pencapaian dalam tempoh masa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan setakat ini bukan hanya terbatas kepada perancangan mahupun retorik semata-mata, tetapi terjelma dalam pencapaian yang hakiki.

5. Justeru itu, pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan pada hari ini amat penting bagi menjamin kesinambungan agenda pembangunan negara, apatah lagi dalam suasana ekonomi semasa yang amat mencabar. Sekiranya tidak ditangani secarawajar, kenaikan harga minyak dan komoditi yang mendadak, serta kemelut dalam pasaran kewangan sedunia yang masih berlanjutan, mampu menjejaskan usaha kita untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan mencapai pertumbuhan yang mapan.

11-38-50

6. Oleh itu, salah satu objektif utama bagi fasa kedua dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan adalah untuk mempastikan agar mutu hidup rakyat tetap terpelihara. Program-program peningkatan pendapatan serta jaringan keselamatan sosial akan terus dilaksana dan diperkasa.

7. Pada masa yang sama, Kajian Separuh Penggal ini juga tidak melupakan keperluan untuk terus meningkatkan kapasiti dan daya saing negara. Pembinaan infrastruktur, pembangunan modal insan, dan perkembangan sektor-sektor pertumbuhan baru akan terus dipacu, dengan mengambil kira keperluan jangka panjang pembangunan negara.

8. Bagi memastikan agar Malaysia mengekalkan momentum pertumbuhan yang positif, agenda pembangunan negara akan terus direncana berdasarkan lima Teras Utama Misi Nasional, iaitu:

Pertama: Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara;

Kedua: Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk "minda kelas pertama";

Ketiga: Menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi secara membina dan produktif;

Keempat: Meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup; dan

Kelima: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara.


PERSPEKTIF EKONOMI MAKRO

Prestasi, 2006-2007

Tuan Yang di-Pertua,

9. Dalam tempoh 2006-2007, KDNK sebenar negara berkembang sebanyak 6.1 peratus setahun, melebihi sasaran 6.0 peratus. Pendapatan per kapita rakyat meningkat sebanyak 10.6 peratus setahun kepada RM23,066. Pendapatan per kapita berdasarkan pariti kuasa beli meningkat lebih tinggi sebanyak 14.2 peratus kepada AS$$13,529 pada tahun 2007. Pertumbuhan ini dicapai dalam suasana harga yang stabil. Kadar pengangguran pula berada pada tahap 3.3 peratus pada tahun 2007, mencerminkan paras guna tenaga yang penuh.

10. Perdagangan luar terus mencatatkan kemajuan, di mana jumlah dagangan negara kini mencapai tahap purata hampir RM100 bilion sebulan. Rizab luar bersih juga meningkat kepada RM335.7 bilion, cukup bagi membiayai keperluan import tertangguh negara selama 8.4bulan. Kemajuan ekonomi yang membanggakan ini tercapai dalam suasana Kerajaan terus mengamalkan dasar fiskal berhemat.


11. Pertumbuhan ekonomi negara yang pesat ini telah diterajui oleh sektor swasta, dengan pertumbuhan pelaburan swasta pada kadar 8.6 peratus setahun. Aliran masuk bersih pelaburan asing langsung (FDI) juga meningkat sebanyak 39.3 peratus setahun kepada RM29.1 bilion pada tahun 2007. Pelaburan awam turut meningkat sebanyak 8.9 peratus setahun berikutan pelaksanaan pesat projek pembangunan Rancangan Malaysia Kesembilan.

12. Sektor perkhidmatan merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi, dengan peningkatan pada kadar 8.5 peratus setahun. Pertumbuhan ini diterajui oleh subsektor kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan. Di samping itu, sumbangan sektor perkhidmatan diperkukuhkan lagi oleh perkembangan ketara dalam subsektor perdagangan borong dan runcit, penginapan dan restoran, serta subsektor pengangkutan yang dibantu oleh kejayaan gemilang Program Tahun Melawat Malaysia 2007.

13. Sektor pembuatan mengalami pertumbuhan sederhana sebanyak 5.1 peratus setahun ekoran kelembapan permintaan global bagi keluaran elektronik serta permintaan dalam negeri yang rendah bagi kenderaan pengangkutan. Sektor pertanian pula mencatat pertumbuhan yang sederhana, iaitu pada kadar purata 3.8 peratus setahun. Ini berikutan bencana banjir yang berlaku pada akhir 2006 dan awal 2007, yang telah mempengaruhi prestasi dan sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi negara. Walau bagaimanapun, sektor pembinaan telah kembali pulih dan diperkukuhkan lagi melalui pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.

Prospek, 2008-2010

Tuan Yang di-Pertua,

14. Bagi tempoh akhir Rancangan Malaysia Kesembilan, Kerajaan akan terus melaksanakan pengurusan ekonomi makro yang berhemah bagi memastikan asas ekonomi terus kukuh. Dengan jangkaan pertumbuhan ekonomi dunia yang sederhana, sebanyak 4.1 peratus setahun bagitempoh 2008-2010, ekonomi Malaysia dijangka mampu berkembang secara purata 6.0 peratus setahun.

15. Pertumbuhan ini dijangka akan disokong oleh permintaan dalam negeri dan luar negara, terutamanya permintaan yang masih kukuh di kalangan negara rantau Asia, khususnya negara China dan India. Permintaan swasta dijangka terus menjadi peneraju pertumbuhan ekonomi, di mana pelaburan swasta dijangka berkembang sebanyak 10.6 peratus, dengan jumlah pelaburan pada harga semasa dianggar mencapai RM305.8 bilion bagi tempoh 2008-2010.

16. Sektor perkhidmatan, pembuatan dan pertanian dijangka terus menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi. Khususnya, sektor perkhidmatan dijangka mencatat perkembangan sebanyak 7.9 peratus setahun, yang diterajui oleh subsektor kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan. Sektor pembuatan pula dijangka mencatatkan pertumbuhan yang lebih perlahan pada kadar 3.0 peratus setahun berikutan kelembapan permintaan global yang berterusan terhadap keluaran elektrik dan elektronik. Namun, industri pembuatan bagi pasaran domestik dijangka akan berkembang pesat, terutamanya industri berkaitan pembinaan. Sektor pertanian juga akan terus diberi penekanan, terutamanya subsektor tanaman makanan bagi menyokong Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara. Sektor ini dijangka berkembang pada kadar 4.1 peratus setahun. Sektor pembinaan pula dijangka terus mencatat pertumbuhan yang kukuh dengan kadar purata sebanyak 5.8 peratus setahun.

17. Kerajaan juga akan terus memberi tumpuan ke arah mengukuhkan kedudukan kewangan Kerajaan. Sehubungan ini, langkah akan diambil untuk meluaskan asas hasil bagi meningkatkan pendapatan negara. Kualiti dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam akan dipertingkat, manakala bantuan kepada golongan miskin dan yang memerlukan akan diteruskan.

18. Melalui langkah-langkah pengukuhan kedudukan kewangan, Kerajaan menjangka akan dapat mengekalkan defisit fiskal pada tahap 3.2 peratus daripada KDNK pada tahun 2010, sekaligus memastikan agar kewangan negara terus diurus secara berhemah dan fleksibel bagi menghadapi sebarang ketidaktentuan, termasuk risiko kemelesetan ekonomi di masa hadapan.

Tuan Yang di-Pertua,

TERAS 1: MENINGKATKAN NILAI DITAMBAH DALAM EKONOMI NEGARA

19. Teras pertama Misi Nasional, iaitu meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi, merupakan pra-syarat untuk meningkatkan kedudukan ekonomi Malaysia ke arah kelas ekonomi berpendapatan tinggi. Tiga strategi utama yang perlu bagi mencapai tujuanini adalah:

Pertama: Meningkatkan produktiviti dan daya saing negara;

Kedua: Menjana sumber pertumbuhan baru; dan

Ketiga: Mengembangkan pasaran bagi barangan dan perkhidmatan Malaysia.

Meningkatkan Produktiviti dan Daya Saing

20. Kerajaan menyedari kepentingan daya inovasi dalam memacu pertumbuhan produktiviti dan daya saing negara. Untuk itu, Kerajaan akan memperuntukkan dana sewajarnya bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R& D), serta pengkomersilan teknologi. Dalam pada itu, kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam penyelidikan yang didorong pasaran akan terus dipertingkatkan.

21. Kerajaan juga berhasrat untuk menggalakkan lagi penglibatan sektor swasta dalam perkembangan sektor-sektor pertumbuhan baru. Ini termasuklah bidang kewangan Islam dan takaful, pembuatan berteknologi tinggi, pelancongan kesihatan, pengajian tinggi dan pertanian berskala besar.

22. Perkembangan bidang-bidang pertumbuhan baru tersebut perlu dipacu dengan penyediaan insentif bersesuaian, termasuklah kemudahan pinjaman. Antara lain, Kerajaan berhasrat untuk meningkatkan lagi pertumbuhan industri modal teroka. Institusi kewangan pembangunan, firma ekuiti persendirian dan syarikat modal teroka akan digalakkan untuk menawar terma dan syarat yang lebih menarik, di samping memberi sokongan bina upaya kepada syarikat-syarikat yang menerima pelaburan.

23. Selain itu, rangka kerja perundangan yang berkesan adalah kritikal bagi mewujudkan persekitaran pasaran yang kondusif. Sehubungan itu, perundangan amalan perdagangan adil (Fair Trade Practices) akan diperkenalkan. Bagi meningkatkan perlindungan bagi harta intelek, lebih banyak mahkamah harta intelek akan ditubuhkan, manakala keupayaan pengamal harta intelek akan dipertingkatkan.

24. Infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi merupakan satu keperluan utama bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi berasaskan pengetahuan. Sehubungan itu, peluasan infrastruktur jalur lebar akan dipertingkatkan menerusi kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi mencapai sasaran kadar penembusan jalur lebar setinggi 50 peratus isi rumah menjelang tahun 2010.

25. Pembangunan sektor tenaga yang mapan juga adalah perlu bagi memastikan bekalan tenaga yang terjamin dalam jangka panjang. Inisiatif kecekapan tenaga akan dipergiatkan bagi menggalakkan penggunaan tenaga yang produktif dan berhemat. Kerajaan juga akan mempergiatkan aktiviti R & D dalam bidang tenaga boleh diperbaharu (renewable energy) yang mesra alam dan menjimatkan kos, ke arah menjamin keselamatan tenaga (energy security).

Menjana Sumber Pertumbuhan Baru

26. Bagi meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi, bidang-bidang keutamaan telah dikenalpasti bagi memastikan perancangan yang bersepadu serta pelaksanaan yang tersusun.

27. Dalam sektor perkhidmatan, kerjasama sektor awam dan swasta akan dipergiatkan untuk mengambil peluang daripada peningkatan permintaan pasaran serantau terhadap pengajian tinggi, pelancongan kesihatan, dan lain-lain perkhidmatan. Pembangunan perkhidmatan kewangan Islam, khususnya takaful, akan terus digalakkan. Antara lain, inisiatif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC) akan terus dipergiatkan bagi meletakkan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan Islam yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.


28. Bagi memanfaatkan potensi bioteknologi sebagai sumber pertumbuhan baru dan penjana kekayaan, syarikat-syarikat bioteknologi akan diberi sokongan dan galakan. Aplikasi bioteknologi dalam pertanian, penjagaan kesihatan dan penggunaan industri akan diperluaskan melalui pemerolehan teknologi, penggalakan R & D dan pemakaian amalan makmal terbaik.

29. Manakala pembangunan sumber pertumbuhan baru dalam bidang pertanian akan turut digalakkan. Tumpuan akan diberikan kepada pelbagai bidang yang berpotensi tinggi, termasuklah penanaman kenaf, perikanan laut dalam, penternakan ikan hiasan (ornamental fish), dan lain-lain.

30. Pembangunan industri halal akan diterajui oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal dengan berpandukan Pelan Induk Pembangunan Industri Halal.

31. Untuk memantapkan kedudukan Malaysia sebagai hab multimedia dan ICT, penekanan akan diberikan kepada bidang-bidang berpotensi tinggi, termasuklah perkhidmatan perkongsian dan penyumberan luar (shared services and outsourcing), pembangunan kandungan multimedia (multimedia content development) dan teknologi analisis ramalan (predictive analysis technology).

Mengembangkan Pasaran bagi Barangan dan Perkhidmatan Malaysia

32. Peluasan pasaran adalah perlu bagi meningkatkan daya saing negara. Sehubungan itu, barangan dan perkhidmatan Malaysia akan dipromosikan secara lebih intensif ke pasaran-pasaran baru, termasuklah di Afrika, Asia Barat dan Selatan, serta negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dan ASEAN. Misi perdagangan akan ditambah dan rangkaian pasaran baru akan diperkukuhkan lagi. Sistem maklumat pemasaran di pelbagai agensi seperti MATRADE, FAMA dan MDeC akan dinaiktaraf dan disepadukan bagi memudahkan usaha import dan eksport. Program membina imej Malaysia dan produk jenama Malaysia akan terus dipergiat.

33. Di samping itu, peraturan pengiktirafan bersama (mutual recognition arrangement), perjanjian perdagangan bebas dan peraturan pelbagai hala (multilateral arrangement) akan terus dirundingkan bagi memudahkan kemasukan barangan dan perkhidmatan Malaysia ke pasaran-pasaran baru. Pakatan strategik dan usaha sama dengan syarikat antarabangsa ternama akan dipertingkatkan bagi memperluaskan rangkaian pasaran bagi barangan dan perkhidmatan berasaskan pertanian, pembuatan dan ICT. Pensijilan halal Malaysia akan terus dipromosikan sebagai piawaian halal bertaraf global.

Tuan Yang di-Pertua,

TERAS 2: MENINGKATKAN KEUPAYAAN PENGETAHUAN DAN INOVASI NEGARA SERTA MEMUPUK "MINDA KELAS PERTAMA"

34. Dalam teras kedua Misi Nasional, usaha melahirkan modal insan berkualiti yang berpengetahuan, berinovasi dan memiliki nilai-nilai positif akan terus diberi keutamaan. Objektif ini akan dicapai melalui pelaksanaan lima strategi utama:

Pertama: Memperkukuh program pendidikan dan latihan;

Kedua: Menjadikan Sekolah Kebangsaan sebagai sekolah pilihan;

Ketiga: Membina institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa;

Keempat: Menggalakkan R & D dan meningkatkan daya inovasi; dan

Kelima: Memupuk nilai moral dan etika yang kukuh.

Memperkukuh Program Pendidikan dan Latihan

35. Pendidikan terus diberi penekanan utama dalam rancangan pembangunan Kerajaan. Antara lain, perhatian akan diberikan kepada pendidikan di kawasan luar bandar bagi mengurangkan jurang yang masih luas dalam pencapaian akademik antara pelajar sekolah luar bandar dengan bandar. Sehubungan itu, sebanyak RM13.5 bilion akan diperuntukkan bagi menaiktaraf infrastruktur sekolah, menyediakan kemudahan ICT serta menggalakkan lebih ramai guru berpengalaman berkhidmat di kawasan luar bandar. Perhatian khusus akan diberikan kepada sekolah-sekolah luar bandar di negeri Sabah dan Sarawak. Di samping itu, sekolah jenis kebangsaan aliran Cina dan Tamil akan terus dibantu dan dipertingkatkan.

36. Pendidikan pra-sekolah juga akan diberi perhatian. Untuk memastikan mutu pengajaran, Kerajaan akan menyeragamkan kurikulum pra-sekolah, agar semua murid akan dapat membaca dan mengira sebelum memulakan pendidikan formal di peringkat sekolah rendah.

37. Kerajaan akan turut memberi tumpuan bagi meningkatkan akses kepada pengajian tinggi. Enrolmen di institusi pendidikan tinggi awam akan bertambah apabila kampus tetap bagi tiga universiti baru iaitu Universiti Darul Iman Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia siap dibina. Di samping itu, pelaksanaan program francais UiTM akan meningkatkan enrolmen pelajar UiTM ke arah mencapai sasaran 200,000 pelajar menjelang tahun 2010.

38. Institusi teknikal dan vokasional pula akan terus diperkasa melalui pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Kemahiran dan Latihan. Enrolmen pelajar dalam bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional akan ditingkatkan menerusi penggunaan kapasiti sedia ada, pembiayaan pelajar di institusi latihan swasta, serta peruntukan tambahan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.

39. Bagi membantu pelajar-pelajar tercicir, pembinaan pusat GiatMARA baru akan dipercepatkan, di mana 80 peratus pengambilan akan dikhaskan untuk kumpulan pelajar tercicir. Di samping itu, pelaksanaan Sistem Latihan Dual Nasional yang menekankan latihan praktikal di industri akan dibuka kepada kumpulan pelajar yang tercicir.

40. Bagi menggalakkan proses pembelajaran secara berterusan, penyertaan dalam program pembelajaran sepanjang hayat akan ditingkatkan dengan melaksanakan proses kemasukan yang lebih fleksibel serta mengambil kira pengalaman kerja. Bagi meningkatkan penyertaanindustri, pengecualian cukai akan diberi ke atas perbelanjaan yang dikeluarkan bagi melatih pekerja mereka di kolej komuniti pada peringkat diploma. Bantuan kewangan dalam bentuk elaun bulanan dan yuran pengajian juga akan dipertimbangkan bagi pelajar-pelajar di kolej komuniti.

Menjadikan Sekolah Kebangsaan Sebagai Sekolah Pilihan

41. Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan semua kaum, pelbagai usaha akan terus dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti dan kemudahan pengajaran di sekolah-sekolah tersebut. Antara lain, pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah-sekolah kebangsaan akan dipertingkatkan lagi. Pada masa kini, enrolmen murid Cina dan India di sekolah kebangsaan adalah 6 peratus dan 40 peratus masing-masing, dan peratusan ini dijangka meningkat dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia Kesembilan.

Membina Institusi Pengajian Tinggi Bertaraf Antarabangsa

42. Sebuah sistem penarafan akan dilaksanakan bagi tujuan menilai kualiti dan daya saing di kalangan institusi pengajian tinggi awam. Bagi meningkatkan pengiktirafan antarabangsa, lebih ramai pakar dari universiti luar negara, industri dan badan-badan profesional akan dilantik sebagai panel penilai program akademik yang ditawarkan di IPTA dan IPTS. Manakala sebuah Institut Penyelidikan Malaysia akan ditubuhkan bagi meningkatkan kerjasama dalam aktiviti penyelidikan dengan universiti-universiti terkemuka dunia.

Menggalakkan R & D Dan Meningkatkan Daya Inovasi

43. Sains dan teknologi adalah penting untuk pembangunan negara. Oleh itu, pelbagai langkah akan terus diambil bagi menambah baik infrastruktur dan system inovasi negara. Bagi meningkatkan bilangan penyelidik dan perekacipta pada masa hadapan, lebih banyak biasiswa akan disediakan bagi peringkat pengajian lepasan ijazah untuk mencapai sasaran 50 orang penyelidik dan jurutera bagi setiap 10,000 orang pekerja. Sektor swasta juga akan digalakkan untuk turut menyumbang melalui penyediaan biasiswa serta bantuan kewangan bagi R&D dan pengkomersilan teknologi.


Memupuk Nilai Moral dan Etika yang Kukuh

44. Hasrat untuk melahirkan modal insan dengan "minda kelas pertama" menuntut kepada pembinaan masyarakat yang mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh. Usaha ini akan terus dipertingkatkan melalui pelaksanaan Pelan Integriti Nasional serta penerapan prinsip-prinsip Islam Hadhari.

45. Di samping itu, Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan disusun semula sebagai sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, disamping ditambah kapasitinya bagi meningkatkan keberkesanannya dalam membasmi aktiviti rasuah.

Tuan Yang di-Pertua,

TERAS 3: MENANGANI KETIDAKSAMAAN SOSIOEKONOMI YANG BERTERUSAN


46. Teras ketiga Misi Nasional menegaskan semula falsafah "pertumbuhan dengan pengagihan" bagi menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang masih wujud di antara kumpulan etnik, wilayah dan bandar serta luar bandar. Kesan pertumbuhan ekonomi serta langkah Kerajaan memperbaiki ketidaksamaan sosioekonomi secara membina dan produktif telah berjaya mewujudkan suasana pembangunan ke arah "pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama" serta mendorong peningkatan dan pengagihan saksama peluang-peluang bermutu (equitable distribution of quality opportunities) untuk semua rakyat Malaysia.

47. Bagi meneruskan agenda kesaksamaan ini, enam strategi utama akan dilaksanakan:

Pertama: Membasmi kemiskinan;

Kedua: Menambah baik pengagihan pendapatan;

Ketiga: Menyusun semula hak milik;

Keempat: Menyusun semula guna tenaga;

Kelima: Mencapai keseimbangan wilayah; dan

Keenam: Membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Membasmi Kemiskinan

48. Kemiskinan mutlak di Malaysia terus berkurangan. Insiden kemiskinan keseluruhan di kalangan rakyat Malaysia telah menyusut secara berterusan, daripada 5.7 peratus pada tahun 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007. Jumlah isi rumah miskin juga berkurangan sebanyak 33 peratus daripada 311,300 kepada 209,000 dalam tempoh yang sama. Pengurangan insiden dan bilangan isi rumah miskin ini adalah hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang mantap serta pelaksanaan pelbagai program dan projek pembasmian kemiskinan.

49. Pengurangan kemiskinan turut berlaku di kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar. Insiden kemiskinan bandar berkurangan daripada 2.5 peratus pada tahun 2004 kepada 2.0 peratus pada tahun 2007; sementara bagi kawasan luar bandar, insidennya menurun denganketara daripada 11.9 peratus kepada 7.1 peratus.

50. Kejayaan usaha pembasmian kemiskinan jelas terbukti, termasuk di negeri Sabah dan Sarawak. Insiden kemiskinan di Sabah telah berkurangan daripada 23.0 peratus pada tahun 2004 kepada 16.0 peratus pada tahun 2007; manakala di Sarawak, insiden kemiskinan menurun daripada 7.5 peratus pada tahun 2004 kepada 4.2 peratus pada tahun 2007.

51. Lebih membanggakan lagi, kemiskinan tegar kini telah berkurangan daripada 1.2 peratus pada tahun 2004 kepada 0.7 peratus pada tahun 2007. Bilangan isi rumah miskin tegar berkurangan sebanyak 43 peratus, iaitu daripada 67,300 kepada 38,400 dalam tempoh yang sama. Berasaskan prestasi ini, Kerajaan yakin sasaran Rancangan Malaysia Kesembilan untuk membasmi kemiskinan tegar menjelang tahun 2010 akan dapat dicapai.

52. Dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia Kesembilan, usaha pembasmian kemiskinan akan terus diperkasa. Pembentukan mekanisme pemantauan dan penilaian yang lebih tersusun di pelbagai peringkat pentadbiran meliputi negeri dan daerah akan dilaksanakan. Usaha ini akan diterajui oleh "Focus Group Mengenai Kemiskinan" yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara.

53. Usaha pembasmian kemiskinan di kawasan luar bandar akan berpaksi kepada penyediaan infrastruktur asas, penjanaan pendapatan dan pembangunan modal insan. Projek Agropolitan yang melibatkan pembangunan tanah bersepadu untuk meningkatkan taraf hidup golongan miskin di kawasan luar bandar akan terus dilaksanakan di Pahang, Terengganu, Perak, Johor, Sabah dan Sarawak.

54. Bagi golongan miskin di kawasan bandar, program penjanaan pendapatan dan penyediaan keperluan asas perumahan serta kemudahan sosial lebih baik akan dilaksanakan bagi mengurangkan beban kenaikan kos sara hidup.

55. Antara lain, skim Jaringan Keselamatan Sosial atau Social Safety Net yang telah dilancarkan pada tahun 1990 akan terus diperkukuh dan diperluaskan dengan pelbagai bantuan. Di antara bantuan yang diberikan adalah bantuan kepada kanak-kanak, orang tua, orang kurang upaya, pesakit kronik dan bantuan anggota palsu. Program-program ini merupakan tambahan kepada dasar-dasar sedia ada seperti pelajaran dan perkhidmatan kesihatan yang terdapat secara murah dan percuma.

56. Program pembasmian kemiskinan untuk kumpulan minoriti serta golongan miskin tidak produktif akan dirancang dengan mengambil kira perbezaan keperluan dan tahap pembangunan mereka. Program pembangunan tanah dan usaha mengurangkan kadar keciciran di kalangan Orang Asli akan dimantapkan. Usaha juga akan diambil untuk meningkatkan taraf hidup termasuk penyediaan akses yang lebih baik kepada pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas bagi kumpulan minoriti di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Menambah Baik Pengagihan Pendapatan

Tuan Yang di-Pertua,

57. Pendapatan isi rumah purata di kalangan rakyat Malaysia terus mencatat peningkatan, iaitu daripada RM3,249 pada tahun 2004 kepada RM3,686 pada tahun 2007. Peningkatan ini adalah hasil pertumbuhan ekonomi yang positif, lantas menggalakkan penjanaan peluang pekerjaan bagi meningkatkan pendapatan di kalangan semua rakyat Malaysia.

58. Semua kumpulan etnik mencatatkan peningkatan pendapatan isi rumah dalam tempoh yang sama. Pada tahun 2007, pendapatan isi rumah purata kaum Bumiputera meningkat sebanyak 5.2 peratus setahun kepada RM3,156 sebulan, manakala isi rumah kaum Cina meningkat pada kadar 3.0 peratus setahun kepada RM4,853 dan isi rumah India pada kadar 3.2 peratus kepada RM3,799.

59. Hasil daripada peningkatan pendapatan isi rumah luar bandar yang lebih tinggi, nisbah ketidaksamaan pendapatan purata antara luar bandar dengan bandar telah bertambah baik, iaitu daripada 1:2.11 pada tahun 2004 kepada 1:1.91 pada tahun 2007, melepasi sasaran Rancangan Malaysia Kesembilan, iaitu 1:2.0 menjelang tahun 2010.

60. Ketidaksamaan pendapatan purata antara kaum Bumiputera dengan kaum Cina terus bertambah baik dengan nisbahnya mengecil daripada 1:1.64 pada tahun 2004 kepada 1:1.54 pada tahun 2007. Ketidaksamaan antara kaum Bumiputera dengan kaum India juga bertambah baik dengan nisbahnya menyusut daripada 1:1.27 kepada 1:1.20 dalam tempoh yang sama.

61. Untuk meneruskan usaha merapatkan jurang pendapatan, penekanan akan diberikan kepada pembinaan modal insan melalui peningkatan kemahiran dan penerapan nilai-nilai positif. Khususnya, tumpuan akan diberikan bagi meningkatkan bahagian pendapatan di kalangan isi rumah 40 peratus terendah bagi membentuk kumpulan berpendapatan pertengahan yang lebih besar dan makmur.

Menyusun Semula Hak Milik

62. Pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat telah meningkat daripada 18.9 peratus pada tahun 2004 kepada 19.4 peratus pada tahun 2006. Bagi meneruskan pencapaian ini ke arah merealisasikan sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan Bumiputeramenjelang tahun 2020, beberapa langkah akan dilaksanakan:

Pertama: Penekanan yang lebih akan diberi bagi memastikan Bumiputera mempunyai kawalan kepentingan dalam syarikat swasta. Golongan Bumiputera akan digalakkan untuk melabur dalam sektor-sektor pertumbuhan baru seperti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), bioteknologi, fotonik, nanoteknologi, pembuatan termaju dan kejuruteraan kepersisan.

Kedua: Peranan institusi Bumiputera seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Tabung Haji akan diperkasakan.

Ketiga: Graduan Bumiputera yang berbakat dan mempunyai idea kreatif dan inovatif akan diberi modal bagi mengkomersilkan idea mereka.

Keempat: Sebuah pangkalan data akan dibina bagi tujuan memantau prestasi golongan Bumiputera dalam sektor korporat.

63. Bagi meningkatkan pemilikan ekuiti di kalangan golongan Bumiputera di Sabah dan Sarawak, usaha-usaha seperti skim unit amanah, pembangunan keusahawanan dan latihan kemahiran akan diberi penekanan lebih serius. Bagi meningkatkan pemilikan aset bukan kewangan di kalangan kumpulan Bumiputera di Sarawak, tanah pribumi dan adat akan terus dibangunkan bagi tujuan komersil.

64. Pemilikan ekuiti sektor korporat juga telah meningkat bagi golongan bukan Bumiputera, daripada 40.6 peratus pada tahun 2004 kepada 43.9 peratus pada tahun 2006. Walaupun peratusan pemilikan etnik India menurun sedikit daripada 1.2 peratus kepada 1.1 peratus, namun dari segi nilai mutlak, tahap pemilikan etnik India telah meningkat sebanyak RM575.2 juta atau 9 peratus dalam tempoh tersebut.

65. Bagi meningkatkan pemilikan ekuiti korporat di kalangan etnik India kepada 1.5 peratus menjelang tahun 2010, usaha akan dijalankan bagi meningkatkan akses kepada program-program latihan kemahiran dan keusahawanan. Di samping itu, bantuan juga akan diberikan kepada golongan kaum India untuk meningkatkan pemilikan ekuiti melalui skim unit amanah.

Menyusun Semula Guna Tenaga

Tuan Yang di-Pertua,

66. Usaha menyusun semula guna tenaga akan diteruskan melalui program-program pendidikan, latihan kemahiran, serta pembangunan keusahawanan. Langkah-langkah akan terus diambil bagi menggalakkan pengambilan lebih ramai daripada golongan Bumiputera, komuniti India dan kumpulan minoriti di peringkat pengurusan dan profesional dalam sektor swasta. Di samping itu, lebih ramai kaum bukan Bumiputera akan digalakkan untuk bekerja dalam sektor awam.

Mencapai Keseimbangan Wilayah

67. Dalam pada itu, pembangunan koridor pertumbuhan diperkenalkan bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan mengagihkan peluang-peluang bermutu ke seluruh pelosok tanahair. Kita tidak mahu pembangunan tertumpu di kawasan-kawasan bandar tertentu sahaja. Untuk itu, lima koridor pertumbuhan telah dilancarkan. Tempoh pembangunan akan mengambil masa antara 20 sehingga 30 tahun, tetapi Insya Allah, Kerajaan akan berusaha untuk memastikan bahawa rakyat dapat merasai faedah dari inisiatif ini secepat mungkin.

68. Kerajaan berhasrat untuk menarik minat pihak swasta, tidak kira pelabur tempatan atau asing, untuk melaburkan dana dalam koridor-koridor pertumbuhan. Untuk tujuan ini, pelbagai pakej insentif akan ditawarkan oleh Kerajaan. Di samping itu, setiap pihak berkuasa koridor akan memperkenalkan inisiatif khusus untuk mewujudkan lebih ramai usahawan, termasuk usahawan Bumiputera, dalam koridor-koridor tersebut. Bagi memastikan pelaksanaan projek dan pemantauan berjalan dengan berkesan, saya akan mengarahkan supaya setiap pihak berkuasa koridor melaporkan kemajuan pembangunan di kawasan koridor masing-masing kepada Jemaah Menteri setiap tiga bulan.

Membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)

69. Pelaksanaan fasa kedua bagi pembangunan MPPB akan terus diberi penekanan melalui pelaksanaan inisiatif pembangunan kluster yang diterajui oleh sektor swasta. Inisiatif ini dijangka akan dapat meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam 11 sektor ekonomi utama seperti pembinaan, logistik dan pengedaran perdagangan. Bagi memacu pembangunan usahawan Bumiputera, pendekatan seperti pembangunan francais, penyertaan strategik dalam rantaian perniagaan dan penyenaraian syarikat Bumiputera di Bursa Malaysia akan terus dipergiat.

Tuan Yang di-Pertua,

TERAS 4: MENINGKATKAN TAHAP DAN KEMAPANAN KUALITI HIDUP

70. Kerajaan senantiasa menekankan bahawa pertumbuhan ekonomi negara perlu disertai dengan peningkatan kualiti hidup untuk seluruh rakyat Malaysia. Bagi mencapai matlamat ini, Kerajaan akan menekankan enam strategi utama:

Pertama: Meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan;

Kedua: Memenuhi keperluan perumahan dan menambah baik perkhidmatan bandar;

Ketiga: Membina infrastruktur asas;

Keempat: Menambah baik kemudahan pengangkutan;

Kelima: Memastikan pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sumber secara mapan; dan

Keenam: Menjana pembangunan masyarakat yang positif.

Meningkatkan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan

71. Penyediaan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan peningkatan kualiti penjagaan akan terus diberi perhatian. Antara lain, akses kepada penjagaan kesihatan bagi golongan Orang Asli dan kumpulan minoriti di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak akan dipertingkatkan. Klinik bergerak termasuk perkhidmatan doktor udara akan ditambah bagi kawasan terpencil.

72. Satu cabaran utama yang mendepani sektor kesihatan adalah kekurangan pekerja dalam sektor kesihatan awam. Untuk itu, pengambilan pelajar ke institusi pengajian tinggi bagi kursus-kursus kritikal akan dipertingkatkan. Kerajaan juga akan mempertimbangkan pakej faedah (benefits package) yang lebih baik bagi mengekalkan para doktor dan pekerja dalam sektor kesihatan awam.

Memenuhi Keperluan Perumahan dan Menambah Baik Perkhidmatan Bandar

73. Pembangunan perumahan akan menekankan penyediaan rumah yang mencukupi, mampu dibeli atau disewa, dan berkualiti kepada semua rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan menengah. Antara lain, pelaksanaan program perumahan kos rendah akan dipercepatkan dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia Kesembilan dengan pembinaan tambahan 18,500 unit Rumah Rakyat Disewa. Di samping itu, sebanyak 12,300 unit Rumah Mampu Milik akan dibina menjelang tahun 2010.

74. Di kawasan bandar, kualiti pengurusan sisa pepejal akan ditingkatkan melalui pelaksanaan skim kutipan, pengangkutan dan pelupusan sisa pepejal secara lebih cekap dan menjimatkan. Di samping itu, pelbagai inisiatif pengurusan sisa pepejal, termasuk skim pengurangan sisa pepejal dan kitar semula, akan dipertingkatkan pelaksanaannya.

Membina Infrastruktur Asas

75. Kerajaan tetap komited ke arah memastikan agar setiap rakyat Malaysia menikmati infrastruktur asas yang diperlukan bagi kehidupan seharian, khususnya bekalan air dan tenaga elektrik. Penggunaan teknologi moden seperti penjana kuasa solar, turbin angin, dan sistem penuaian hujan akan dipertingkatkan, khususnya bagi kawasan pedalaman.

76. Di kawasan-kawasan populasi tinggi seperti Lembah Klang, mutu sistem bekalan air dan pembetungan akan dipertingkatkan dengan tertubuhnya Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Menambah Baik Kemudahan Pengangkutan

77. Peningkatan sistem pengangkutan awam terus menjadi keutamaan Kerajaan, terutamanya berikutan penstrukturan semula subsidi minyak dan gas baru-baru ini. Sehubungan itu, liputan sistem rel transit bandar akan diperluas dan lebih banyak terminal pengangkutan awam bersepadu akan dibina. Di samping itu, kecekapan perkhidmatan komuter, bas dan teksi akan ditingkatkan bagi mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian berbanding pengangkutan awam, khususnya di kawasan Lembah Klang. Bagi memastikan agar pembangunan sektor pengangkutan di masa hadapan berjalan dengan lebih lancar dan tersusun, Kerajaan akan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Pengangkutan Awam dan merangka sebuah Pelan Induk Pengangkutan.

78. Bagi memenuhi liputan yang masih tidak mencukupi terutamanya di Sabah dan Sarawak, rangkaian jalan raya luar bandar akan diperluaskan lagi. Usaha ini dijangka akan dapat menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi di kawasan-kawasan pedalaman.

Memastikan Pemuliharaan Alam Sekitar dan Pengurusan Sumber Secara Mapan

79. Kerajaan senantiasa prihatin terhadap kesan proses pembangunan ke atas alam sekitar. Khususnya, penekanan akan diberikan kepada usaha meningkatkan kualiti udara dan air secara berterusan, di samping mengurangkan pencemaran sumber air dan tanah akibat pembuangan haram sisa pepejal serta bahan toksik dan berbahaya.

80. Di samping itu, fenomena perubahan iklim turut diberi perhatian. Tumpuan akan diberi ke arah meningkatkan penggunaan tenaga yang cekap di samping sumber tenaga yang boleh diperbaharu, serta menambah baik sistem pengangkutan awam. Langkah-langkah pencegahan seperti program tebatan banjir akan turut dilaksanakan supaya impak daripada fenomena perubahan iklim dapat ditangani dengan berkesan.

Menjana Pembangunan Masyarakat Yang Positif

Tuan Yang di-Pertua,

81. Penjanaan pembangunan masyarakat yang positif antara lain merangkumi pembangunan keluarga, belia, sukan, kebudayaan, kesenian dan warisan.

82. Bagi memperkukuh institusi kekeluargaan secara menyeluruh, sebuah Dasar Keluarga Negara akan digubal. Usaha tersebut akan melibatkan pelbagai perkhidmatan sokongan termasuk kaunseling, latihan kemahiran keibubapaan, dan perkhidmatan kesihatan reproduktif.

83. Memandangkan golongan belia merupakan generasi pemimpin masa hadapan negara, mereka perlu dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan. Program-program pembangunan belia akan bertumpu kepada aspek-aspek sosialisasi, kepimpinan dan pendidikan, di mana penglibatan sektor swasta, NGO dan persatuan-persatuan belia akan diberi penekanan.

84. Dalam usaha pembangunan sukan, penekanan akan diberikan kepada aspek kehidupan aktif dan sihat, di samping mengasah bakat kesukanan ke arah kecemerlangan sukan. Antara lain, persatuan-persatuan sukan akan dipertingkatkan keupayaan bagi memastikan pencapaian yang gemilang dalam arena sukan.

85. Pembangunan bidang kebudayaan, kesenian dan warisan akan bertumpu kepada pembinaan nilai-nilai positif serta pemupukan persefahaman dan apresiasi bagi kepelbagaian budaya. Usaha mengasah bakat kesenian akan terus dipertingkatkan melalui program-program kebudayaan, pameran dan acara yang berkualiti tinggi.

Tuan Yang di-Pertua,

TERAS 5: MENGUKUHKAN KEUPAYAAN INSTITUSI DAN PELAKSANAAN NEGARA

86. Kerajaan beriltizam untuk terus mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam. Dengan tertubuhnya Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH), pelbagai proses dan prosedur kerja serta dasar dan peraturan telah berjaya dinilai dan diperbaiki. Transformasi penyampaian perkhidmatan akan terus dipergiat menerusi tiga strategi utama, iaitu:

Pertama: Mengintegrasi perkhidmatan merentasi agensi;

Kedua: Mewujudkan keyakinan terhadap perkhidmatan berasaskan elektronik; dan

Ketiga: Mengamalkan perancangan, pemantauan dan penilaian berasaskan pencapaian (outcome-based planning, monitoring and evaluation).

Mengintegrasi Perkhidmatan Merentasi Agensi

87. Untuk meningkatkan fokus kepada keperluan pelanggan, perkhidmatan merentasi semua agensi perlu digembleng dan disampaikan secara mesra pengguna. Kemajuan yang menggalakkan telah dicapai dalam usaha meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan perniagaan, khususnya melalui inisiatif e-Government. Satu contoh penting bagi inisiatif ini adalah projek e-KL, yang menggabungkan kesemua perkhidmatan awam yang berkaitan dalam kawasan Lembah Klang melalui satu portal Internet.

88. Bagi memperkemaskan pemantauan dan pengurusan aduan, satu sistem aduan yang bersepadu untuk seluruh sektor awam dengan konsep "One Number Call Centre, No Wrong Door" akan dibangunkan, melibatkan semua kementerian dan agensi di semua negeri dan pihak berkuasa tempatan. Di samping itu, satu Sistem Daftar Nasional yang bersepadu akan dibangunkan untuk memudahkan perkongsian data merentasi agensi, dan mengurangkan kesilapan data ataupun pertindihan.

Mewujudkan Keyakinan Terhadap Perkhidmatan Berasaskan Elektronik

89. Penggunaan komputer dan rangkaian maklumat telah meningkatkan daya saing dan menambah baik penyampaian perkhidmatan. Bagaimanapun, masih banyak yang perlu dilakukan bagi meningkatkan penggunaan perkhidmatan berasaskan elektronik. Sebagai usaha meningkatkan tahap keyakinan dan kefahaman mengenai keperluan keselamatan siber, khususnya keselamatan data peribadi, program kesedaran dan pembelajaran akan disediakan kepada para pengguna perkhidmatan elektronik kerajaan. Sehubungan itu, sebuah RangUndang-Undang Perlindungan Data Peribadi kini sedang digubal. Di samping itu, satu garis panduan berkenaan perbankan elektronik akan diperkenalkan bagi mengurangkan risiko dan kelemahan dalam penggunaan perbankan melalui Internet.


Mengamalkan Perancangan, Pemantauan dan Penilaian Berasaskan Pencapaian

90. Pendekatan "perancangan, pemantauan dan penilaian projek berasaskan pencapaian" akan diterima pakai bagi memastikan projek yang dilaksanakan mencapai objektif yang dikehendaki.

91. Fokus akan diberi kepada tiga bidang utama iaitu modal insan, sistem serta struktur organisasi untuk memperkukuhkan kapasiti institusi kementerian dan agensi. Struktur penyampaian projek akan disusun semula dengan mengambil kira elemen perancangan, pemantauan dan penilaian.

PERUNTUKAN PEMBANGUNAN

Tuan Yang di-Pertua,

92. Di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, siling keseluruhan peruntukan pembangunan bagi Rancangan Malaysia Kesembilan dicadang akan ditambah daripada RM200 bilion kepada RM230 bilion. Tambahan ini adalah bagi menampung kenaikan kos pelaksanaan projek-projek sedia ada berikutan kenaikan harga bahan binaan serta keutamaan-keutamaan baru seperti pembangunan wilayah koridor dan pengeluaran makanan yang mencukupi untuk negara.

93. Di samping itu, program penswastaan dan inisiatif pembiayaan swasta (PFI) akan juga digunakan sebagai pelengkap kepada pelaburan awam bagi menyediakan perkhidmatan awam yang lebih berkualiti. Kerajaan akan mempertingkatkan disiplin fiskal dengan melaksanakan perolehan Kerajaan secara tender untuk memastikan "value for money" di samping mengurangkan ketirisan dan pembaziran, serta menggalakkan amalan terbaik dalam pelaksanaan projek.

94. Projek pembangunan Rancangan Malaysia Kesembilan adalah dirancang dan dilaksanakan bagi tujuan meningkatkan kesejahteraan rakyat dan membangunkan ekonomi negara. Suka saya menegaskan di sini bahawa Kerajaan Persekutuan akan meneruskan pelaksanaan projek pembangunan Rancangan Malaysia Kesembilan di kesemua negeri. Projek mesra rakyat yang bertujuan menyediakan kemudahan asas dan memberikan faedah secara langsung kepada rakyat seperti bekalan air, elektrik, kemudahan kesihatan, pendidikan, perumahan awam kos rendah, membasmi kemiskinan dan keselamatan awam akan diberi keutamaan.

KESIMPULAN

Tuan Yang di-Pertua,

95. Pelbagai usaha telah kita laksana dan gembleng bersama bagi memastikan kedudukan asas ekonomi negara terus kukuh serta berdaya saing. Rancangan pembangunan bagi tempoh 2006-2010 sedang kita laksanakan, manakala langkah-langkah pembaharuan yang diperlukan telah kita kenal pasti untuk dilaksanakan dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia Kesembilan. Alhamdulillah, sehingga kini, hasil pembangunan berteraskan Misi Nasional ini telah berjaya meningkatkan lagi taraf hidup rakyat serta membentuk masyarakat yang lebih terbuka dan berwibawa. Saya percaya kita berada pada landasan yang betul ke arah mencapai Wawasan 2020.

96. Namun, harus diakui bahawa dalam menempuh tempoh akhir Rancangan Malaysia Kesembilan ini, kita berhadapan dengan pelbagai cabaran yang akan menduga keupayaan kita untuk meneruskan agenda pembangunan negara.

97. Cabaran terbesar yang kini menghimpit ekonomi negara tentunya adalah kenaikan harga minyak sedunia. Hakikatnya, kenaikan harga minyak ini merupakan satu fenomena global yang melanda semua negara, dan disebabkan pelbagai faktor.

98. Antara sebab utama yang membawa kepada kenaikan harga minyak yang melampau pada waktu ini adalah keadaan geopolitik dunia yang tidak menentu. Serangan ke atas Iraq oleh Amerika Syarikat pada tahun 2003 telah melumpuhkan salah sebuah negara pengeluar minyak utama dunia, dan menimbulkan keadaan kacau bilau di rantau Timur Tengah yang masih belum reda. Serangan ke atas Afghanistan sebelum itu turut membawa impak negatif kepada kestabilan harga minyak di pasaran dunia. Paling mutakhir, ancaman Israel untuk menyerang Iran turut menyumbang kepada ketegangan geopolitik yang membawa kepada kenaikan harga minyak.

99. Permintaan yang tinggi oleh negara tertentu seperti China dan India, di samping keengganan negara-negara OPEC untuk menaikkan tahap pengeluaran minyak secara ketara, juga merupakan antara penyebab utama yang membawa kepada kenaikan harga minyak.

100. Keadaan ini diburukkan lagi oleh kegiatan spekulator pasaran minyak di pusat kewangan antarabangsa seperti New York dan London, yang turut menyuntik ketidaktentuan dalam suasana harga minyak yang semakin meruncing.

101. Di samping kenaikan harga minyak yang melampau, ekonomi negara turut dihimpit oleh keadaan pasaran kewangan sedunia yang masih belum pulih daripada krisis "sub-prima" ("sub-prime crisis"). Malah ramai pakar ekonomi menjangka krisis ini mampu membawa kepada kemelesetan ekonomi sedunia, yang pastinya akan turut mengheret ekonomi negara Malaysia ke dalam suasana gawat.

102. Hakikatnya, negara kini berdepan dengan pelbagai cabaran yang cukup genting, akibat daripada faktor-faktor luaran yang berada di luar kawalan kita. Untuk mengekalkan keupayaan negara bagi mendepani cabaran-cabaran yang telah saya sebut tadi, maka Kerajaan perlu berani membuat keputusan serta cekal melakukan perubahan, demi kesejahteraan rakyat dan kepentingan negara dalam jangka masa panjang.

103. Ini termasuklah keputusan baru-baru ini untuk menyusun semula subsidi minyak dan gas di dalam negara. Kerajaan amat sedar bahawa langkah tersebut akan meningkatkan beban sara hidup rakyat. Sungguhpun begitu, Kerajaan terpaksa bertindak demikian, memandangkan kenaikan harga minyak di pasaran global menyebabkan keadaan kewangan negara semakin terhimpit. Di samping itu, langkah tersebut dirasakan perlu agar subsidi yang dimaksudkan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar layak dan memerlukannya. Selain itu, langkah tersebut dapat memberi fleksibiliti kepada kewangan negara dalam berhadapan dengan risiko berlakunya kemelesetan ekonomi sedunia dalam waktu terdekat ini.

104. Dalam suasana kenaikan harga minyak dan ketidaktentuan yang disebabkan oleh faktor-faktor luaran, amat sukar bagi sesebuah negara seperti Malaysia untuk melindungi rakyatnya secara sepenuhnya daripada impak negatif yang bersifat global. Sungguhpun begitu, Kerajaan terus komited untuk melaksanakan segala yang termampu bagi meringankan beban rakyat dan memelihara kualiti hidup yang baik.

105. Oleh itu, bagi meneruskan pembangunan yang telah kita capai serta mengharungi cabaran yang bakal kita lalui, marilah kita sama-sama memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi untuk menjayakan Misi Nasional kita. Insya Allah, hasrat kita untuk membina sebuah negara yang selamat, aman dan makmur pastinya akan tercapai dengan adanya usaha yang bersungguh-sungguh serta dengan kerjasama yang erat di kalangan kita semua.

106. Ya Allah, Tuhan yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana, kami memohon pada Mu supaya Engkau restuilah usaha kami; berikanlah taufik dan hidayah kepada kami; kuatkanlah iltizam kami; perkasakanlah istiqamah kami; agar kami mencapai hasrat dan tujuan kami - kejayaan di dunia ini, serta keredhaan-Mu di alam yang kekal abadi.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mohon mencadangkan.