Monday, April 27, 2009

Canggih Jugak

Thursday, April 23, 2009

Rumah Baru

Tak lama lagi aku dan asben dapatla kunci umah baru (gmbr sebelah kompem bukan umah aku). Oleh kerana sebelum ni dok ngan family, jadi byk barang2 yg kiteorang tak de. Maknanye kene la korek tabung. huhuhuhu.... sadis rasanya. Tapi disebabkan excited yg berlebih2, maka kami dapatla kumpul duit yg ala kadar. Kiranya ms mula2 ada rumah nnt, kami nk beli brg2 yg penting dulu. Rasa mcm tak cukup duit je. Tapi, kata asben aku, kita kene percaya dgn Allah. mesti ada rezeki nnt. So, buat permulaan, sape2 dtg umah aku, silalah dok bersila. Muahaahaha..... kalau rs xmampu, bolehla bawak kerusi sendiri kerana kami tidak menyediakan perkhidmatan itu. :D

Ni bajet yg kami dah buat. Tak tahulah overbajet or underbajet. Sbnrnye kami pon xsurvey harga lagi. Aku nak tanye pendapat korang, ok ke bajet aku ni? atau terkurang?

  1. Grill = rm4000
  2. Plaster ceiling=rm2500
  3. Wiring=rm2000
  4. Kitchen cabinet=rm4000
  5. Peti ais=rm1500
  6. Washing machine=rm800
  7. TV=rm2500
  8. Curtain=1500
  9. DVD player=300
  10. Meja makan=rm700
  11. Sofa=1500
  12. Kabinet TV=500
  13. Set bilik tdo=2000
  14. Court yard =4000
  15. Kenduri=rm500 TOTAL=rm28300!
Sebenarnya apa yg aku tulis tu perbelanjaan yg bakal aku n asben perlu kuarkan. Simple je. takde perabot mahal2 pon. Ni pon Rasa nk tercekik sket nih. Mana yg penting, aku dahulukan. mana yg aku rs boleh hidup tanpa dier, maka aku KIV dulu. Nanti ade duit beli la kan.

Pergh.... rasa macam nk demam lak tgk duit melayang. Tapi atleast tak pinjam bank, along atau sumber2 lain. ni betul2 ikut kemampuan kami.

Korang macam mana? ms mula2 masuk umah, berapa kos yg korang kuarkan?

Model kereta Honda

Wednesday, April 22, 2009

Makan Banyak!

Apa yang aku merepek ni? Layan jela....

Sebenarnya aku nk citer tentang makan. Dulu, ms aku sekolah rendah, aku mmg mkn byk. Tu sbb la badan aku tembam semacam je. Semakin hari makin naik badan aku. Tahap paling teruk ms aku masuk matric tahun 2001. Huhuhu... tersangatla beratnya aku. Aku pon malu nk naik penimbang berat badan tu. Segan beb. Kawan2 aku maintain jer. Rumet aku lg la. Tomei2 je. Memang aku akan larikan diri dulu kalau nampak penimbang tu. Macam aku jumpa raksaksa pulak. Tapi sebenarnya Malu!

Segalanya berubah ms aku praktikal. Masa tu bulan Ramadhan 2005. 1st day puasa, kepala aku jd sakit sgt. Teramat sakit. Sampaikan aku tak larat nk makan ms buka. Then sahur pon siket je. bayangkan dari sehari mcm tu sehingga la sebulan puasa aku mmg xde selera nak makan. Itulah sebenarnya detik 'kekurusan' aku. Eh, Ada ke perkataan tu? hihihihihi... Memang turun giler2 la wa ckp lu. Kalau sblm praktikal aku 48kg, sekali lepas praktikal turun ke 45kg. Then aku rasa setahun jugak aku tak de selera makan. Makan sesuap dua dah kenyang. Sehinggalah aku grad and start bekerja. Sejak aku kenal member2 ofis lama aku, sejak tu aku ade selera makan. Siket demi sedikit. Bayangkan masa aku mula kerja tu, berat aku cuma 38.5kg! Dengan ketinggian aku 150cm ni, mmg lah sgt kurus. Kalau dr kecik aku kurus, tak dela org heran sgt. Tapi ni dah keje lak kurus. Kalau jmpa member2 lama, mmg diaorg akan heran bin ajaib nape badan aku leh kurus melidi mcm ni. Puas aku menafikan kenyataan2 pedas menyatakan aku berdiet tahap gaban. Sedangkan aku sebenarnya tak selera makan. Last2, aku dh letih menjawab, aku cuma kata... 'no komen'. Muahahahaah..... macam artis lak kan.

Tapi yg buat aku bangga jgk tu, kawan2 aku yg dulunye kurus dah jd gemuk. Macam terbalik pulak. Bukan mcm lg tp mmg terbalik pon. Sebab tu org kata dunia ni sentiasa berputar. Kadang2 kita di atas, kdg2 kita di bawah. Aik, mcm xde kaitan je. :D

Apa motif sebenarnya cerita aku ni? Ada kaitan ke dgn isu2 semasa? muahahahah.... sebenarnya aku nasihatkan korang janganlah berdiet time korang berselera nk makan. Masa ada selera, makan je ape yang korang nak. Asalkan berpada2. Janganlah sebab nk kurus sekilo, kesihatan terjejas. Tambahan pulak kes buang lemak smpai menyebabkan kematian tu. Wallahua'lam... mmg dah ajal dia kan. Tapi kita yg hidup ni jadikanlah pengajaran.

Sebab ape, sebenarnya bila kita selera makan, maknanye rezeki kita murah. Bayangkan gaji besar tapi tak de selera nk mkn. Hilang dah nikmat makan tu. Allah dah tarik nikmat tu. Benar2 rugi. Jadi, rezeki yang ada, kita perlu bersyukur. Makan aje ape yg kita nak. Asalkan halal dan sesuai dgn kesihatan kita. Kalau dah tau kencing manis, janganlah pulak makan bende manis byk2. Sekadar merasa sudahla kan. So, lastly, bak kata nabil... Lu pk la sendiri!

Kerja.... kerja.... Kerja

Bila boss tak ada di ofis$B!'(B
Bila boss panggil
$B!'(B
Bila kene attend meeting
$B!'(B
Bila boss suruh gi training
$B!'(B
Bila time tea break
$B!'(B
Bila nk dekat2 pukul 5ptg
$B!'(B
Bila esok hari cuti
$B!'!!(B
Bila dpt 'assignment' baru dr boss
$B!'(B
Bila 'assignment' yg boss bg susah giler nk buat
$B!'(B
Bila dpt tau adalah mustahil untuk siapkn 'assignment' boss
$B!'(B
OT untuk 2 jam
$B!'(B
OT untuk satu malam
$B!'(B
Boss suruh kita buat OT waktu weekend
$B!'(B
Bila dah terbuat silap
$B!'(B
Bila berjaya 'perform' sikit jer
$B!'(B
Bila gagal, kecewa nk mati
$B!'(B
Bila org finance lambat byr claim staff
$B!'(B
Bila dpt tau takder BONUS tahun nih
$ B!'(B

Tuesday, April 21, 2009

Berzakatlah!


Apalah yg ada pada harta dan pangkat kan? Oh, mungkin dengan harta kita boleh melakukan apa sahaja. Apa yang kita mahu, pasti kita perolehinya. Bagaimana pula dengan pangkat? Tentulah disebabkan pangkat yang tinggi membolehkan seseorang mencapai setiap hajatnya. Benarkah begitu?

Aku selalu perhatikan gelagat manusia. Ada yang berharta tetapi tidak bahagia. Wang yang banyak tetapi hati sentiasa gelisah. Inilah yang dikatakan harta itu sebenarnya racun dan ubatnya adalah zakat. Ramai yang lupa untuk mengeluarkan zakat. Bagi mereka, zakat ini tidak penting malah dikatakan bahawa zakat itu mengurangkan hartanya. Wahai manusia, ketahuilah bahawa zakat adalah wajib bahkan setiap sen yang ada pada kita sebenarnya terdapat bahagian orang-orang fakir dan miskin, anak2 yatim dan sebagainya. Maka keluarkanlah zakat. Sesungguhnya dengan zakat, hati kita akan tenang.

Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta'ala. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Ada segelintir manusia yang miskin tetapi bahagia. Mereka itulah sebenarnya seorang yang kaya. Kaya dengan budi pekerti, kaya dengan ilmu serta kaya dengan sifat mahmudah. Itulah sebenarnya yang dituntut dalam Islam. Setiap umatnya perlulah menanamkan dalam hati bahawa harta bukan menjamin kebahagiaan. Dengan duit manusia boleh beli apa sahaja tetapi tidak boleh membeli iman dan taqwa. Iman dan taqwa perlu dipupuk, dibaja dan disirami dengan amal ibadah. Bukan dibiarkan layu dan mati akhirnya.

Kadang-kadang terlintas juga difikiranku. Kemanakah perginya wang zakat? Mengapa masih ramai yang miskin dan memerlukan bantuan orang? Sedangkan dengan berzakatlah maka taraf hidup umat Islam akan meningkat? Kepalaku berpusing ligat. Tetapi aku tiada jawapannya.




Friday, April 17, 2009