Sunday, August 17, 2008
Agnes Monica Bertukar Hitam...
Penyanyi dan bintang sinetron Agnes Monica, nampak lain dari penampilan asal. Kulitnya tak lagi putih. Rupanya Agnes sengaja menghitamkan kulit untuk album barunya.
"Ini sengaja untuk konsep album baru aku, sengaja aku hitamkan," ujar Agnes ketika ditemui di Jakarta oleh wartawan.
Apakah pelakon itu sudah tidak sayang dengan kulitnya yang sebelumnya putih? "Ohh tidak, sebab ini yang aku suka," jawabnya.
Kali terakhir Agnes melahirkan album studio ialah pada 2005. Judul album tersebut ialah 'Whaddup A.. '?!' yang menghasilkan beberapa hits seperti 'Tak Ada Logika' dan 'Cinta di Ujung Jalan.'
Setelah album tersebut, gadis berusia 22 tahun ini melahirkan pula single 'Matahariku' untuk soundtrack sinetron yang dibintanginya 'Jelita.'
Mengenai album barunya itu, Agnes bagaimanapun belum mahu menceritakannya lebih banyak lagi. Dia yang satu ketika dulu pernah berlakon dalam siri Taiwan berjudul 'The Hospital' mendakwa mahu memberikan kejutan pada para peminatnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment