RUMAHAMAL.ORG (www.rumahamal.org/ramadhan)
Asalamualaikum wbt,
RAMADHAN Bulan yang dirindui oleh seluruh umat Islam yang menagih kelebihan yang ada pada bulan yang mulia ini. Ramadhan bulan rahmat dan keampunan. Bulan yang membuatkan umat Islam berlumba-lumba melakukan ibadah sedekah kerana meyakini akan pahala yang berlipat kali ganda.
Sayyidatina Aisyah (r.a) berkata; “Rasulullah S.A.W jika masuk bulan Ramadhan membebaskan setiap tawanan dan memberi kepada setiap orang yang meminta” Riwayat Al-Baihaqi, dari
“Puasa itu merupakan perisai bagi seseorang dari api neraka, sebagaimana perisai dalam peperangan” Hadith riwayat Ahmad, An-Nasa’i dan Ibnu Majah
Meyakini keberkatan pada bulan Ramadhan yang mulia ini, YKPPM meneruskan usahanya dengan menganjurkan projek RAYUAN RAMADHAN yang merupakan satu inisiatif murni bagi meraikan rumah-rumah amal dibawah naungannya, antaranya seperti berikut :
1. Rumah Kasih Harmoni (http://ummuain.com/rkh.htm)
2. Rumah Siraman Kasih (http://rumahamal.org/rsk.htm)
3. Baitul Mahabbah (http://rumahamal.org/baitulmahabbah.htm)
4. Baitul Rahmah (http://rumahamal.or/wargaemas.htm)
5. Pusat Khidmat Ikhwan (http://rumahamal.org/pusatkhidmat.htm).
Di sepanjanag bulan Ramadhan ini pihak YKPPM akan menyediakan makanan untuk berbuka puasa, more selepas solat Terawih dan bersahur kepada lebih 200 orang anak-anak yatim, miskin dan anak-anak terbiar di 4 buah rumah dan juga diluar rumah jagaan.
YKPPM menjemput anda yang prihatin untuk menyumbang kepada TABUNG RAMADHAN 1429H untuk anak-anak yatim , miskin dan anak-anak terbiar. Selain dari itu, kami juga membuka peluang untuk anda menghulurkan apa saja bentuk sumbangan, samada dalam bentuk wang ringgit, material atau tenaga sukarelawan.
Sumbangan boleh di buat atas nama:
YAYASAN KEBAJIKAN & PERKHIDMATAN PERUBATAN MALAYSIA
Maybank Banking Berhad 5620 - 1210 – 4020
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Puan Fauziah bt. Che Hashim: 016 - 3313513
En. Nordin : 016 - 2183137
Kami di Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Kesihatan Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan dan sumbangan anda. Semoga Allah swt memberkati usaha-usaha kita.
Wasalam
Thursday, August 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment