Friday, August 28, 2009

H1N1- Maklumat yang perlu anda tahu sambil menjana WANG!

Salam,
Anda tentu risau tentang wabak H1N1 yang semakin serius kan?
Pastikan anda mempunyai maklumat yang cukup tentang wabak ini termasuk bagaimana cara untuk kita menjauhi wabak ini khususnya bagi mereka yang berisiko. Jadi, apa tunggu lagi? Hanya klik di alamat di bawah dan anda akan memperoleh banyak manfaatnya. yang penting, ianya PERCUMA! Anda juga boleh memperolehi wang sampingan pay perlead. Segera klik link di bawah:


Thursday, August 27, 2009

Cute Baby Sleeping





Shh Cute Babies are sleeping here...












Ikan yang Bijak

Wednesday, August 26, 2009

Are you still drinking coke?

Doa Ketika Hamil


Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

Antara amalan dan penjagaan yang boleh diikuti ialah:
  • Makan makanan mencukupi dan seimbang setiap hari.
  • Tidur dan rehat secukupnya.
  • Sentiasa bertenang.
  • Jaga kebersihan diri.
  • Mandi setiap hari.
  • Berpakaian bersih dan selesa.
  • Dapatkan pemeriksaan di klinik, pusat kesihatan atau hospital seperti dinasihatkan oleh kakitangan kesihatan.
Sentiasa berakhlak yang baik. Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentiasa menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepad jiran tetangga, tidak suka berborak- borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. Demekianlah amalan yang dituntut bagi ibu yang hamil untuk mengamalkannya semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang akan lahir nanti anak yang betul-betul taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapanya.

Monday, August 24, 2009

Tuesday, August 18, 2009

Pahlawan Islam Melayu



Assalamulaikum,
Ini ada satu penemuan yang menarik. saya dapat satu email dari member katanya imej yang tuan/puan tengok dalam email yang saya fwd ni tidak pernah dipertontonkan kepada umum selama ini hinggalah ada pengkaji sejarah dari ukm pi selak mai kat library university oxford kat england sana nu, dan jumpalah gambar ni.kata orang putih laknatullah.... (ni lah gambar "si penderhaka" yang dibunuh oleh
orang putih tahun 1919 dulu di kota baru kelantan, kerana berani melawan pemerintah....nama dia hj hasan orang pangge "tok janggut"... nilah akibatnya kalau menderhaka kepada pemerintah, tak sabar-sabar nak memerdekan tanah melayu ni dari pemerintahan orang putih...) selepas baca ni, sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah kepada allahyarham tok janggut yang telah berjuang atas kesedaran berjihad untuk mempertahankan agama dan tanah air dari belenggu Inggeris. orang-orang seperti tok janggut nilah yang berani bagi amaran kat orang putih,"kalu mu nok kelik englee kelih anok bini mu, tok sah dok kacau adat resae dan ugamo kawe..."?(sory la, dia speaking kelate, bukan kedah). sebab tu lah inggeris tak berani berdakwah pada orang melayu,walaupun mereka jajah negara kita lebih seratus tahun lamanya. alhamdulillah, dengan nikmat allah, hari ni cucu cicit orang melayu zaman inggeris dulu masih kekal islam.tanpa orang-orang seperti beliau, siapalah kita pada hari ini. ntah2 apalah agama kita hari ni. nau'zubillah.

al-fatihah

P/s: Resthour dapat dari Emel.

Sunday, August 16, 2009

Adab bersin tambah rahmat, mampu elak penyakit

Adab bersin tambah rahmat, mampu elak penyakit
Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh


Rasulullah ajar doa untuk kesejahteraan umat bukti Islam sediakan cara hidup sempurna

DEMAM, batuk dan selesema yang menjadi mimpi ngeri kepada kita hari ini disebabkan serangan wabak selesema babi yang meragut berpuluh nyawa turut menghalang kita meneruskan rutin harian kerana bimbang dijangkiti atau menyebabkan jangkitan.

Benar hanya Allah SWT yang menentukan sesuatu berlaku, tetapi makhluk wajib berikhtiar menjauhi kebinasaan sama ada di dunia atau akhirat.

Justeru, dalam keadaan genting seperti hari ini, umat Islam perlu lebih tekun bertahajud dan berdoa (al-ma'thurat khususnya) seperti dilakukan Rasulullah SAW dan mengetahui cara hidup Islam sebenar, termasuk ketika menghidapi penyakit berbahaya.

Antara tanda awal selesema babi ialah demam diikuti selesema, batuk, sakit tekak dan sebagainya. Kebiasaan orang yang menghidap selesema akan bersin dan berasa tidak selesa. Memang ia agak menyukarkan, tetapi ajaran Islam menganjurkan umatnya supaya beradab ketika bersin seperti menutup mulut dan menahan suara supaya tidak terlalu kuat yang sedikit sebanyak mengurangkan penularan wabak penyakit.

Allah SWT menyukai bersin kerana orang bersin akan memuji-Nya. Dengan pujian itu, saudara atau sesiapa yang mendengar lafaz 'Alhamdulillah' yang diucapkan akan mendoakan kita dirahmati Allah kembali.


Bayangkan jika hanya seorang bersin dan ungkapan 'Alhamdulillah' didengari ramai orang, tentulah semua yang mendengarnya mendoakannya kembali dengan lafaz "Yarhamukallah'.

Berapa ramai yang mendoakan orang bersin dirahmati Allah? Dengan wabak yang menular, kita wajar saling mengingatkan mengenai penyakit itu, di samping mengambil langkah pencegahan agresif.

Kita juga perlu kembali kepada cara dan panduan dianjurkan agama dan tahu ungkapan yang disebut sesudah bersin adalah hikmah yang sungguh bermakna dan tidak menyamai ungkapan lain.

Rasulullah SAW bersabda seperti yang diriwayatkan Imam Bukhari maksudnya: "Jika seorang antara kamu bersin, hendaknya ia mengatakan Alhamdulillah (segala puji hanya bagi Allah). Kemudian saudaranya atau temannya mengucapkan Yarhamukallah (mudah-mudahan Allah merahmatimu).

"Jika dia mengucapkan Yarhamukallah, maka ia mengucapkan Yahdikumullah wa yushlih balakum (mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk-Nya kepadamu dan memperbaiki keadaanmu."

Dalam hadis diriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyintai bersin dan membenci menguap. Jika ada antara kamu bersin dan memuji Allah Azzawajalla, wajib bagi setiap Muslim yang mendengarnya untuk mengucapkan Yarhamukallah.

"Menguap berasal daripada syaitan. Jika ada antara kamu yang menguap, ia perlu menahan sekuat tenaga kerana jika menguap, maka syaitan akan mentertawakannya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Memang tiada sesiapa pun yang memuji Allah selepas menguap, malah kadangkala terlupa untuk menutup mulut, tetapi hakikat bahawa Allah menyukai bersin kerana ia akan memuji Allah, jika tidak ia tiada bezanya dengan menguap.

Bahkan orang yang mendengar sesiapa yang bersin dan tidak mengucapkan 'Alhamdulillah' tidak perlu mendoakannya atau mengucapkan 'Yarhamukallah'.

Rasulullah SAW turut menjelaskan hal sedemikian dalam sabda Baginda mafhumnya: "Jika seorang antara kalian bersin kemudian memuji Allah (hamdalah), maka doakanlah ia. Jika dia tidak memuji Allah maka jangan kalian mendoakannya." (Hadis Riwayat Muslim)

Pernah berlaku satu keadaan di mana terdapat dua orang lelaki yang bersin di hadapan Rasulullah SAW dan Baginda mendoakan salah seorang lelaki berkenaan. Kemudian orang yang tidak didoakan oleh Rasulullah itu bertanya kenapa Rasulullah tidak berbuat demikian kepadanya (iaitu berdoa), lalu Rasulullah menjawab: "Yang ini memuji Allah tetapi engkau tidak memuji Allah."

Selain memuji Allah SWT, perbuatan saling berdoa yang kita lakukan menunjukkan hubungan persaudaraan yang teguh dan manis, kasih sayang yang kuat dan utuh antara saudara seagama.

Begitulah cara hidup Islam, apa saja yang dilakukan terangkum dalam peraturan sempurna demi mendapat rahmat Allah yang turut merangkumi kesihatan yang sejahtera.

Penulis adalah Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang dan Syariah, Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan
Saya sekadar menyampaikan ilmu yang saya perolehi.
Di petik dari Berita Harian 13 Ogos 2009

BERSYUKURKAH KITA???

“Aku tak suka bibirku..kurang seksi!!. Aku ingin bibirku tampak seksi..”

bibirku seksi

Di saat yang sama seseorang berharap..

“Tuhan, berikan aku bibir yang normal..”


bibirku sumbing

“Aku ingin mataku berwarna biru.. akan lebih cantik bila aku punya mata berwarna biru..”

bibirku indah

Disaat yang sama seseorang berharap

“Tuhan, kenapa kau tidak berikan aku sepasang mata untuk melihat..

Buildingsandcastles_000

“Aku oleskan pewarna dan kurawat jari-jariku agar selalu tampil cantik..

jariku imutjariku imut

Di saat yang sama seseorang bersyukur..

“Tuhan, kau hanya berikan aku 4 jari, namun aku mensyukurinya..”

tanganku cacattanganku cacat


“Aku akan ke salon, creambath dan hairspa agar rambutku tampil cantik..”

beautiful hair

Di saat yang sama seseorang menangis..

“Tuhan, kenapa aku diberikan kepala dengan ukuran yang berbeda…. Kalau seperti ini, rambut seperti apapun akan terlihat aneh..”

sabarkan aku yaa tuhan..


“Aku mau memutihkan tangan dan kakiku agar tampil lebih cantik seperti artis..”

my body

Di saat yang sama seseorang bersyukur..

“Tuhan, kau tak memberi aku tangan dan kaki.. namun aku bahagia aku masih bisa berkarya..”
 BERSYUKURKAH KITA???

Sesungguhnya tubuh kita adalah hal yang berharga..

Tak peduli apapun warnanya , apapun ukurannya , apapun bentuknya..

Syukurilah itu kawandh.. karena diluar sana masih banyak yang mengharapkan mendapat fisik yang lengkap..

Kau lah ciptaan Tuhan yang terbaik..

Kau yang tampan..

Kau yang cantik..

Syukurilah itu.. walaupun itu hanya sementara…

Kawandh dengarlah.. jutaan orang di luar sana..

Berharap bisa melihat..

Berharap bisa mendengar..

Dan berharap bisa berbicara..

Seperti kita..

Kau tak pernah mengerti..

Dan takan prnah mengerti..

Sadarlah kawandh..

Bahwa sesungguhny kau tidak kekurangan..

Quran did not Burn inside the burning Car

Quran did not Burn inside the burning Car @ untuk sesama insan


Quran did not Burn inside the burning Car @ untuk sesama insan



Quran did not Burn inside the burning Car @ untuk sesama insan

Quran did not Burn inside the burning Car @ untuk sesama insan

Quran did not Burn inside the burning Car @ untuk sesama insan

Quran did not Burn inside the burning Car @ untuk sesama insan

Quran did not Burn inside the burning Car @ untuk sesama insan

Quran did not Burn inside the burning Car @ untuk sesama insan

Quran did not Burn inside the burning Car @ untuk sesama insan

Quran did not Burn inside the burning Car @ untuk sesama insan

Quran did not Burn inside the burning Car @ untuk sesama insan

Quran did not Burn inside the burning Car @ untuk sesama insan

SUBHAN ALLAH - PLEASE FORWARD TO THE BELIEVERS

Kuasa Allah dah banyak Allah tunjukkan untuk mereka yang berfikir. Masjid di Acheh antara tanda-tanda kuasa Allah ketika tsunami dulu. Subhanallah..

Saturday, August 15, 2009

Friday, August 14, 2009

Ustaz Asri Dalam Kenangan.


Mungkin belum terlambat untuk aku mengucapkan salam takziah kepada Ahli keluarga Ustaz Asri Rabbani atas pemergian beliau menghadap Allah pagi semalam. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al fatihah...

Sila click DI SINI untuk membaca dengan lebih lanjut.

Inikah Petanda- Rabbani feat Mawi

Tuesday, August 11, 2009

Fakta Lawak

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

Cinta 3segi

Ada berapa gambar dalam gambar ni?

4 people or old mane28099s porttrait 4 People or Old Mans Portrait?

Lemas ku Dalam Pelukan mu

i cane28099t breathmotorbike I cant Breath (motorbike)..

Handsfree bagi yang tak ada bajet

Handsfree+of+the+Poor Handsfree of the Poor..