Tuesday, August 26, 2008

Lawak Hari Ini

CURANG

Juliana : "Abang Mie... Jom la datang rumah... saya rindu la.. lagipun suami saya pergi oversea tadi.."


Helmi : "baiklah malam esok abang pergi tau... nanti pandai la abang tipu isteri abang tu.."


Juliana : "Oh ya.. sebelum datang esok.. abang cukur misai kasi licin dulu ye.. abang tahukan saya suka lelaki yg baby-face."


Helmi : "Alamak... yang ni susah sikit.. isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah plak"


Juliana : "Alaaa... abang ni nak jumpa saya ke tak nie?"

Helmi : "oklah.. oklah.. Ana punya pasal.. apa saja abang sanggup"


Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar untuk ke pejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam ini
kerana ada mesyuarat penting... dan di pejabatnya.. Helmi telah
mencukur misainya sampai licin..


Jam 4 pagi ketika Helmi balik ke rumahnya... isterinya sudah tidur... Dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur...tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan... dan berkata... "Kenapa kau tak balik lagi Jalil... kejap lagi suami akak balik...!!"


ISTERI IDAMAN

Kriteria isteri idaman adalah:

1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.

2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur dikala duka juga penting.

3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.

4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting.

5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat istri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain...

No comments: