Tuesday, August 19, 2008

Lawak Hari Ini

Belajar 2x lebih cepat
Meng Keong baru tiba dari Selatan China. Dia bercadang untuk belajar bahasa tempatan dengan segera supaya mudah baginya untuk berkomunikasi dengan rakyat tempatan.

Dia ke sebuah kedai buku dan menemui sebuah buku bertajuk "Belajar Bahasa Melayu dalam masa sebulan sahaja". Dia lantas mengambil dua buah buku itu. Taukeh kedai itu bertanya kepadanya "Kenapa ambil dua buku yang sama? Satu lagi buku ini, untuk kawan awakkah?"

"Ohh tidak, Saya cuma mahu mempelajarinya dalam masa dua minggu sahaja".

Jangan terlalu yakin lepas buat pembedahan

Raju baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata "Syukurlah, semuanya sudah berlalu."

"Jangan terlalu yakin," kata Akbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya.
"Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani pembedahan sekali lagi!"

Yusri yang berada disebelah kiri tempat tidurnya pula menyampuk, "Kelmarin dulu, aku juga mengalami pembedahan ulangan kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku."

Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru "Adakah sesiapa yang nampak handphone saya?"

Interview Lanun

Seorang lelaki yang kudung kakinya, tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.

Penemuduga: "Bagaimana kaki kamu boleh kudung?"
Lelaki: "Cedera ketika perang dunia kedua"
Penemuduga: "Kenapa tangan kamu bercangkuk?”
Lelaki: "Terpotong dengan pisau besar!"
Penemuduga: "Mata kamu pula?"
Lelaki: "Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya."
Penemuduga: "Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?"
Lelaki: "Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu."

No comments: