Sunday, August 17, 2008

Perlakuan lucah Puteri di Permatang Pauh dikesali


IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Tindakan anggota Puteri Umno membuat laporan polis kononnya ada orang merabanya dianggap sengaja dilakukan bagi menutup perlakuan lucah mereka.

Semasa perarakan calon semalam ada di antara mereka yang menunjukkan perlakuan lucah dengan menunggeng punggung dan bermacam-macam lagi.

Gelagat dan tingkah laku anggota puteri dan pemuda Umno dirakam jurugambar media biar pun perkara itu cuba disembunyikan media elektronik.

Mengulas perkara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, anak-anak muda dalam Umno cuba mempersendakan Dato' Seri Anwar Ibrahim, biar pun dakwaan kes itu masih dibicarakan di mahkamah.

"Anak-anak muda dalam Umno telah dipengaruhi pimpinan mereka seolah-olah mahu menghukumkan Anwar. Mereka sengaja berniat jahat kerana di Malaysia seseorang itu tidak boleh dianggap bersalah sebelum mahkamah memutuskannya.

Image"Bukan cara untuk kita membuat kempen begitu. Ini merupakan seolah-olah serangan peribadi yang tidak sepatutnya berlaku," ujar beliau ketika ditemui di muktamar hari ini.

Menurutnya tindakan mereka ini seolah-olah telah membuat hukuman sendiri terhadap Anwar dan ia merupakan satu tindakan jahat.

"Saya berharap Pakatan Rakyat tidak mengikut rentak mereka dalam membuat serangan peribadi. Jangan cepat melatah dengan kempen mereka," katanya lagi.

Malah kata beliau pernah berlaku d zaman Rasullullah saw, baginda mengadakan acara bergusti dengan ahli gusti Arab, Abu Dardar di mana katanya dia tidak akan menerima Islam kecuali baginda dapat mengalahkannya.

Akhirnya Nabi Muhammad saw menyahut cabaran tersebut dan baginda menang sehingga Abu Dardar memeluk Islam.

"Ini menggambarkan Islam boleh berada di mana-mana keadaan. Begitu juga di Permatang Pauh. Oleh itu kita tetap memberi sokongan padu kepada Anwar.

"Semoga kemenangan Anwar akan membuat perubahan yang jelas di Dewan Rakyat nanti," ujarnya.

Biar apa halangan pun kata beliau PAS tetap menyokong Anwar di Permatang Pauh. - mj _

1 comment:

Anonymous said...

Terlibat ngan politik ingatkan boleh memberi kematangan fikiran dan kesempurnaan akhlak...rupanya tak, makin cam budak-budak..ada lak sampai jadi seorang yang tak penyabar...kata nak tuntut keadilan...tak payah jauh2 la, contohi la Laksamana Hang Tuah, walaupun difitnah namun tak pena mengganas walaupun beliau mampu lakukan jika beliau mahu...tak kira apa parti pun..semua sama jak, teda yang betol2 meyakinkan saya secara peribadi...sbab semuanya kurang akhlak...jika nk pimpin negara, pimpin dulu penyokong fanatik kamu supaya jangan mengganas...bab nnt, jika satu hari peristiwa seperti 13 mei berulang...dapat kawal ka??? cermin diri la wahai semua ketua2 parti...pimpin dirimu sebelum kamu pimpin orang lain...saya dah bosan ngan politik Malaysia...asyik nak tuding jari kat orang lain je, diri sendiri pun tak betol...