Wednesday, April 22, 2009

Makan Banyak!

Apa yang aku merepek ni? Layan jela....

Sebenarnya aku nk citer tentang makan. Dulu, ms aku sekolah rendah, aku mmg mkn byk. Tu sbb la badan aku tembam semacam je. Semakin hari makin naik badan aku. Tahap paling teruk ms aku masuk matric tahun 2001. Huhuhu... tersangatla beratnya aku. Aku pon malu nk naik penimbang berat badan tu. Segan beb. Kawan2 aku maintain jer. Rumet aku lg la. Tomei2 je. Memang aku akan larikan diri dulu kalau nampak penimbang tu. Macam aku jumpa raksaksa pulak. Tapi sebenarnya Malu!

Segalanya berubah ms aku praktikal. Masa tu bulan Ramadhan 2005. 1st day puasa, kepala aku jd sakit sgt. Teramat sakit. Sampaikan aku tak larat nk makan ms buka. Then sahur pon siket je. bayangkan dari sehari mcm tu sehingga la sebulan puasa aku mmg xde selera nak makan. Itulah sebenarnya detik 'kekurusan' aku. Eh, Ada ke perkataan tu? hihihihihi... Memang turun giler2 la wa ckp lu. Kalau sblm praktikal aku 48kg, sekali lepas praktikal turun ke 45kg. Then aku rasa setahun jugak aku tak de selera makan. Makan sesuap dua dah kenyang. Sehinggalah aku grad and start bekerja. Sejak aku kenal member2 ofis lama aku, sejak tu aku ade selera makan. Siket demi sedikit. Bayangkan masa aku mula kerja tu, berat aku cuma 38.5kg! Dengan ketinggian aku 150cm ni, mmg lah sgt kurus. Kalau dr kecik aku kurus, tak dela org heran sgt. Tapi ni dah keje lak kurus. Kalau jmpa member2 lama, mmg diaorg akan heran bin ajaib nape badan aku leh kurus melidi mcm ni. Puas aku menafikan kenyataan2 pedas menyatakan aku berdiet tahap gaban. Sedangkan aku sebenarnya tak selera makan. Last2, aku dh letih menjawab, aku cuma kata... 'no komen'. Muahahahaah..... macam artis lak kan.

Tapi yg buat aku bangga jgk tu, kawan2 aku yg dulunye kurus dah jd gemuk. Macam terbalik pulak. Bukan mcm lg tp mmg terbalik pon. Sebab tu org kata dunia ni sentiasa berputar. Kadang2 kita di atas, kdg2 kita di bawah. Aik, mcm xde kaitan je. :D

Apa motif sebenarnya cerita aku ni? Ada kaitan ke dgn isu2 semasa? muahahahah.... sebenarnya aku nasihatkan korang janganlah berdiet time korang berselera nk makan. Masa ada selera, makan je ape yang korang nak. Asalkan berpada2. Janganlah sebab nk kurus sekilo, kesihatan terjejas. Tambahan pulak kes buang lemak smpai menyebabkan kematian tu. Wallahua'lam... mmg dah ajal dia kan. Tapi kita yg hidup ni jadikanlah pengajaran.

Sebab ape, sebenarnya bila kita selera makan, maknanye rezeki kita murah. Bayangkan gaji besar tapi tak de selera nk mkn. Hilang dah nikmat makan tu. Allah dah tarik nikmat tu. Benar2 rugi. Jadi, rezeki yang ada, kita perlu bersyukur. Makan aje ape yg kita nak. Asalkan halal dan sesuai dgn kesihatan kita. Kalau dah tau kencing manis, janganlah pulak makan bende manis byk2. Sekadar merasa sudahla kan. So, lastly, bak kata nabil... Lu pk la sendiri!

3 comments:

Anonymous said...

Argh... mcm sensitif tajuk ni. Terasa aku. wakakakakak

cikNiarun said...

huu..saya salu tunggu diri saya x selera makan. asyik selera je. bila masa nak kuwus..hu

Insan Kerdil said...

kalau selera, teruskan je makan.
makan jer... makan dan makan
muahahaahahah