Tuesday, April 21, 2009

Berzakatlah!


Apalah yg ada pada harta dan pangkat kan? Oh, mungkin dengan harta kita boleh melakukan apa sahaja. Apa yang kita mahu, pasti kita perolehinya. Bagaimana pula dengan pangkat? Tentulah disebabkan pangkat yang tinggi membolehkan seseorang mencapai setiap hajatnya. Benarkah begitu?

Aku selalu perhatikan gelagat manusia. Ada yang berharta tetapi tidak bahagia. Wang yang banyak tetapi hati sentiasa gelisah. Inilah yang dikatakan harta itu sebenarnya racun dan ubatnya adalah zakat. Ramai yang lupa untuk mengeluarkan zakat. Bagi mereka, zakat ini tidak penting malah dikatakan bahawa zakat itu mengurangkan hartanya. Wahai manusia, ketahuilah bahawa zakat adalah wajib bahkan setiap sen yang ada pada kita sebenarnya terdapat bahagian orang-orang fakir dan miskin, anak2 yatim dan sebagainya. Maka keluarkanlah zakat. Sesungguhnya dengan zakat, hati kita akan tenang.

Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta'ala. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Ada segelintir manusia yang miskin tetapi bahagia. Mereka itulah sebenarnya seorang yang kaya. Kaya dengan budi pekerti, kaya dengan ilmu serta kaya dengan sifat mahmudah. Itulah sebenarnya yang dituntut dalam Islam. Setiap umatnya perlulah menanamkan dalam hati bahawa harta bukan menjamin kebahagiaan. Dengan duit manusia boleh beli apa sahaja tetapi tidak boleh membeli iman dan taqwa. Iman dan taqwa perlu dipupuk, dibaja dan disirami dengan amal ibadah. Bukan dibiarkan layu dan mati akhirnya.

Kadang-kadang terlintas juga difikiranku. Kemanakah perginya wang zakat? Mengapa masih ramai yang miskin dan memerlukan bantuan orang? Sedangkan dengan berzakatlah maka taraf hidup umat Islam akan meningkat? Kepalaku berpusing ligat. Tetapi aku tiada jawapannya.




No comments: