Tuesday, April 7, 2009

Hangin satu Badan



Aku hangin satu badan bila tgk pompuan2 bertudung tergedik2 kt pasar raya. Kalau tergedik2 membeli barang sampai penuh 2 troli tak ape, tapi pompuan tergedik2 tu cuma melepak2 dan tayang tubuh aje. Bertudung tapi tayang tubuh? Cakap psl tdg ni, skrg ade mcm2 jenis tudung kt psrn. Ada yang mengikut syariat, dan ada jgk yang tak menepati syariat langsung. Ada yang pendek dan ada yang jarang. Aku tak tau ape tujuan diaorang bertudung tu. Hanya sekadar suka2 atau mengikut peredaran fesyen?

Aku hangin satu badan bila tengok artis2 wanita tergedik2 depan kamera. Pakaian seksi, toksah ckplah. Ada yang berbelah didepan, ada yang berbelah kat tepi dan ade yang terbelah2 kainnya. Filem atau drama tu dilabelkan U untuk tontonan umum. Tapi, bila tengok pelakonnya, macam 18sx pun ada.

Aku hangin satu badan bila ada berita tentang buang anak. Aku tak tahu nak melabelkan manusia tu sebagai manusia atau binatang. Sebab aku rasa, binatang pun sayang anak. Aku tak nampak pulak binatang buang anak dia kat tong sampah. Maknanya, manusia tu lebih teruk dari binatang. Aku pun tak tahu nak kata macam mana.

Aku hangin satu badan bila orang leka bekerja dan melalaikan solat. 10minit lagi nak asar, baru nak sembahyang zuhur. Alasannya keje terlalu banyak dan tak ada masa. Dia tak fikir ke yang ajal akan datang tak kira masa? Apa nak dijawab bila ditanya dalam kubur nanti? Bos nak tolong jawabkan ke?

Renung2kan dan selamat beramal..


3 comments:

helena's said...

hu,,sy nak g semayang zuhur ne,hehe

helena's said...

nyway salam kenal..

Resthour said...

hihihi
berkesan jgk posting ni
salam kenal jugak...