Bekas ketua Umno Permatang Pauh berkata bahagian itu menghadapi masalah untuk mendapatkan calon sesuai bagi mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil nanti."Umno bahagian ketandusan pemimpin yang boleh menjadi calon untuk menentang Anwar." Beberapa nama yang disebut menjadi calon, sebenarnya tidak mencapai standard untuk mencabar bekas timbalan perdana menteri itu," kata Datuk Ahmad Saad. Beliau yang memimpin bahagian itu antara 1997 hingga 2004 dianggap bekas seorang penyokong kuat Anwar. Ahmad menambah, ada dua faktor yang menentukan kemenangan BN dalam pilihanraya kecil kali ini. Pertama, calon yang boleh diterima oleh semua pengundi Permatang Pauh dan satu lagi, katanya, kecenderungan pengundi Cina dan India yang berjumlah kira-kira 20,000 orang. "Kita perlu ingat kemenangan lebih 13,000 undi majoriti (presiden PKR Datuk Seri) Dr Wan Azizah (Wan Ismail) dalam pilihanraya umum lalu disebabkan pengundi Cina dan India."Malah kalau tidak kena calon (BN kali ini), orang Umno akan mengundi pembangkang," katanya lagi. Ahmad menegaskan, beliau kini tidak lagi menyokong Anwar kerana penasihat PKR itu bersekongkol dengan DAP.Katanya, beliau tidak suka pada seseorang pemimpin Melayu yang sanggup menggadaikan bangsa sendiri."Oleh kerana itu saya tidak boleh menyokong perjuangan Anwar walaupun sebelum ini merupakan penyokong kuat beliau," katanya. |
Tuesday, August 5, 2008
Umno tercari-cari calon lawan Anwar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment