SOALAN: Assalamualaikum, saya mengerjakan semua kewajipan agama sembahyang lima waktu, puasa sunat di bulan yang di sunatkan tetapi tidak menutup aurat (tidak bertudung) tetapi tidak pernah mendedahkan bahagian badan yang lain. Adakah segala amalan saya di terima Allah S.W.T. ?
JAWAPAN:
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam.
Allah Ta’ala hanya menerima amalan hamba-Nya yang benar-benar ikhlas terhadap-Nya. Amalan yang dilakukan itu pula sekiranya merupakan ibadat khusus seperti sembahyang, puasa dan sebagainya hendaklah menepati rukun dan syarat serta kaifiat yang telah ditetapkan oleh syariat berdasarkan ilmu yang benar dan bukan ikut-ikutan secara membuta-tuli. Ibadat yang dilakukan dengan penuh rasa kehambaan kepada Allah akan memberi kesan kepada jiwa pengamalnya sehingga melahirkan ketaatan dan akhlak yang baik seperti memelihara aurat, beradab sopan, menjauhi kemaksiatan dan sebagainya.
Rambut merupakan aurat yang WAJIB ditutup oleh wanita apabila berada di hadapan lelaki ajnabi. Oleh itu, mendedahkannya adalah berdosa dan merupakan suatu kemaksiatan yang akan dibalas dengan siksaan yang pedih di akhirat kelak sekiranya dia tidak sempat bertaubat. Dia akan tetap menanggung dosa itu selagi tidak bertaubat daripada perbuatan itu walaupun dia bersembahyang lima waktu dan melakukan ibadat yang lain.
Wallahu Tabaraka Wa Ta’ala a’lam.
Apakah hukum bagi seorang wanita yang memakai tudung, tetapi pakaiannya tidak menutup aurat, seperti memakai ‘jeans’ dan baju ketat yang menampakkan tubuh. Adakah mereka akan menerima azab di akhirat kelak?
Jawapan:
Perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang pada hakikatnya masih dikatakan mendedahkan auratnya berdasarkan kepada sebuah hadis yang menceritakan ramalan Rasulullah SAW tentang akan ada sesetenagah kaum wanita di kalangan umatnya yang akan berpakaian tetapi bertelanjang.
Ini kerana tatacara berpakaian yang dilakukan olehnya masih belum boleh dikatakan sebagai teknik berpakaian yang sebenar menurut kaca mata Islam, apalagi jika bentuk badannya jelas kelihatan. Ia tetap dikira berdosa kerana melakukan suatu perbuatan yang haram di sisi Allah SWT. Jika ia meninggal tanpa sempat bertaubat maka ia akan merasai azab neraka Allah . Nauzubillah..
Tatacara berpakaian yang lengkap di sisi Allah ialah memakai pakaian yang boleh menutupi seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan sahaja. Pakaian itu pula tidak ketat dan warnanya pula tidak menarik perhatian kaum lelaki. Seeloknya yang berwarna hitam atau kelabu
No comments:
Post a Comment