Tuesday, August 5, 2008

Fatwa: Tidak boleh buat pinjaman bank tunai Haji

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak membuat pinjaman bank atau mana-mana institusi kewangan jika berhasrat untuk menunaikan ibadah haji, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Mengikut keputusan yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan, seseorang yang difardhukan menunaikan haji mesti memenuhi beberapa syarat, terutama berkemampuan dari segi kewangan, sihat tubuh badan dan mesti berkelapangan,” katanya pada sidang akhbar selepas menjadi panel perbincangan pada persidangan Perkhidmatan Awam ke-13 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, oleh kerana faktor kemampuan tertakluk kepada sumber kewangan, maka tidak fardu dan tidak wajib bagi seseorang itu jika tidak mempunyai sumber kewangan untuk menunaikan haji.

No comments: