Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan mengapa beliau seorang sahaja yang didakwa di mahkamah jika beliau dikatakan melakukan hubungan seks di luar tabii dengan bekas pembantunya secara suka sama suka.
"Jika suka sama suka, kenapa hanya saya yang dipanggil (dakwa)?" katanya kepada pemberita sambil berkata, ia adalah satu pendakwaan politik.Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun lalu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, No 99, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.Anwar dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.
Beliau juga terus mengecam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana meneruskan dakwaan liwat terhadapnya.Anwar menyifatkannya sebagai satu politik kotor oleh seseorang yang akan kehilangan kuasanya.Ketua umum PKR itu juga berkata beliau kini akan menumpukan perhatiannya kepada kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh.Hakim SM Komathy menetapkan kes itu disebut pada 10 September untuk memutuskan tarikh perbicaraannya. Bagaimanapun, kes tersebut akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Resthour: Boleh ker seorang lelaki yang masih kuat dan gagah perkasa diliwat oleh seorang tua yg berumur 61 tahun? Adakah Lelaki itu biarkan saja dirinya diliwat? Hanya orang yang bijak boleh berfikir. |
No comments:
Post a Comment