Tuesday, July 8, 2008

Perfume

Assalamualaikum


Saya ingin memperkukuhkan maklumat yang sahih tentang persoalan perfume
yang saya sendiri selidiki secara kebetulan. Semasa saya mengikuti
pengajian di Kalamazoo, U.S.saya terbaca dalam satu encyclopedia yang
mengandungi maklumat tentang perfume dan proses pembuatannya.

Alangkah terperanjatnya saya apabila mengetahui bahawa balang besar
yang digunakan untuk memerapkan minyak disaluti dengan lard (lemak babi)
bagi tujuan memastikan seperti yang dinyatakan dalam mel-e yang terdahulu.

Saya terus mencari maklumat tentang perfume dalam hampir all the
encyclopedias that I could get hold of at the Waldo Library in
Kalamazoo. Kesemua encyclopedia yang telah saya baca memberi maklumat yang
sama. Semenjak itu saya tidak pernah membeli perfume dari barat. Setiap
kali saya ke tanah suci saya membeli berbotol-botol minyak wangi seribu
bunga. Saya juga pesan keluarga atau rakan yan! g ke tanah suci untuk
membelikannya.

Sehubungan dengan perkara perfume, para penceramah ada menyentuh soal
pemakaian minyak wangi dan lazimnya isu yang ditimbulkan adalah soal
haram/halal memakainya. Sedikitpun tidak disentuh tentang halal/haram
minyak wangi itu sendiri.

Di satu ceramah yang saya hadiri semasa di PTSL, walaupun penceramah yang
hadir seorang yang terkenal, saya beranikan diri untuk mendedahkan bahawa
persoalan tentang perfume yang lebih serius adalah soal kesucian bahan itu
sendiri. Penceramah tersebut terkejut tetapi beliau turut setuju dengan
bukti yang telah diberi dan menyeru semua yang hadir supaya elakkan
daripada memakai minyak buatan barat.

Satu perkara lagi tentang perfume. Jangan pakai perfume sehingga
apabila dibau oleh lelaki selain muhrim kita, ia ibarat.....Waallahu'alam.

..........................................................................

Setakat mana kebenarannya... wallahhualam..

Hampir setahun yg lalu, apabila saya mendapat! maklumat ini saya
merasakan ujian Allah yang datang pd saya umpama batu besar yg perlu
dipikul sehinggalah sampai ke destinasi yang saya sendiri tak tahu.

Pendek kata jika maklumat ini tidak disampaikan, selama itulah bebanan ke
atas diri saya memikul' batu besar' itu akan terus menerus saya pikul.
Saya manusia yg begitu lemah iman, tidak mampu menegah dgn perbuatan serta
pertuturan. Hanya doa yg termampu dilakukan. Namun saya masih tak gembira
dgn sikap saya krn tidak berusaha bersungguh mencegahnya..

Maka, saya rasa sekarang Allah berikan saya lorong pertuturan mengajak
rakan-rakan yang dirahmati Allah meninggalkan sesuatu yg selama ini kita
jahil mengenainya...

Ceritanya begini...

Sewaktu mengikuti rombongan Puspanita ke Indonesiabersama kumpulan
isteri-isteri orang kenamaan termasuklah Puan Seri dan beberapa orang
Datin, kami transit di Singapura dlm perjln balik, sewaktu di duty free
shop sambil berjalan bersama seorang Datin, kami melalui kedai perfume.
Ramai ahli-ahli biasa Puspanita dan lain-lain Datin serta Puan Seri singgah
dan mencuba berbagai jenis perfume yg ada.

Memang agak lumrah perkara ini berlaku dan ia bukan setakat di kalangan
wanita malahan kaum lelaki juga. Tiba-tiba seorang Datin bersuara kpd
kumpulan 'pembel! i' perfume ini... "dengar ni nak cerita" katanya. "Dulu
saya suka pakai minyak-minyak wangi begini dan buat koleksi hampir semua
jenis jenama perfume buatan luar negara.

Satu hari saya ikut Datuk melawat Europedan kami dibawa ke kilang
membuat minyak wangi. Dalam kilang yang begitu besar itu, bermacam-macam
jenama minyak wangi dipersembahkan kpd rombongan kami dgn harga kilang yg
jauh lebih murah berbanding dgn harga di pasaran.

Sampai pd satu peringkat pembuatan, kami melalui kawasan di mana
terdapat tangki-tangki besar berisi bendalir putih yg dicampurkan ke hasil
akhir iaitu minyak wangi tadi. Saya pun tanyalah pekerja kilang itu apa
bendalir putih tu dan untuk apa kegunaannya?" Jawapnya.. "Oooh! That's
lard, and it helps the smell stays longer".

Datin itu bertanya lagi dalam nada terkejut dan wajah selamba, "you
mean you add lard in all types of perfume?" "Oh yes! Or else the odour
will not last." Cukup setakat itu cerita saya ! kpd sahabat sekelian.
Dipendekkan cerita, Saya menyeru kpd rakan2 Muslim sekelian, bhw semua
jenama pewangi import ada mengandungi minyak babi. Marilah kita semua
berhenti dari menggunakan barangan tersebut. Ramai rakan-rakan kita yg
mengunjungi tanah suci Makkah dan Madinah dan di sanabanyak terdapat
minyak wangi yg tak dicampurkan dgn bahan dari babi.

Di negara Egyptyg merupakan negara pengeluar minyak wangi terbesar
dari kalangan negara-negara Islam, bermacam2 perfume boleh didapati dan
barang tersebut juga boleh diperolehi di Malaysia. Kita hanya perlu
bertanya negara asal pembuat perfume itu.

Ujian Allah ada kalanya begitu ringan dan mudah.... berhentilah
menggunakan minyak wangi jenama Barat... itu sahaja. Namun ia memerlukan
kekuatan iman yg jati utk mengubah diri kita ke arah keredhaan Allah.

Wallahu'alam.

No comments: