Saturday, July 26, 2008

Tragedi Fasha Sandha di Brainwash oleh Media di Sunway Pyramid

Budiey dah agak dan dapat menjangkakan benda ni akan berlaku jugak. Elok jugak Fasha Sandha kena basuh dan dicuci oleh wartawan. Sekurang-kurangnya, Fasha sedar akan kesilapannya. Namun, mampukah dramatis jelita ini akan mengubah keadaan dan mengubah sejarah?

Segalanya pasal Fasha Sandha dikatakan memarahi dan memaki seorang editor hiburan Kosmo membuatkan ramai pihak media berpakat untuk memboikot Fasha Sandha. Budiey ada dengar daripada fotografer dan wartawan lain, gambar Fasha tidak akan disiarkan di mana-mana media cetak, kalau ada pun, gambar Fasha akan dipotong. Seolah-olah Fasha tidak wujud di dalam sesuatu majlis. Namun, untuk media online dan blog, gambar Fasha boleh lagi disiarkan.

Yang beruntungnya adalah TV3 kerana acara ‘brainwash’ itu diadakan di majlis pelancaran Drama Terbaru Akukah Tanggang dan Lara Rindu Mahsuri yang diadakan di Ole-Ole Bali, Sunway Pyramid pada hari Khamis lalu.

Mulanya, Budiey terkejut juga, wah… berani betul Fasha datang ke majlis ini. Dan apabila Budiey lihat boleh dikatakan semua wartawan bertaraf diva duduk di kerusi di restoran berkonsep Bali. Sah-sah ada isu besar yang nak diselesaikan. Setelah majlis berlangsung, Fasha kelihatan ditemuramah oleh wartawan dari portal hiburan Murai dan Portal Gua. Kemudian semasa Budiey sembang dengan pelakon Sherry Ibrahim, Budiey lihat Fasha dipanggil untuk duduk di meja panjang yang di kelilingi oleh semua wartawan. Di situ, keadaan tegang berlaku sehingga Fasha merayu memohon maaf kepada semua atas segala kesilapannya. Satu demi satu soalan diajukan kepada Fasha dan Fasha diberi ruang untuk membela dirinya. Yang Budiey hairan, mengapa Fasha sanggup mengeluarkan kata kepada editor itu sedangkan selama ini media banyak membantu? Fasha kelihatan menangis dan mengesat air mata yang jatuh ke pipinya.

“Saya minta maaf jika ada perkara yang saya lakukan tanpa sedar. Jika ada perkara yang tidak benar ditulis tentang saya, memanglah saya akan marah. Tapi percayalah, saya tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat kepada wartawan. Dengan adik-beradik sendiri pun saya tidak pernah maki mereka, inikan pula saya ingin memaki wartawan. Apa yang sangat ingat, sepanjang empat tahun dalam industri ini, hanya seorang saja wartawan yang pernah saya maki hamun sebelum ini kerana menulis perkara buruk tentang saya. Saya harap dengan penjelasan pada hari ini, perkara ini sudah selesai.” - dipetik dari Mstar Online

Budiey harap, tangisan dan kemaafan itu datang dari Fasha yang luhur ikhlas. Bukan drama dan sandiwara yang direka.

Budiey rasa ini satu kes yang sangat berat bagi Fasha kerana selama ini wartawan banyak memberi sokongan dalam menaikkan nama Fasha. Inikah balasan Fasha kepada wartawan yang sentiasa menyiarkan berita tentang dirinya?

Bayangkan apabila tidak ada lagi cerita dan berita tentang pelakon kontroversi ini di media. Bayangkan tiada lagi fotografer yang sudi mengambil gambar Fasha… apa yang akan berlaku pada Fasha selepas ini?

Kemungkinan besar ini yang akan berlaku:

1. Nama Fasha Sandha akan tercemar dan merudum jatuh.
2. Peminat Fasha akan lari dan tidak lagi meminatinya. Malah, kemungkinan besar, namanya akan hilang dalam pencalonan Anugerah Bintang Popular pada tahun hadapan.
3. Peminat rasa meluat dan tidak akan melihat drama atau filem yang dilakonkan oleh Fasha.
4. Apabila peminat Fasha tidak mahu menonton drama dan filem lakonan Fasha, secara tidak langsung ini menakutkan pengarah atau penerbit filem untuk mengambil Fasha berlakon. Mahukan mereka mengambil risiko kerugian yang besar setelah tiada orang yang akan ke panggung untuk menonton filem Fasha?
5. Apabila pengarah dan penerbit tidak mahu lagi Fasha berlakon dalam produk mereka, maka ni akan menjejaskan pendapatan Fasha. Budiey dapat tahu yang bayaran Fasha antara yang paling tinggi berbanding dengan pelakon lain.
6. Bayaran untuk Fasha akan lebih sedikit berbanding di zaman kegemilangan Fasha.
7. Fasha tidak lagi digelar ratu drama atau filem Malaysia. Segalanya akan tinggak sejarah. Yea, akurlah bahawa dunia ini ibarat roda. Sekali kita berada di atas, ingatlah suatu hari kita pasti akan berada di bawah juga. Tiada yang kekal di dunia ini.
8. Nama Fasha akan jatuh dan nama Fazura, Nora Danish, Dynaz dan Fouziah Ghouse akan mengambil tempat.

Fasha sepatutnya belajar daripada kesilapan, mendengar nasihat orang yang berpengalaman dan lebih berhati-hati di masa akan datamg.

http://www.budiey.com/

No comments: