Wan Nordin Wan Yaacob
Sat | Jul 26, 08 | 9:32:56 am MYT
KUALA LUMPUR, 26 Julai (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius tuntutan Singapura untuk mendapatkan hak zon ekonomi eksklusif (ZEE) di perairan Pulau Batu Putih.
Iklan
Dalam satu kenyataan mengenai isu tersbeut Ketua Pemuda PAS, Salahuddian Ayub berkata, tindakan itu sekali lagi akan mencabar hak kedaulatan Malaysia.
"Kegagalan Malaysia mempertahankan hak kedaulatan ke atas pulau batuan ini telah digunakan oleh Singapura untuk meluaskan wilayah ekonomi mereka melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
"Pemuda PAS berpandangan kebiadapan Singapura ini berpunca daripada kelemahan pentadbiran Kerajaan BN yang sering kali mengalah dalam hal-hal yang melibatkan Singapura sehingga negara pulau itu menjadi besar kepala dan meneruskan agenda untuk �menakluk� negara ini seperti yang dirancang oleh pengasasnya semenjak 1960-an," ujar Salahuddin.
Pemuda PAS mengutuk sekeras-kerasnya tuntutan Singapura melalui ICJ ini kerana ia adalah masalah serantau yang boleh diselesaikan melalui meja rundingan.
Singapura langsung tidak menghormati Asean walaupun baru seminggu menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-menteri Luar Asean, katanya.
Sepatutnya sebarang pertikaian atau tuntutan kecil ini harus diselesaikan secara �adik-beradik� kerana Singapura bukan sahaja sama-sama menganggotai Asean, bahkan jiran terdekat Malaysia, katanya.
Jangan ambil sikap seperti Israel?
Negara itu tidak wajar mengambil sikap Israel di Timur Tengah kerana semangat Asean masih kukuh di rantau ini, katanya lagi.
"Membawa tuntutan seperti ini ke peringkat antarabangsa seolah-olah ingin menunjukkan sikap jagoan Singapura kepada jiran-jiran, sedangkan Singapura sendiri masih bergantung kepada Malaysia dalam banyak perkara," ujar beliau.
Pemudra PAS juga melihat bahawa kedudukan Pulau Batu Putih sebagai pulau batuan tidak layak dijadikan asas untuk tuntutan ZEE, katanya.
"Pulau batuan ini tidak sesuai didiami manusia, apatah lagi untuk kegiatan ekonomi. Mungkin ia sesuai untuk dijadikan tapak rumah api, tetapi tidak sampai memerlukan ZEE," katanya.
Singapura seharusnya menghormati Malaysia sebagai pemilik asal pulau itu dan hak yang diberikan oleh ICJ ke atas beberapa pulau batuan lain di sekitar Pulau Batu Putih kepada Malaysia, katanya.
"Ini bermakna hak ZEE juga dimiliki oleh Malaysia secara bertindan. Maka cara yang paling baik ialah kedua-dua negara harus berunding, bukannya menggunakan saluran mahkamah. Cara yang digunakan ini seolah-olah Malaysia tidak mahu berunding atau enggan bertolak ansur," katanya.
Pemuda PAS melihat perkembangan negatif ini berlaku kerana kecuaian kerajaan BN dalam mentadbir negara, katanya.
PM lemah sebabkan kenpentingan Malaysia terlepas>
Semenjak 2003, sudah banyak kepentingan negara yang terlepas kepada Singapura ekoran permainan politik lemah Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, katanya.
"Semenjak isu jualan pasir, pengambilalihan Hospital Pantai oleh syarikat Singapura, pembatalan projek Jambatan Bengkok, hinggalah dasar-dasar pelaburan pro-Singapura di Iskandar Malaysia, semuanya menguntungkan Singapura.
"Kemudian hak milik Singapura ke atas pulau batuan ini disahkan oleh ICJ, dan hari ini mereka menuntut yang lebih daripada itu. Sedangka Kerajaan BN yang lemah ini terus mengalah dan menikus kepada Singapura.
"Jika keadaan ini berterusan, DPP Pusat percaya bahawa lebih banyak hak kedaulatan negara akan tergadai kepada Singapura, khususnya di Wilayah Iskandar," katanya./wann _
Saturday, July 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment