Monday, July 28, 2008

Gambar Betty Benafe di Festival Samrah Bintang Walk






Pada jam 8 malam tadi, telah berlangsung satu persembahan khas Betty Benafe sempena Festival Samrah di Bintang Walk, Jalan Bukit Bintang.
Penyanyi dan pelakon kacukan Arab-Melayu-Jawa, Betty Banafe, ditaja Celcom untuk mengadakan persembahan di Festival Samrah yang berlangsung pada Julai sehingga September 2008. Peminat dapat menyaksikan persembahan hebat dan gelek Betty Banafe sepanjang Julai ini. Imej padang pasir Betty Banafe sangat bersesuaian dengan kempen Celcom mempromosikan perkhidmatan telekomunikasi bagi kegunaan pelancong dari Timur Tengah sepanjang mereka berada di Malaysia. Tidak hairanlah Betty Banafe dipilih menghiasi iklan-iklan Celcom sepanjang tempoh kempen festival ini.
Betty Banafe sememangnya terkenal di Negara Arab dan lagu-lagu Betty turut diputarkan di radio Middle East Broadcasting Corporation dan radio-radio tempatan sekitar Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi, Kuwait, Bahrain dan Egypt. Masyarakat Arab melihat Betty Banafe sebagai anak seni Malaysia yang sudi memperkayakan budaya mereka. Muzik Betty Banafe memberi nafas baru pada industri musik di Timur Tengah yang sememangnya dahagakan sesuatu yang baru.
Sesiapa sahaja pastinya tertawan dengan penampilan Betty Banafe pada setiap persembahannya di Festival Samrah. Busana digayakan Betty adalah rekaan pereka fesyen Calvin Thoo dan Aaron Von Jolly. Beberapa pereka fesyen lain turut menyatakan kesediaan mereka menaja pakaian Betty pada malam festival Samrah ini.
Eksklusif! Pelanggan yang menggunakan khidmat perayauan Celcom sepanjang tempoh promosi ini berpeluang memiliki CD dan poster album sulung Betty Banafe “Ibtisam” (pelancong hanya perlu membuktikan mereka menggunakan khidmat perayauan Celcom). Semoga pihak media turut memberi sokongan dan sudi membuat liputan persembahan Betty Banafe di Festival Samrah pada 18,19,25,26 atau 27 Julai, jam 10 mlm sehingga 11mlm.
Betty Benafe sememangnya pilihan tepat Celcom bagi memeriahkan lagi Festival Samrah di Bintang Walk, Jalan Bukit Bintang. Selain Betty Banafe, anda juga dihiburkan oleh barisan penyanyi jemputan Rifki Amelia (Jakarta), Fahmi Makawi (Surabaya), Iqwal Awath Bamajbur (Jakarta), Sidiq Mohamad (Malaysia), Febri Weliyanti, Kareema dan Fahd An-Nahdi. Mereka diiringi oleh orkestra Gambus Al-Ikhwan, gabungan pemuzik dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Festival SamrahFestival Samrah adalah usaha Majlis Tindakan Pelancongan KL untuk menarik minat pelancong dari Timur Tengah melancong di Kuala Lumpur. Ini adalah penganjuran kali kedua selepas dengan jayanya berlangsung pada 2007. Keraian berkonsepkan padang pasir diharap mampu menarik perhatian pelancong Timur Tengah merasakan seolah mereka berada di tanahair sendiri, malah memilih untuk menetap lebih lama di Kuala Lumpur. Celcom adalah penaja bersama selain DBKL, Kementerian Pelancongan. Tiada bayaran yang dikenakan. Ia adalah konsert yang diadakan di tempat terbuka untuk hiburan semua.

No comments: