Ramli Yamat
Sun | Jul 27, 08 | 3:46:19 pm MYT
BESUT, 27 Julai (Hrkh) - Keghairahan Umno Perak kononnya akan menubuh kerajaan pada 31 Ogos depan dengan 'membeli' tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat dianggap sebagai igauan di siang hari. Iklan
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin berkata, bagi mencapai hasrat tersebut mereka dikatakan sanggup membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat sehingga RM30 juta seorang.
Katanya, walaupun Umno menawar harga yang tinggi, namun semua wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak memberi jaminan tidak akan menerima tawaran tersebut sebaliknya akan terus kekal dengan kerajaan sekarang.
Oleh itu dakwaan bekas Menteri Besar Perak Dato� Seri Tajul Rosli Ghazali yang mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat Perak akan tumbang 31 Ogos ini hanyalah gimik politik semata-mata.
Beliau menyatakan perkara itu ketika menyampaikan ceramahnya di Dewan Haji Salleh, Pekan Alor Lintah, baru-baru ini.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kini mempunyai 59 ahli di mana 28 Umno, 18 DAP, 7 PKR dan 6 PAS.
Beliau juga mengakui pelantikannya sebagai Menteri Besar merupakan satu keajaiban yang telah ditentukan oleh Allah Taala.
"Walaupun PAS hanya memenangi 6 kerusi Dun berbanding DAP sebanyak 18 dan Parti Keadilan Rakyat 7, namun semua pemimpin parti dalam Pakatan serta baginda Sultan bersetuju melantik Adun PAS sebagai menteri besar.
"Kita telah memberitahu rakyat Perak, Allah Taala telah menurunkan rahmatNya ke atas negeri itu dengan menubuhkan kerajaan melalui kesepakatan di antara pemimpin PAS, DAP dan PKR," katanya.
Beliau juga berkata, walaupun Perak merupakan kerajaan berbilang bangsa atau parti, namun pemimpin DAP boleh menerima program keislaman yang dilaksanakan.
Sebagai contoh Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham menanyakan berapa ganjaran yang diberikan kepada qari dan qariah Perak yang berjaya menjadi johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Kedah, baru-baru.
"Saya mencadangkan kita beri RM1,000 seorang dan Dato� Ngeh pula cadangkan kerajaan negeri memberi RM10,000 seperti diberi kerajaaan Pusat," katanya.
Bagaimanapun katanya, pihak yang tidak boleh menerima kerajaan sekarang hanyalah pemimpin Umno yang diketuai Tajul Rosli. - mj _
Monday, July 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment