Tuesday, July 29, 2008

PKR edar laporan perubatan Saiful


Jimadie Shah Othman | Jul 29, 08 12:38pm
PKR mengedarkan laporan pemeriksaan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menunjukkan tiada kesan pemuda itu diliwat.

Laporan sulit dua halaman daripada Hospital Pusrawi itu turut disertakan maklumat-maklumat tambahan yang menjelaskan beberapa istilah perubatan yang sukar difahami dan beberapa perkataan doktor itu yang tidak jelas.

Laporan itu diedarkan di sidang media Anwar di ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya hari ini berhubung isu tersebut.

Beliau mempertikaikan siasatan polis terhadapnya susulan pendedahan laporan perubatan tersebut dan menganggap laporan polis Mohd Saiful sebagai usaha terancang pihak berkuasa.

Laporan yang disahkan milik hospital swasta di Jalan Tun Razak itu mula beredar di internet sejak semalam.

No comments: