Tuesday, July 22, 2008

Teka-Teki

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu
beliau bertanya :
Imam Ghazali = Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia
ini ?

Murid 1 = Orang tua
Murid 2 = Guru
Murid 3 = Teman
Murid 4 = Kaum kerabat

Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat
dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang
bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1 = Negeri Cina
Murid 2 = Bulan
Murid 3 = Matahari
Murid 4 = Bintang-bintang

Iman Ghazali = Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar
adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap
kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita
harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang
dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Iman Ghazali = Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1 = Gunung
Murid 2 = Matahari
Murid 3 = Bumi
Murid 4 = Laut

Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali
adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati
dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Imam Ghazali = Apa yang paling berat didunia

Murid 1 = Baja
Murid 2 = Besi
Murid 3 = Gajah
Murid 4 = Unta

Imam Ghazali = Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah
MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang,
gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta
mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia
dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT
sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang
amanah.

Imam Ghazali = Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 = Kapas
Murid 2 = Angin
Murid 3 = Debu
Murid 4 = Daun-daun

Imam Ghazali = Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling
ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara
pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali = Apa yang paling tajam sekali didunia ini

Murid- Murid dengan serentak menjawab = Pedang

Imam Ghazali = Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia
ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan
mudahnya menyakiti hati

dan melukai perasan saudaranya sendiri

Sekian

Wassalam

No comments: