Azamin Amin
Fri | Jul 11, 08 | 12:47:40 pm MYT
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Hrkh) - Pengumuman Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tentang peralihan kuasa kepada timbalannya pada 2010 dianggap sebagai tindakan yang secara tidak langsung 'mempercepatkan' proses penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat di peringkat Pusat pada bila-bila masa.
Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar berkata pengumuman itu juga memberi peluang lebih baik dan cerah kepada rakyat untuk menilai politik Umno-Barisan Nasional (BN) seumpama 'retak menanti belah' berbanding PAS-Pakatan Rakyat yang sedang serta menumpukan usaha melaksanakan program-progaram yang memberi manfaat kepada rakyat.
"Kita berkeyakinan pengumuman ini berkemungkinan akan lebih banyak memberi keresahan dan kegelisahan dalaman Umno. Jika benar-benar berlaku ianya membawa keuntungan dan kekuatan kepada PAS.
"Secara tidak langsung menjadi pilihan kepada individu dan pemimpin yang tidak berpuas hati, dengan perkembangan dalam Umno untuk menyertai PAS sebagai pilihan mereka di samping percaya bahawa PAS yang mampu menjayakan agenda Islam, keadilan sejagat dan demokrasi yang stabil dalam negara," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Harakah sebentar tadi.
Berikut adalah wawancara ringkas beliau yang juga Ahli Parlimen Tumpat dengan wartawan Harakah bagi mengulas peralihan kuasa yang diumumkan oleh Abdullah semalam.
Harakah: Boleh Dato' memberi reaksi dan respon awal pengumuman semalam ? Dato' Kamruddin Jaffar : Sebenarnya kita sudah dengar, selepas Pilihan Raya Umum lalu setelah keputusan yang buruk BN, kalangan pemimpin dan bawahan mendesak Abdullah melepaskan jawatan namun enggan pada awalnya berbuat demikian.
Pengumumun rasmi semalam tidaklah memeranjatkan PAS sebab sudah awal Abdullah sudah buat keputusan untuk lepaskan jawatan pada 2010 tetapi saya mendapat maklumat daripada sumber yang rapat Umno khususnya peringkat 'grasssroot dan pimpinan Umno di bahagian mengharapkan Abdullah berundur serta merta atau paling lewat pada Disember tahun ini pada Persidangan Agung Umno nanti
Adakah pengumuman itu merencatkan usaha pencabar yang lain untuk menjadi Presiden Umno ?
Ada yang lapor bahawa terdapat usaha untuk mencalonkan 'team' Najib- Muhyiddin dan Tengku Razaleigh-Muhyiddin, jadi saya rasa pengumuman rasmi itu tidak bermakna usaha-usaha dan cadangan ahli Umno yang inginkan perubahan radikal dalam pimpinan tertinggi mereka terhenti begitu sahaja. Ada yang mahu perubahan cepat sebelum Jun 2010.
Adakah jangka masa 23 bulan dianggap 'matang' atau terlalu lama bagi seorang ahli poltik?
Saya bersetuju bahawa tempoh itu terlalu lama dan kritikal bagi Najib malah Tun Mahathir dalam beberapa laporan menyatakan bahawa dengan cadangan dan pengumuman itu maka Najib tidak akan menjadi PM pada bila-bila masa selepas ini.
Tun mengesyaki bahawa puak Abdullah dan penyokongnya akan berusaha untuk menjatuhkan imej Najib mulai sekarang sehingga 2010, dengan cara menjatuhkan kredibilti tidak melayakkan beliau menjadi PM. Ramalan itu ada munasabahnya.
Wajarkah seorang pemimpin negara mengumumankan penggantinya lebih awal dua tahun dan bagaimana tanggapan umum terhadap isu ini?
Perancangan dua tahun di peringkat tertinggi dan diumum secara terbuka tidak pernah berlaku dalam sejarah malah memberi kesan negatif kepada persepsi awam dan masyarakat antarabangsa.
Pemerhati politik menganggap ini sebagai satu taktik dan usaha supaya beliau tidak dicabar oleh Najib mahupun puaknya pada perhimpunan Umno. Ini seumpama 'mengikat' penyokong Najib untuk tidak mencabar Abdullah.
Najib kini dilihat lemah kerana isu yang dikaitkan dan seolah-olah Abdullah mengambil kesempatan untuk mengekalkan jawatan nombor satu dan dua.
Dari sudut ekonomi atau kesatabilan politik bagaimana?
Pelbagai kemungkinan akan berlaku, dasar-dasar yang beliau umumkan sebelum ini dan yang akan diumumkan mungkin tidak diyakini sepenuhnya kerana hanya mampu menjalankan atau bertahan sekadar dua tahun lagi....dengan itu pelabur-pelabur tidak tahu sama penggantinya atau sesiapa pun akan melaksanakan.
Ini seperti Abdullah juga yang tidak laksanakan apa yang 'mega-mega' yang pernah Tun umumkan dan cadangkan seperti jambatannya, laluan keretapinya tidak dilaksanakan, projek besar, monorel dan lebuh raya (PORR) di Pulaua Pinang dibatalkan, belum ada peralihan pun dah dibatalkan, jika ada peralihan lebih lagilah.
Kalau ada dasar-dasar Abdullah ianya tidak kekal lama dan ini tidak memberi keuntungan malah membuat pelabur berfikir berkali-kali.
Dalam isu ini adakah ianya memberi kelebihan kepada PAS dan apakah pendirian PAS secara umumnya?
PAS adalah parti politik Islam yang mempunyai dasar-dasarnya yang tersendiri. Pada kita yang diutamakan ialah kekuatan PAS.
Usaha PAS untuk menjadi kerajaan bukan sahaja di peringkat negeri seperti selepas PRU-12 dan insya-Allah usaha untuk menjadi kerajaan Pusat.
Sebab itu kita melakukan usaha-usaha untuk kukuhkan parti dan memperkuatkan kerjasama kita dalam Pakatan supaya kita bersedia pada bila-bila masa untuk mengambil alih teraju kerajaan di peringkat negeri dan Pusat sekalipun.
Oleh itu kita sentiasa mengikuti perkembangan dalaman Umno ini, kita berkeyakinan pengumuman ini berkemungkinan akan lebih banyak memberi keresahan dan kegelisahan dalaman Umno.
Jika ianya benar-benar berlaku akan membawa keuntungan kekuatan kepada PAS dan membuka PAs untuk menjadi pilihan kepada individu dan pemimin yang tidak berpuas hati dengan perkembangan dalaman Umno untuk menyertai PAS sebagai pilihan mereka supaya agenda Islam dan keadilan sejagat, demokrasi stabil dalam negara dapat membantu PAS menjayakannya.
Adakah ini mempercepatkan proses penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat ?
Sedikit sebanyak membantu, peluang lebih baik dan cerah untuk membuktikan pilihan terbaik untuk rakyat bersama-samna dengan Pakatan Rakyat yang sedang melaksanakan program-program yang memberi manfaat kepada rakyat. - mks. _
Friday, July 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment