Wednesday, July 2, 2008

MUHASABAH DIRI

Di mana boleh cari ramai orang Melayu

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Betul tak...

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Keyakinan diri begitu lesu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Bos pun disalahkan melulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu *

Subject: ** 'DEMI MASA' manusia selalu terlupa * *

1hari=24jam *
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu *
365 Hari * *
8760 Jam *
525600 Minit
31536000 Detik *

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun) **
<60th> 70th * *
60 th - 70 th * *
(65th) **

Chart * *
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal ± 65 th * *
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya
selama hidup di dunia" * *
Laki-laki Baligh ± 15 tahun * *
Wanita Baligh ± 12 tahun * *
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya: * *
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa? *
*
Catatan: * *
50 tahun=
18250 hari= * *
458000 jam * *
12 jam siang hari * *
12 jam malam hari * *
24 jam satu hari satu malam *
*
Gambaran kasarnya: * *
Mari kita muhasabah bersama..... ....! * *

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ; * *
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000
jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun * *
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur,
padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ... *
*
Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam * *
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun * *
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar
atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah,
ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi. *
*
Waktu rehat ± 4 jam * *
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam
= 8 tahun * *
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... .
* *
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun * *

Lalu Bila Nak Beribadah??? * *
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan
manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU". * *
Maut datang menjemput tak pernah bersahut, * *
Malaikat datang menuntut untuk merenggut, * *
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata, * *
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka, * *
Terimalah habuanmu seadanya.. * *
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi
kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan.
Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak
akan belajar... * *
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?

Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
* *
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya " *
*
Lalu Bila Nak Beribadah??? * *
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... ! * *
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang
dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga... * *
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!? *
*
Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun??? * *
1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam * *
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam
=18250 jam= 2 tahun *
*
Kesimpulan: * * waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2
tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit!
Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun
kesempatan kita....
itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan
perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun;
dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak,
dalam pertuturan kita yang sering mengguris
orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang
faqir, dalam setiap perbuatan kita yang
selalu bergelumang dosa... *
*
Logiknya: **
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka
untuk mendapatkan balasan kelalaian... ........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan
semuanya itu akan menjadi bencana..... ....... *
*
Penyelesaian: * *
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu
yang bermanfaat!! !!!!! * *
Ingatlah negeri kita...Akhirat * *

TAMAT **
"Bukan suatu paksaan untuk di sebarluaskan"
"Saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa' *

No comments: