Tuesday, July 1, 2008

Liwat : Boleh Percaya Atau Tidak ?

Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan
politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin
saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru
politik Malaysia ini agar BERHATI-HATI. Ia tidak seperti mempercayai
tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah,
amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan
lain-lain.

Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam
mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya
seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam
yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa
saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha
Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :

ولا يقبل في اللواط إلا أربعة لانه
كالزنا في الحد في الشهادة

Ertinya : Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi
kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk
disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)

Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh
jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.

Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt :-

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ
الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا
بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء
فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً
وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً
أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ
الْفَاسِقُونَ

Ertinya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik
(berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka
deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan
janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan
mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)

IMAM AL-QURTUBI BERKATA SEBAB TURUN AYAT INI ADALAH ANTARA KEPADA
KES FITNAH TERHADAP SAYIDATINA AISYAH ATAUPUN KES HILAL BIN UMAIYAH
(YANG MENUDUH ISTREINYA BERZINA) ATAU LAINNYA, NAMUN YANG TERPENTING
HUKUMNYA BERJALAN TERUS.

WALALUPUN AYAT KELIHATAN MENYEBUT KESALAHAN MENUDUH ZINA DAN LIWAT
KEPADA SANG WANITA, NAMUN TUDUHAN KEPADA LELAKI JUGA TERMASUK DALAM
AYAT INI SECARA SEPAKAT ULAMA DAN IJMA ULAMA (AL-JAMI LI AHKAM
AL-QURAN, AL-QURTUBI).

RINGKASAN SYARAT-SYARAT

Qazf mempunyai beberapa syarat :-

1) SYARAT KEPADA PENUDUH :

* Beraqal
* Sudah baligh

2) Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf

* Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan
dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri (
ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)

3) SYARAT ORANG YANG DITUDUH

* Beraqal
* Baligh
* Islam
* Merdeka diri
* BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat
terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan
menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti
kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah swt :-

ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ
شُهَدَاء

PARA ULAMA SEPAKAT BAHAWA AYAT INI MENUNJUKKAN WAJIBNYA SI PENUDUH
MEMBAWAKAN SAKSI SERAMAI EMPAT ORANG. PERBINCANGAN TERPERINCI
BERKENAAN HAL INI TERLALU PANJANG. NAMUN SAKSI INILAH KUNCINYA,
TANPANYA, KITA TIDAK ATAU BELUM BOLEH MEMPERCAYAI SATU APA PUN
BERKENAAN TUDUHAN ZINA DAN LIWAT ATAU KITA MENCARI NAHAS DI AKHIRAT.
(Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina',
6/433)

Imam Malik berkata :

قول مالك، وإن اضطرب واحد منهم جلد
الثلاثة، كما فعل عمر في أمر المغيرة بن
شعبة،

ERTINYA : JIKA SALAH SEORANG DARI EMPAT SAKSI GOYAH DAN TIDAK KUKUH
PENYAKSIANNYA, KETIGA-KETIGA SAKSI YANG LAIN AKAN DIHUKUM SEBAT (80
KALI KERANA QAZAF), SEBAGAIMANA YANG DILAKUKAN OLEH UMAR DALAM KES
AL-MUGHIRAH BIN SYU'BAH, (IAITU APABILA SEORANG SAKSI BERNAMA ZIYAD
TIDAK BERSAKSI MAKA SEMUA TIGA ORANG SAKSI SEBELUM ITU DISEBAT KERANA
MENUDUH AL-MUGHIRAH.) ( AL-JAMI LI AHKAM AL-QURAN, AL-QURTUBI)

Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menududh
zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan
penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq.
Namun majority ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat
bersungguh-sungguh.

Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh'ie, Hasan Al-Basri, Sufyan
At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka
berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya
gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.

SEKADAR ITU SAHAJA BAGI MEMPERINGATKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA AGAR
JANGAN TERSILAP LANGKAH DALAM MENERIMA BERITA-BERITA HAL ZINA DAN
LIWAT INI. MUNGKIN SI PENUDUH DAN MEREKA YANG MENYEBARKANNYA TIDAK
AKAN DIHUKUM QAZAF DI DUNIA, NAMUN HUKUMAN PASTI MENUNGGU DI AKHIRAT,
BERMULA DARI ALAM BARZAKH. KECUALILAH JIKA INDIVIDU TERSEBUT BUKANLAH
SEORANG MANUSIA YANG AKAN MENEMUI KEMATIAN, NAMUN SEMUA AKAN MENEMUI
KEMATIAN.

SEKIAN

No comments: