Dari blog Dr. Azwan
Fr ida y, April 18, 2008
Assalamualaikum,
Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda me ndengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara yang sangat me narik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.
Isu ini begitu me narik sehinggakan saya terasa rugi jika t ida k me ndengar celoteh me reka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau T ida k Halal Makanan yang Dih ida ngkan di Hotel 5 bintang.
Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah k eti ka bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga me njamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.
Tetapi jangan terkejut kerana h ida ngan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?
Yang me nariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama me nceriakan rancangan ini. Apa kata me reka?
Salah seorang Chef me mberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang me ngh ida ngkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Mel ayu , Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). S eti ap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, s eti ap dapur akan me masak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada s eti ap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak me mberi ko me n tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.
Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk me njaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Mel ayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Mel ayu . Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.
Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara me mpunyai cara me masak me reka yang tersendiri. Jika me reka sudah biasa me letakkan arak di dalam makanan di luar negara, me reka pasti akan me letakkan Arak k eti ka me masak di dapur sini.
Salah seorang chef berkata, k eti ka beliau baru me mulakan kerjayanya, beliau me lihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat me masak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika t ida k silap saya, bukan sup sahaja makanan yang me ngandungi arak.
Selain daripada Arak , ada yang lebih me narik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua me sin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke me sin yang ini, sekejap yang di sana ... sehinggakan, beliau terpaksa me ngangkat tanah dan air untuk me ncuci me sin tersebut s eti ap kali habis bertugas. Yang me makan masakan itu pula ialah kita.
Pada kebiasaannya, sesetengah hotel me ngasingkan pinggan yang digunakan untuk me ngh ida ngkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi me nurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh . Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun t ida k. Untuk me mudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....
Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dih ida ngkan yang me mpunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang t ida k halal dih ida ngkan.
Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef me nasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri t ida k halal.
Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan me lihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau me lihat orang Islam me ndekati makanan-makanan yang t ida k halal, maka dia akan me ndekati me reka dan berbisik "Encik, makanan ni t ida k halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa me reka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya t ida k sengaja me nikmati makanan yang haram.
JAKIM telah me mberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya t ida k dapat me nangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM me nurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.
Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila me ndengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalam an daripada 2 orang Chef jemputan. Salah seorangnya kini telah me njadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia me njadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu t ida k se me stinya me mberi manfaat kepada kita.
Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila kongsikan kepada semua pembaca.
Wassalam...
Tuesday, July 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment