Sunday, November 16, 2008

Kebakaran hutan, 4 cedera, 500 rumah terbakar

LOS ANGELES 16 Nov. _ Beratus-ratus rumah terbakar dan beribu-ribu penduduk terpaksa berpindah semalam, apabila angin kencang menyebabkan kebakaran hutan semakin marak di selatan California.

Lebih 500 rumah dari satu kawasan perumahan mudah alih di Sylmar hangus dan kira-kira 10,000 penghuninya terpaksa dipindahkan, apabila api merebak berhampiran bandar Los Angeles.

Kebakaran itu, disifatkan sebagai yang paling buruk dalam tempoh separuh abad.

Api yang mula marak sejak kelmarin di kawasan yang ramai penduduk di daerah Sylmar, menyebabkan anggota bomba berusaha keras memadamkan api di kawasan kediaman yang ramai diduduki selebriti di Montecito, 160 kilometer ke utara Los Angeles.

Lebih 1,100 anggota bomba yang menggunakan helikopter, jentolak dan pelbagai jenis mesin berusaha keras memadamkan kebakaran tersebut.

Setakat ini, empat orang termasuk tiga anggota bomba cedera dalam kebakaran ini. - AFP


Resthour: Macam2 boleh berlaku sekelip mata dgn kehendak Allah

No comments: