Wednesday, November 19, 2008

Jakim kesan 73 kumpulan ajaran sesat

KUALA LUMPUR: Sebanyak 73 kumpulan ajaran sesat dikesan di seluruh negara oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata Jakim juga sudah mengenal pasti ketua kumpulan dan isi kandungan ajaran kumpulan ajaran sesat itu termasuk kaedah terbaru iaitu syarikat jualan langsung (MLM).

“Kaedah MLM adalah satu lagi usaha terbaru yang berstruktur oleh kumpulan ajaran sesat untuk mempengaruhi umat Islam dan memperluaskan pengaruh mereka,” katanya kepada pemberita selepas melawat Institut Penyelidikan Produk Halal di Serdang dekat sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata pemantauan akan sentiasa dibuat untuk memastikan kegiatan ajaran sesat dapat dibanteras. - Bernama

Resthour: Bagusla kalau mcm tu...

No comments: