Monday, September 15, 2008

Ramai artis peluk Islam

Ramai artis wanita yang memeluk agama Islam setelah mendapat petunjuk. Antara mereka ialah pelakon Dian Sastrowardoyo.

Dian yang memeluk Islam lebih empat tahun lalu menyatakan dia menukar agama bukan kerana mahu menjalin cinta dengan lelaki pilihannya yang beragama Islam.

Pelakon cantik filem Apa Ada Dengan Cinta ini berkata, setelah memeluk Islam dia lebih tenang dan pasrah kepada Allah.


Menurutnya, dia bernasib baik kerana langkahnya memeluk Islam itu tidak mendapat tentangan ibunya yang beragama Katholik. Malah ibunya sering mengingatkannya tentang solat jika dia lupa mengerjakan solat.

No comments: