Saturday, September 27, 2008

Teka teki lawak

Teka teki lawak sempena "mood raya" ni..betul ke produktiviti kurang masa dah last-last Ramadhan ni? lu fikir la sendiri..

1.Ada seekor monyet dikejar seekor harimau. Monyet ini memanjatlah satu pokok ni. Bila dah sampai half-way, rupa-rupanya ada seekor ular sawa kat atas pokok tu. Camna monyet tersebut ingin menyelamatkan dirinya?

2.Banyak-banyak tempat, di manakah air tidak pernah cerah?

3.Buta apakah yang boleh nampak?

4.Banyak-banyak ikan, ikan apa yang slalu sakit perut?

5.Apa dia: Bila kecik dia itam, bila besar dia jadik putih?

6.Banyak-banyak singa, singa apa yang tak makan daging?

7.Kenapa idung lembu berair?

8.Burung apakah yang paling penyayang?

9.Kenderaan apakah yang paling tua di dunia?

10.Lembu apakah yang selalu dicari?

11.Kalau seorang, sendiri tau. Kalau berdua, dua-dua sama tau. Bertiga, tiada siapa yang tau kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagilah tak tau... apa dia?

12.Bom apakah yang tak pernah meletup?

13.Kereta apa yang orang tak pernah panggil kereta? fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... fikir... fikir...

jawapannya adalah seperti berikut...dah agak dah ko mesti terus scroll down.

1.tak payah korang pikir camna monyet tu nak selamatkan dirinya, banyak lagi masalah korang kena pikir... umpamanya mana nak carik duit cover belanja raya ni

2.air hitam.

3.buta hati & buta perut.

4.ikan kembung.

5.michael jackson.

6.singapura.

7.lembu tak tahu kesat idung dengan tisu... lagi satu bau tuan dia...

8.burung belatuk... sebab dia bela atuk.

9.motosikal & basikal... sebab dia ada tongkat.

10.lembu yang hilang.

11.kentut.

12.bomba & kuih bom.

13.teksi

No comments: