Sedang Vittorio Luise memandu keretanya berhampiran Naples, Itali, angin yang kuat tiba-tiba melanda menyebabkan kereta yang dipandunya itu tercampak ke dalam sebatang sungai. Untuk mengelakkan diri daripada mati lemas, Luise memecahkan tingkap keretanya dan berenang ke tebing sungai. Dia terselamat, tapi tiupan angin yang terlalu kuat mengakibatkan sebatang pokok yang tumbuh di tebing sungai berkenaan tumbang lalu menghempap tubuhnya. Luise mati di tempat kejadian.
-Mike Stewart, 31, berdiri ke atas sebuah trak untuk melakukan penggambaran filem tentang bahayanya jambatan yang dibina terlalu rendah. Sedang dia asyik melakukan kerjanya, trak tersebut terus meluncur laju melalui bawah jambatan tersebut. Mike tidak sempat mengelak, tubuhnya terhantuk pada jambatan berkenaan mengakibatkan diamengalami cedera parah dan seterusnya meninggal dunia.
-Tertekan kerana gagal mendapatkan pekerjaan, Romollo Ribolla, 42, duduk di dapur rumahnya di Pisa, Itali. Dia memegang sepucuk senapang dan bercadang untuk membunuh diri. Isterinya menenangkan Ribolla dan mendesak beliau supaya tidak bertindak demikian, Cubaan tersebut berhasil dan Ribolla membatalkan hasratnya itu. Selepas menangis selama setengah jam, Ribolla membaling senapang tersebut ke lantai, tapi ia meletup dan menghamburkan pelurunya. Peluru tersebut mengenai isteri Ribolla menyebabkan wanita berkenaan mati di tempat kejadian.
-Walter hallas, 31, seorang kerani sebuah stor di Leeds, England, mengalami sakit gigi yang agak teru,. Dia mengerang kesakitan, tapi takut untuk menemui doktor gigi. Untuk melegakan sakit giginya ttu, Hallas memanggil seorang kawannya dan meminta kawannya itu menumbuk ke arah rahangnya. Tumbukan padu dilepaskan, Hallas terjatuh dan kepalanya terhantuk ke lantai menyebabkan dia meninggal dunia akibat tengkoraknya retak.
-Satu majlis memberi penghormatan terakhir diadakan di Tasik Kushaqua, New York, untuk seorang wanita yang disangkakan telah mati akibat serangan jantung. Mayat wanita itu terbujur di dalam keranda sementara orang ramai yang menziarahi wanita tersebut menangis meratapi pemergiannya. Tiba-tiba wanita tersebut bangun daripada pembaringannya menyebabkan semua yang berada di rumah tersebut terkejut besar, termasuklah adik perempuannya yang rebah dan terus tidak bangun-bangun lagi hingga ke akhir hayatnya!
-Seorang lelaki terjatuh apabila dilanggar oleh sebuah kereta di New York, Amerika Syarikat. Dia bangun semula tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Bagaimanapun, atas nasihat seseorang yang kebetulan berada di tempat kejadian, lelaki tersebut berbaring semula di depan kereta berkenaan dan berpura-pura sakit...kononnya cedera teruk akibat kemalangan itu. Tujuannya supaya dia akan mendapat pampasan daripada syarikat insurans. Malangnya, lelaki tersebut mengalami cedera parah dan kemudiannya meninggal dunia apabila secara tiba-tiba kereta berkenaan bergerak ke hadapan dan melanggar tubuhnya.
Monday, September 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment