Tuesday, September 16, 2008

Zaid Ibrahim letak jawatan

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Datuk Zaid Ibrahim hari ini meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Surat perletakan jawatan beliau diserahkan kepada Perdana Menteri di Putrajaya pada pukul 2 petang ini.


Keputusan itu dibuat sehari selepas beliau memberikan pandangan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak harus digunakan terhadap orang awam seperti wartawan dan ahli-ahli politik.

Kata beliau, akta tersebut seharusnya hanya digunakan terhadap pengganas ataupun ke atas mereka yang cuba menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.

Sehubungan itu jelas Zaid, beliau sedia untuk meletak jawatan kerana memberikan pandangan yang dilihat bertentangan dengan 'dasar kerajaan' itu.

Tetapi menurut Buletin TV3, Pak Lah menolak perletakan jawatan tersebut dan meminta Dato' Zaid bercuti selama dua minggu untuk memikirkannya semula perletakan jawatannya itu.

Sumber: Tranungkite & Mstar


Tahniah Datuk Zaid! Berani kerana Benar!

No comments: