Esok mungkin kita akan menyambut puasa Ramadan dan masing masing sudah bersiap sedia dengan makanan dan persiapan puasa namun ummat Islam MORO masih di kemah pelarian dan di tepi jalan raya melarikan diri dari serangan tentera filifina. Jumlah kematian di pihak awam akibat kezaliman tentera Filifina juga meningkat. Tentera filifina akan meneruskan serangan dan tidak mahu mengindahkan sensitiviti ummat Islam berpuasa kerana bagi mereka puasa akan menyebabkan ummat Islam lemah dan inilah masa nya mereka akan menyerang habis habisan. .
Kalau di Malaysia kita boleh menyambut kemerdekaan dengan riang dan masih boleh bereksperimen pula dengan risiko politik bermacam, di Filifina Ummat Islam telah ber puluh tahun di jajah terus menerus dari Sepanyol, USA dan sekarang Manila. Mereka hidup dengan air mata di bumi mereka sendiri akibat pemimpin mereka yang lalai satu masa dahulu. Saya pun kadang kadang rasa letih untuk berkongsi menulis berkaitan nasib ummat Islam untuk mereka yang telah tertutup hati dan telinga dan tidak mahu kisah langsung dengan nasib ummat Islam . Kadang kadang terfikir juga apa guna nya menulis kepada orang yang pekak dan buta tetapi saya berharap mungkin di antara pekak dan buta itu ada yang celik dan mendengar. Kalau bukan ayah nya, anaknya , kalau tidak cucunya.
Sekarang seramai lebih dari suku juta penduduk Islam Mindanao telah terpaksa meninggalkan rumah mereka mencari tempat perlindungan supaya tidak menjadi mangsa kezaliman tentera filifina .Kanak perempuan orang sakit dan tua membawa barang barang dan ternakan lari dari kampung halaman kerana bimbang di bedil oleh tentera filfina. Namun ada juga tak sempat lari kerana di serang secara tiba tiba bukan saja oleh tentera filifina tetapi oleh fantatik kafir tempatan. Ini berlaku di Barangays Dungguan, Langayen danTapodoc of Aleosan dan juga di baragays Pigcawayan.
Tentera filifina juga telah menyerang bukan saja kem 105th Base Command of Commader Ameril Umbra Kato dan 102nd Base Command of Commander Bravo Macapaar. tetapi juga kem MILF yang mempunyai perjanjian gencatan senjata dengan filifina. Turut di bedil oleh tentera filifina ialah kem MILF 104th Base Command, 107th Base Command, MILF Central Committee Task Force Ittihad based in Maguindanao dan Joint Ceasefire Monitoring Elements (JCMEs). Nampaknya Filifina menggunakan taktik perang USA di afghanistan di mana penduduk di salah kan dan diserang atas alasan tidak masuk akal.
Peristiwa di filifina sepatutnya menjadi iktibar kepada ummat Islam di Malaysia supaya jangan terlalu bodoh tidak menjaga kuasa politik yang kita ada sekarang . Kelalaian dalam menjaga kekuatan ummat Islam di Malaysia akan menjebak kita ke dalam jalan yang tidak ketentuan.
Kita memohon agar kita tidak akan turut menjadi pelarian di negara sendiri dengan kebodohan kita berpolitik
Sila ke laman web MILF untuk maklumat terkini
Sila ke laman web AL MUSLIMIN untuk nasib ummat Islam moro
No comments:
Post a Comment