Thursday, September 18, 2008

Ujian Allah... Tabahlah mengharunginya...

Hidup ini penuh dengan ujian. Memang perit dan pedih untuk
menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep "ujian" di dalam perspektif
Islam.

Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan
cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk
sangka terhadap Allah SWT.

Jadi, bagaimana ingin memujuk hati
yang sedang berduka lara itu? Pujuklah dengan berzikir dan mengingati
Allah dan bacalah Al Quran. Sesungguhnya, banyaklah sudah isi-isi yg
tersingkap di dalamnya. Segala jawapan ada di dalamnya.


KENAPA AKU DIUJI?


Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami
telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami
telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah
mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui
orang-orang yang dusta.

Surah Al-Ankabut: Ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?


Boleh
jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi
pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

Surah Al-Baqarah: Ayat 216



KENAPA UJIAN SEBERAT INI?



Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya.

Surah Al-Baqarah: Ayat 286


RASA FRUST?


Janganlah
kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal
kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang
yang beriman.


Surah Al-Imran: Ayat 139



BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?


Wahai
orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran
dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah
kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh,(di medan perjuangan),
dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)
serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai
kemenangan).
Surah Al-Imran: Ayat 200


Dan mintalah
pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali
kepada orang-orang yang khusyuk.

Surah Al-Baqarah: Ayat 45



APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, Harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.

Surah At-Taubah: Ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?


Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.

Surah At-Taubah: Ayat 129


AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!


Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.

Surah Yusuf: Ayat 12


wallahua'lamm

No comments: