Thursday, September 4, 2008

Resepi2 menarik.(Mee & Pasta Recipe)



MACARONI AYAM KUAH TOMATO




INGREDIENTS:



1kg dada ayam dipotong kecil-kecil
4 biji tomato sederhana dibuang biji dan dipotong kecil dan dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1/2 sudu besar lada puih serbuk
1 sudu besar mentega atau margarine
6 sudu besar pati tomato (kalau tak suka masam sangat .. gantikan dengan tomato sos sahja)
800ml air
1 batang lobak merah sederhana di kupas kulit dan potong dadu kecil
50g kacang peas
air perahan dari 1 biji lemon
garam secukup nya
gula jika suka

500 g macaroni ~ boil with water and a tablespoon of oil to avoid it from sticking together

METHODS:



1.Gaul ayam bersama serbuk lada putih dan tomato kisar dan bawang putih.

2.Pijarkan mentega, tumis ayam bercampur tomato. Kacau sehingga rata.

3.Masukkan pula pati tomato, air, lobak dan kacang peas.

4.Setelah mendidih, campur air perahan lemon, serta garam secukup rasa.

5.Kacau lagi sehingga daging ayam dan lobak empuk.

6.500g macaroni di rebus dengan sedikit minyak agar tidak bergumpal kelak..

7.Semasa menghidang letak kan macaroni dalam mangkok dan tuangkan kuah tomato.


PASTA GORENG








INGREDIENTS:


500 gm pasta campuran [makaroni/fussili/ pasta siput - rebus sampai lembut]]
300 gm daging ayam [kisar/cincang]
1 tin cendawan butang [potong kecil/nipis]
4 biji buah tomato hijau [potong dadu]
1 biji cili capsicum merah [potong dadu]
1 biji cili capsicum hijau [potong dadu]
1 labu bawang besar [potong dadu]
1 cawan sayur campur frozen
3 sudu cili sos
1/2 cawan sos tomato
garam
gula
minyak
daun sup [racik]

METHODS:



1.Panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga wangi dan layu.

2.Masukkan ayam dan goreng sehingga masak.

3.cili sos, sos tomato, garam, dan gula. Kacau rata.

4.Masukkan semua sayuran. Kacau rata,

5.Rasakan garamnya dan tutup api.

6.Masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup dan hidangkan.

PASTA FEISTA



INGREDIENTS:


500 gm pasta campuran [makaroni/fussili/ pasat siput - rebus sampai lembut]]
10 batang sosej [rebus dan potong kecil]
10 keping nugget [potong kecik ]
1 tin cendawan butang [potong kecil/nipis]
4 biji buah tomato hijau [potong dadu]
1 biji cili capsicum merah [potong dadu]
1 biji cili capsicum hijau [potong dadu]
1 labu bawang besar [potong dadu]
1 cawan sayur campur frozen
3 sudu cili mesin
1/2 cawan sos tomato
garam
gula minyak
daun sup (racik)

METHODS:



1.Panaskan minyak dan tumiskan abwang sehingga wangi dan layu.

2.Masukkan cili mesin, sos tomato, garam, gula dan sosej. Kacau rata.

3.Masukkan semua sayuran dan nugget. Kacau rata,

4.Rasakan garamnya dan tutup api.

5.Masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup dan hidangkan.


MEE KUNGFU / MEE HONGKONG / MEE KANTONIS



INGREDIENTS A:


500 gm mee kuning
5 biji telur dipukul

INGREDIENTS B:


100 gm udang basah [buangkan kulit]
150 gm ayam [dihiris]
1 biji panjang fish cake [potong nipis]
3 ulas bawang putih [dicincang]
100 gm brokoli [dipotong]
100 gm bunga kobis [dipotong]
100 gm carrot [potong kecil dan panjang]
5 tangkai baby corn
2 sudu besar minyak masak
2 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 cawan air rebusan ayam
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah
garam
minyak

METHODS:



1.Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.

2.Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.

3.Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.

4.Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.

5.Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.

6.Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.


Mee Hailam



INGREDIENTS:


600 gm mee kuning
100 gm daging [hiris nipis]
100 gm isi ayam [hiris nipis]
100 gm udang
250 gm sawi hijau [potong kecil]
100 gm bunga kubis [hiris]
100 gm kobis [hiiris]
2 biji telur ayam
1 biji cili merah [mayang]
1 s/b lada hitam

1 s/b sos tiram
2 s/b kicap pekat
3 s/b sos tomato
3 sudu besar minyak
1 cawan air
4 ulas bawang putih [ketuk]

BAHAN HIAS:


3 batang daun sup ]
3 batang daun bawang ] potong pendek
garam [jika perlu]

METHODS:



1.Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.

2.Masukkan daging dan air. Biarkan sehingga lembut.

3.Bila daging dah lembut masukkan ayam dan udang. Kacau rata.

4.Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning . Kacau rata.

5.Masukkan bahan sayuran lain dan telur. Biarkan telur keras dan kacau perlahan-lahan.

6.Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup & daun bawang.


BIHUN GORENG



INGREDIENTS:


600 gm bihun [rendamkan lembut dan toskan]
200 gm isi ayam [hiris nipis]
200 gm sawi [potong pendek]
250 gm kobis [racikkan]
1 batang carrot [potong halus saperti batang mancis]
3 keping tahu [gorengkan dan hiriskan nipis]
3 s/b minyak
sedikit kicap
garam
air

BAHAN MESIN / TUMBUK:

10 biji ciliapi
6 biji cili merah
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

METHODS:



1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehinggan wangi.

2.Masukan isi ayam dan kacau rata.

3.Bila nampak masak masukkan garam dan air. Kacau rata.

4.Masukkan kobis, carrot dan bihun. Kacau rata sehingga sebati.

5.Bila nampak bihun lembut masukkan sawi.

6.Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.

7.Bila menghidang, taburkan hirisan racik daun bawang dan daun sup.


BIHUN SINGAPORE





INGREDIENTS:


600 gm bihun [rendamkan lembut dan toskan]
200 gm daging [hiris nipis dan rebus lembut]
200 gm sotong [hiris kecil]
200 gm kucai [potong pendek]
250 gm kobis [racik halus]
1 batang carrot [sagat ]
3 s/b minyak
garam
air

BAHAN TUMBUK:


1 s/b lada hitam
1 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

BAHAN HIASAN / TUMBUK:


1 biji telur [buat dadar dan hiriskan]
2 biji cili merah [mayang halus]

METHODS:



1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehinggan wangi.

2.Masukan daging dan kacau rata.

3.Bila nampak masak masukkan sotong, kobis, carrot, garam dan air. Kacau rata.

4.Masukkan bihun. Kacau rata sehingga sebati.

5.Bila nampak bihun lembut masukkan daun kucai.

6.Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.

7.Bila menghidang, taburkan hirisan telur dadar dan cili merah.

KUETIAW GORENG



INGREDIENTS:


500 gm kuetiaw
100 gm daging
1 ikat daun kucai dipotong 1 inci
1 cawan tauge
1 tauhu basah [goreng dan potong kecil]
2 sudu cili mesin
4 ulas bawang putih [ketuk]
2 biji telur [pukul sikit]
4 sudu besar kicap manis
2 s/b sos tomato
2 s/b air
sedikit minyak garam [jika perlu]

METHODS:



1.Panas minyak dan tumiskan bawang putih hingga berbau wangi.

2.Masukkan cili mesin dan kicap.

3.Masukkan daging, tomato sos dan air. Biarkan daging lembut sbentar.

4.Maukkan tahu, telur dan kuetiaw. Biarkan telur keras separuh masak baru digaulkan rata.

5.Masukkan taugeh dan kucai. Kacau sentar dan tutup api.
pastikan jangan terlalu kering... biarkan agak basah aje ...
















No comments: