Untuk renungan bersama ...... Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah
dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui
pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak
peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai
bila-bila. Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan
30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu
rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti
Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk
menghabiskan cuti semester. Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan
pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang
semuanya di
Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun
masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah
haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga. Berbalik
kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan
Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah
kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki
bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan
lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari
bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran
wanita terbabit. Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan
bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak
sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaah itu,
saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. 'Kakak ni sakit,'
kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta
bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang
berlaku. 'Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat
tolong saya...kita bawa dia ke hospital,' kata saya.Tanpa membuang masa,
kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak
tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat
penginapan
masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan
diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun
semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara
itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan
wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan
menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui
perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak
sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya
makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan
situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka
wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan
rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap
kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih
tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk
mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.
Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor
bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil.
Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut
matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja
terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil
menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan
muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya
kepada wanita tersebut, 'Kenapa kakak menangis?' 'Mazlan.. kakak
taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak
baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat.' 'Kenapa pulak ni kak
tiba-tiba saja nak bertaubat?' tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu
terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika
kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan
demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya,
'Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih.
Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu
apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat
kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami
kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja ,' katanya
tersedu-sedan. 'Habis yang kakak pergi haji ini?' 'Yalah...kakak
tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.' 'Jadi
apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak
alami semasa sakit?' tanya saya lagi. Dengan suara tersekat-sekat, wanita
itu menceritakan, 'Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya.
Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas
segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini. 'Betul ke kak?' tanya
saya, terkejut. 'Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh
Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan
balasan syurga. Kakak rasa
seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung .
Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak
kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf
kepada Allah.' ' Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit
dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...
putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya
bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam
api itu dan kakak ambil buah dada tu
balik .' tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya
wanita itu terus bercerita. Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa
henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau
dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang
amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak
bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, ' Hari-hari kakak diseksa. Bila
rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit
kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab
itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. '
sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia
betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan
menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang
ingkar. 'Mazlan...kakak ni nama saja Islam,
tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. Kerana
kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah , semasa tidak sedarkan
diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi
pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu
sebab kakak betul-betul lapar. 'Bila ditelan saja buah-buah itu,
duri-durinya menikam
kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak .
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri
besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan,
kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke
dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma
Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan
kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak
dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi
kakak terpaksa minum sebab
kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak
pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini.' Saya terus mendengar
cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah. 'Masa diazab
itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi,
berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon.
Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan
dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh.
Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala
kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan
sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.' Saya termenung
mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.
Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita
maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka
azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan
sendiri kebenaran Allah. 'Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan
sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi
kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha,' katanya
sambil menangis-nangis. Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila
saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya
tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu
maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
'Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga
kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke,
berehat ke...' tegur saya. 'Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah
kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar.' menurut wanita itu,
sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang
ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya
mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana
ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi
saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan
kesihatannya. 'Tak boleh Mazlan. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya
azab tuhan.
Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan
juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat.' Wanita itu juga
berpesan kepada saya, katanya, 'Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak
pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak
seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam
kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap
sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang
bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan
muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa.'
'Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak
jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna
beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100
orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak
ni??? Allah...' 'Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan
minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat
ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu
Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk
Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti
orang bukan Islam.' Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa
cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi
wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang
ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia
berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha? Satu lagi, cubalah
bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan
Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu
memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa
dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah
meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa
'Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal...'
itu dah terlambat. REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN WAKTU KAYA
SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU
MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI ' SAMPAIKANLAH
PESANKU BIARPUN SATU AYAT....'
Friday, September 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment