SAPA-SAPA YANG TAK KUAT SEMANGAT DILARANG KERAS MELIHAT GAMBAR INI!!!!)
AKU KATA JANGAN TENGOK....!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Murtabak Yang Harum dan sedap.... kuahnya yang kuning tu fuhhh... kalau bau gerenti tutup mata punya....
Cuba anda saksikan kilatan di atas daging ayam percik ni... fuuhhh.. kalau tersentuh lidah kita... gerenti nikmat tak terhingga sehingga menitiskan air mata... ditambah hirisan timun tu... masya Allah... hanya Tuhan je yang tahu nikmatnya...
Tak payah nak cakap apa, ikan pari bakar kalau dicicah dengan air asam, memang satu tarikan yang pasti kita akan sukainya setiap masa... fuh.. kalau perah asam limau atas dia... lagilah kecur air liur wa akap luuu...
Anda bayangkan, anda ada sepinggan pulut tanpa lauk.... pulut kuning pulak tu... so apa yang anda akan lakukan??? melihat sahaja tekstur yang ada pada rendang daging ni????
Bagi yang nak simple-simple, jangan pandang rendah pada keputihan telur mata kerbau yang terbaring diatas keempukan aroma maggie goreng kerana aroma inilah yang akan buat kita kembang hidung...
Anda pulang ke rumah, pastu anda terbau rakan serumah anda goreng sesuatu, alih2 bila dah siap anda terlihat rakan anda tu goreng benda ni.... disamping sos cili yang memukau!!!
Bagi peminat makanan siam, tidak syak lagi bila dihidangkan tom yam dihadapan anda, anda akan jadi gila... sebab perlu disertakan dengan nasik ... dan sambal belacan... mak datuk... nikmatnyaaa! !!!
dan ini adalah menu utama, semua orang pasti menyukainya. .. lihatlah kemerahan ikan sambal tu kawan-kawan. ... gerenti nangis kalau kita rasa... fuh.... nasi campur sekeliling ada laukkk...
MasyaAllah, cantiknya susunan cincau dalam bandung ni... warna pink bandung tu kalau menerjah ke tengkuk kita pada masa ni... pasti kita akan buat sembahyang syukur... tanda terima kasih ya amat....
Hirisan popia basah ni memang dipandang sepi, tapi cuba anda letakkan di atas lidah, dan telan... anda pasti akan kata dunia ini ana yang punya!!!
Saturday, September 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment