Friday, September 12, 2008

Benarkah ubat gigi ada kayu sugi?



Assalamualaikum w.b.t.,

Yang Berbahagia Dato' Setiausaha Agung,
Persatuan Pengguna Islam Malaysia,
(Satu-satunya Pertubuhan yang peka dengan cabaran yang menghantui Umat Islam di malaysia),

Terlebih dahulu, Tok Ngah mohon maaf kerana mengambil masa Dato yang sangat berharga. Tok Ngah tahu bahawa Dato sedang sibuk dengan masalah terkini yang mencabar keupayaan umat Islam di Malaysia.

Ada pun Tok Ngah terpanggil untuk memberitahu pihak PPIM bahawa terdapat sebuah syarikat gergasi di Malaysia yang juga merupakan sebuah syarikat yang Lembaga Tabung Haji telah membuat pelaburan. Syarikat tersebut merupakan pembikin ubat GIGI yang terbesar di Malaysia dan mungkin juga di Dunia. Tok Ngah telah mendapatkan Iklan (brosur di sertakan) yang disebarkan oleh syarikat tersebut sudah agak lama tetapi hanya kini berpeluang untuk membuat laporan kepada PPIM setelah mendapat gambaran sebenar apabila berpeluang melawat sebuah Negara di Afrika baru-baru ini.




Jelas, pihak pembikin ubat GIGI gergasi tersebut telah membuat PEMBOHONGAN secara terang-terangan kepada para pengguna di Malaysia. Berapa lama perkara ini telah berlalu, Wallahu 'Alam! Tapi yang lebih menyedihkan ialah, kenapa Lembaga Pak Haji Malaysia bingai sangat! Nak membuat pelaburan dalam sebuah Syarikat yang memperkudakan umat Islam....tak tahu la pulak kalau Ketua-ketua Lembaga Pak Haji ada share dalam syarikat tersebut secara Proxy.

Saya sertakan gambar sebenar pokok Miswak/Sugi atau pokok Arak (dalam bahasa Arab). Cuba bandingkan gambar pokok Sugi yang dipaparkan dalam iklan Syarikat tersebut! Saya yakin agenda syarikat tersebut hanya untuk menipu pengguna Islam di Malaysia. Dan yang mengerikan lagi ialah, bahan toksik apa lagi yang ada dalam ubat gigi tersebut!!!!!

Saya ingin menggesa pihak PPIM membuat siasatan segera dan membuat laporan kepada pihak berwajib secepat mungkin......kalau senang, bagitau Lembaga Pak Haji kita tu supaya jangan nak kaya secara senang!

Sekian dan salam perjuangan untuk semua!!

Tok Ngah Ibrahim,
Pasir Salak, Perak


Artikel asal dari PPIM.

No comments: