Wednesday, December 10, 2008

Serba sedikit ttg kamera

Sekarang ni, mengambil gambar digital mudah sekali, selain dari menggunakan kamera digital yang berbagai model dan jenis yang berada di pasaran, gambar juga boleh diambil menggunakan handphone kamera. Kualiti gambar di kira dari bacaan pixel. Lagi tinggi pixel, ketajaman gambar lagi tinggi dan berkualiti. Nak print gambar pun mudah dan murah sahaja. Sekarang banyak kedai gambar yang menyediakan perkhidmatan mencuci gambar digital. ada yang self service sahaja.

Gambar boleh distor menggunakan memory card, thumb drive, cd,portable hard disk dan sebagainya. Kita juga boleh upload gambar kita ke server internet untuk mengurangkan penggunaan hard disk dan berkongsi bersama teman-teman.

Untuk mengambil gambar menggunakan kamera digital pun mudah, kamera yang canggih sikit ada ciri-ciri anti vibrate atau gegaran. Boleh mengambil imej bergerak dengan tepat dan pantas walaupun tangan kita pun bergoyang.

Tetapi ada juga yang masih tidak tahu menggunakannya dan saja je buat lawak seperti gambar di bawah.... . Nampak sangat kamera baru dibeli atau kamera pinjam.hahaha

Takpe la sis, belajar la lagi...

No comments: