Thursday, December 18, 2008

Saringan HIV untuk bakal pengantin diwajib bermula tahun depan

KUALA LUMPUR 18 Dis. — Mulai tahun depan, semua bakal pengantin akan diwajibkan menjalani ujian saringan Human Immunodeficiency Virus (HIV) yang akan dikuatkuasakan di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai AIDS, di Parlimen hari ini berkata saringan itu adalah sebahagian daripada kursus pra perkahwinan.

Katanya langkah itu selaras dengan sasaran kerajaan untuk mengurangkan jangkitan HIV terutamanya kepada wanita yang kini menunjukkan peningkatan.

“Tahun depan, kita akan mewajibkan semua negeri untuk mewajibkan saringan HIV yang jadi sebahagian daripada kursus pra perkahwinan,” katanya kepada pemberita. - Bernama

No comments: