Saturday, December 13, 2008

Bagaimana Membina Form/borang di web anda

1. Sila layari laman web bina form ini. Sila klik di sini.



2. Kemudian sila - klik Get Started !





3. Isikan maklumat yang diminta, sila pastikan alamat e-mail anda adalah betul kerana pengesahan e-mail akan di buat selepas pendaftaran ini nanti. Kemudian klik sign up.



4. Sila buka e-mail yang anda daftarkan sebentar tadi untuk membuat pengesahan tentang pendaftaran anda. Lihat e-mail yang dihantar dari support@response-o-matic.com dan klik link pengesahan yang di berikan dalam e-mail anda.



5. Klik pada add a question dan pilih jenis paparan soalan pada borang anda nanti.




6. Masukkan soalan yang anda ingin tanyakan kemudian klik save. Klik add question lagi untuk menambah soalan yang lain dan ulangi proses yang sama sehingga selesai soalan anda. Tandakan tick pada required jika anda inginkan orang perlu menjawab soalan itu.



7. Klik butang move up dan move down di sebelah kiri untuk mengubah susunatur soalan. Kemudian klik "Save and continue to step-2"



8. Penuhkan ruangan step-2 dengan tandakan tick pada bahagian yang diperlukan mengikut kemahuan anda seperti setiap borang yang di-submit perlu dihantar ke alamat e-mail anda dan anda tetapkan alamat e-mail anda untuk membaca borang yang telah dihantar. Klik "save and continue step-3".



9. Copy code url dan paste dalam blog atau laman web anda.

Selamat Mencuba :)


No comments: