Dilulus terbit pada Thursday, October 02 @ 12:00:00 MYT oleh SongkokPutih
Artikel Oleh: cucumatkilau
Ramai pihak kini panik dan tertanya-tanya, apakah punca sebenar Pengendali laman web Malaysiatoday ditahan selama dua tahun dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini. Sedangkan kes yang beliau hadapai itu, jika dibawa ke mahmakah pun kerajaan belum tentu menang.
Tuduhan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW dalam bentuk tulisan pada "komen artikel" adalah amat tidak wajar sama sekali. Semua orang tahu bahawa "komen artikel" boleh ditulis oleh sesiapa pun dengan menggunakan nama samaran. Mungkinkah beliau diperangkap oleh pihak-pihak tertentu dalam usaha menyelamatkan kepentingan politik peribadi masing-masing? . Inilah yang sedang dinilai oleh rakyat.
Jika sekadar bersandarkan kepada hina agama dan Nabi, lebih banyak kes yang sepatutnya ditahan ISA sebelum ini. Bukankah kita pernah digempar dengan individu yang mengaku tuhan, rasul, imam mahadi dan sebagainya. Mengapa pulak "Ayah Pin" tidak ditangkap dan ditahan ISA? Umum mengetahui bahawa kumpulan Ayah Pin merupakan antara lima kumpulan ajaran sesat paling tegar dikesan di Malaysia dan mula bergerak pada tahun 1982. Ia antara lain, mengamalkan ratib secara kuat dalam gelap dengan bercampur antara lelaki dan wanita. Pemimpinnya pula, Arrifin Muhammad , 65 tahun mengaku dirinya sebagai tuhan, pencipta semua agama serta pemegang kunci ke syurga.
Begitu juga dengan laporan bekas Ustazah yang murtad iaitu Kamariah Ali, 54, yang berkelulusan pengajian agama dari Asia Barat. Beliau merupakan anak buah ayah Pin yang didakwa di mahkamah syariah atas kesalahan tersebut. Ini belum lagi kes yang melibatkan artis Rosnah Mat Aris yang dihebohkan dimedia baru-baru ini. Bahkan apa yang dilakukan oleh Rosnah itu jelas sekali "menghina" Nabi dan Islam? Mengapa beliau tidak didakwa dan ditahan ISA. Walhal apa yang dilakukan oleh mereka ini lebih jelas dan nyata dan ada faktanya. Bahkan kenyataan Rosnah pula disiarkan secara langsung dan disaksikan oleh ribuan penonton. Begitu juga dengan Ayah Pin, perbuatan beliau jelas "menghina Islam" dan telah menarik ramai pengikut untuk mendalami ajaran sesatnya itu. Tetapi mengapakah mereka semua terlepas dari hukuman dibawah akta ISA?. Apa bezanya Raja Petra dengan mereka-mereka itu? Inilah yang dikatakan undang-undang "double standard" yang diamalkan oleh kerajaan kita.
Bila disiasat semula kes ini, sedarlah kita bahawa Raja Petra ditahan atas "satu sebab lain" sebenarnya. Ini kerana sebelum ini beliau pernah berkata akan mendedahkan segala bukti yang dinyatakan dalam akuan bersumpahnya berkaitan pembunuhan Altantuya Shariibuu semasa perbicaraan berlangsung kelak. Bagi beliau, mendedahkan segala bukti yang ada dimahkamah lebih penting dari menjawab segala kenyataan yang dibuat oleh pelbagai pihak sekarang. Raja Petra turut memberikan alasannya yang tidak melaporkan dakwaan terbarunya itu kepada polis. Beliau berkata tindakannya itu disebabkan laporan yang pernah dibuatnya pada tahun 2002 tidak diambil apa-apa tindakan oleh pihak polis, bahkan mendakwa dipukul oleh seorang pegawai polis. Oleh itu, beliau tidak yakin lagi untuk melaporkannya kepada polis. Kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu bertambah hangat dengan akuan berkanun yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin pada 18 Jun 2008 yang lalu. Dalam akuan tersebut Raja Petra menyatakan :-
* Rosmah Mansor isteri Najib merupakan salah seorang daripada tiga individu yang ada di tempat kejadian. Dua orang lagi ialah Leftenan Kolonel Aziz Buyong (Pakar Letupan C4 orang yang bertanggung meletakkan C4 pada tempat-tempat tertentu badan Altantuya, dan isteri Aziz, yang juga pengawal peribadi Rosmah.
* PM Abdullah ada menerima laporan bertulis dari pihak perisikan tentera dan beliau menyerahkan laporan tersebut kepada menantunya untuk disimpan dengan selamat.
* Seorang Sultan juga telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan menyedari tentang tuduhan berkenaan. Dalam akuan tersebut, nama-nama seperti Rosmah Mansor (isteri TPM), Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dan Khairy Jamaluddin disebut dengan jelas. Malah Rosmah dikaitkan secara langsung dalam pembunuhan tersebut.
Memandangkan keputusan kes tersebut akan diumumkan sekitar penghujung bulan Oktober ini, maka peluang untuk Raja Petra mengeluarkan lebih banyak bahan bukti akuan berkanunnya "terhalang". Dengan itu, proses keadilan akan gagal ditegakkan bila perkara sebenarnya disembunyikan dari pengetahuan orang ramai. Mungkin atas alasan inilah agaknya, Raja Petra akhirnya ditahan atas dakwaan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Walhal kes yang sama melibatkan orang lain dibiarkan bahkan hanya dibicarakan di Mahkamah Syariah sahaja. Semoga apa yang berlaku ini dapat memberi gambaran tentang betapa lemahnya sistem undang-undang di negara kita. Bila individu itu dikatakan boleh mengancam negara hanya kerana mereka memegang dan mempunyai bukti kukuh tentang penyelengan dan jenayah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin tertentu. Kita tidak mahu menuduh sesiapa dalam hal ini. Namun tiada pihak pula yang mengambil tindakan "saman" terhadap Raja Petra selepas akuan berkanunnya itu dilaporkan kepada pihak polis. "Hina Nabi: Bicarakan Raja Petra Di Mahkamah Terbuka !"
[Sebenarnya ini jelas sekali membuktikan kepada kita betapa pincangnya amalan undang-undang di negara kita sebenarnya. Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk membawa perubahan dalam sistem pentadbiran negara. Bahkan ISA itu sendiri sepatutnya dihapuskan demi memberi keadilan kepada semua rakyat Malaysia. Kiranya akta itu terus dipertahankan maka selagi itulah amalan undang-undang negara kita akan ditertawakan oleh masyarakat antarabangsa] .
Sunday, October 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment