Sunday, October 26, 2008

Cara baru pukau guna payung

LAKONAN semula bagaimana seorang lelaki menggunakan sekaki payung sebelum
mencabul seorang pelajar di dalam sebuah bas di Klang baru-baru ini.

SHAH ALAM - Kebiasaannya kerap dilaporkan seseorang dipukau menggunakan
kaedah hembusan asap rokok atau berjabat tangan, tetapi lain pula halnya
yang berlaku ke atas seorang pelajar wanita institusi pengajian tinggi
(IPT) di sini.
Dia bagaikan terlena seketika akibat dipukau setelah seorang lelaki
menggeselnya dengan sekaki payung yang kemudian duduk di sebelahnya ketika
menaiki sebuah bas baru-baru ini.

"Lelaki itu kemudiannya meraba-raba paha dan tangan saya, tetapi saya
hanya mampu melihatnya sahaja tanpa dapat berbuat apa- apa.

"Nasib baik seorang kawan saya yang ketika itu berdiri di belakang tempat
duduk bas nampak perbuatan lelaki tua itu dan terus memanggil nama saya.

"Pada masa itulah juga saya tersedar dan lelaki itu terus cuba mengalihkan
tangan kanannya yang berada di atas tangan saya," kata pelajar perempuan
terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Julia.

Kata Julia, selepas mengetahui perbuatan itu disedari oleh salah seorang
kawannya, lelaki berusia dalam lingkungan 60-an terus bergegas melompat ke
luar dari bas yang kebetulan sedang berhenti di sebuah perhentian bas di
Klang.

No comments: