Thursday, June 19, 2008

Mee Segera 'Halal' yang berperisa babi




Mee Segera 'Halal' yang berperisa babi

Merujuk perkara di atas, saya Amir bin Amin, ingin membuat aduan tentang masalah tersebut. Pada pagi ini 4hb Mei 2008, saya dan isteri telah pergi membeli barangan runcit di Sheng Siong di Woodland Centre Road. Kami hendak membeli mee segera apabila terperasan dengan Mee tersebut yang berperisa babi tetapi bercap HALAL. Kami telah mengadu perkara tersebut kepada pihak Sheng Siong supaya mereka bertindak dengan segera supaya tidak menjual mee tersebut. Mee itu telah dikeluarkan daripada jualan mereka. Mee tersebut adalah buatan Vietnam. Saya membeli mee itu sebagai rujukan dan menjadikannya sebagai bahan bukti.

Saya telah sertakan gambar-gambar sebagai bahan bukti. Saya juga ada keterangan di mana produk ini dijual dan syarikat mana yang mengimport mee ini.

Syarikat yang menjual:
Sheng Shong Supermarket Pte Ltd,
Blk 6A Woodlands Center Road,
#01-280,
Singapore 731006.
Tel: 63650533
Fax: 63650483

Syarikat yang mengimport:
Teo boon Thong Trading
38, Toh Guan Road
W1, Singapore 608833.
Tel: 65636229
Fax: 65632513

Saya berharap tuan akan mengambil tindakan terharap perkara tersebut. Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
Amir Bin Amin
Nric No. S1743509E
Blk 546 Choa Chu Kang Street 52
#04-22 Singapore 680546
Hp: 90212567
Res: 67601360
E-mail: amir_amin99@hotmail.com
amir@eesiflo.com

No comments: