Bacalah....moga menjadi iktibar.
Adasebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan
tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan
menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber
pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan
tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk
pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar tempenya yang diperbuat
daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh
jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak.
Diperiksanya
beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi
pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam
suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat
akan
firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan
perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun
mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon
kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia
sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang
perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempedengan hujung
jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan
keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika
sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang
jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya
semula dan berdoa lagi.
"Ya Allah. Aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku
supaya hari ini aku dapat menjual tempekerana inilah mata pencarianku.
Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin".
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit
bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila
tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi
sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak
kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana
keyakinannya yang sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar
membawa barang jualannya itu.
Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke
pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua
tempenya akan masak.
Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya
ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua
tangannya untuk berdoa.
"Ya Allah. Aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku
berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku,
jadikanlah tempeini. Amin".
Lalu dia pun berangkat di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa
membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia
meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya
sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yang berdebar-debar dia pun
membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan
tempeyang ada.
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat
isinya.
Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika
lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit
kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia
berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya,
inilahsatu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya
cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia
berasakan
bahawa tiada orang yang akan membeli tempeyang baru separuh
menjadi.Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai
sepi, para pembeli sudah mula kurang.
Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempemereka sudah
hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi
kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.
Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada
Allah,
pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu
dia
tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali
terakhir, "Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku
yang belum menjadi ini."
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya
ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempeyang belum menjadi? Dari
tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih
belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika.
Hatinya
terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang
pun pelanggannya mencari tempeyang belum menjadi. Sebelum dia menjawab
sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya
"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempeini menjadi lagi. Biarlah
tempeini seperti semula, Amin".
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun
penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar
tempenya masih belum menjadi! Dia pun ra sa gembira dalam hatinya dan
bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya
yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya
wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempeyang belum jadi?" Wanita itu
menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di Englandteringin makan
tempedari desa. Memandangkan tempeitu akan dikirimkan ke England,si ibu
tadi kenalah membeli tempeyang belum jadi lagi supaya apabila sampai di
Englandnanti akan menjadi tempeyang sempurna. Kalau dikirimkan
tempeyang
sudah menjadi, nanti di sanatempeitu sudah tidak elok lagi dan rasanya
pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir
rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Allah...
Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah sewaktu
berdoa, padahal sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang kita
perlukan
dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita
sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap
apa yang dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita
sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Allah
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedangkan kita
kurang prihatin untuk mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SOLAT 5
WAKTU ,menyegerakan & menyempurnakan solat, berkata-kata perkara yang
berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan...oleh itu, hantarlah kepada
sahabat yang lain dengan niat amal ma'aruf agar kebaikan boleh
sama-sama
dikongsi.
Mudah-mudahan Allah redha dengan apa yang kita buat( ",) ..AMIN
Monday, June 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment