Wednesday, June 25, 2008

'Dia seorang anggota tentera'


KUALA LUMPUR - "Ya, seperti saya katakan kepada Kosmo! sebelum ini, saya sedang mengenali seseorang. Dia seorang anggota tentera berusia 24 tahun. Itu saja yang boleh saya katakan."

Begitulah reaksi pelakon popular Fasha Sandha mengenai siapakah jejaka istimewa yang berjaya menambat hatinya yang menjadi 'cerita panas' dalam dunia hiburan ketika ini.

Ketika ditanya adakah tentera itu seorang kerabat diraja seperti yang digembar-gemburkan, Fasha bagaimana pun tidak mahu memberi sebarang komen.

Enggan meneruskan bicara tentang isu yang sama, pelakon ini akhirnya berkata, siapa pun dan apakah nama sebenarnya, bukan masa yang sesuai untuk dihebahkan.

"Maaf, saya tak mahu komen tentang hal itu lagi. Sampai masa yang sesuai nanti, saya akan beritahu. Cukuplah saya katakan 'buah hati' saya hanya seorang anggota tentera yang berusia 24 tahun. Itu saja.

"Hubungan saya dengan jejaka itu baru saja bermula dan saya mengharapkan agar peminat mendoakan yang terbaik untuk diri saya di masa depan." katanya lagi.

Kosmo! semalam mendedahkan hubungan pelakon berkenaan yang dikatakan semakin intim dengan seorang kerabat diraja berusia 20-an dan berstatus bujang.

Pendedahan itu membuatkan banyak yang ingin tahu siapakah jejaka bertuah berkenaan yang berjaya mencuri hati wanita jelita dan popular itu.

No comments: