Wednesday, February 11, 2009

Mulianya seorang wanita.

1. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita??
Jawab Rasulullah,"Suaminya."
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

2. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

3. Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Nabi s.a.w) di dalam syurga.

5. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

6. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

7. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia".

8. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

9. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya,darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

10. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

11. Perempuan apabila sembahyang lima waktu,puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

12. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu
daripada suaminya(10,000 tahun)


11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah
dari mana? mana pintu yang
di kehendaki dengan tidak dihisab.

13. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

14. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

15. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

16. Wanita yang memberi minum air ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

17. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn),maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa
syurga wajib baginya.

No comments: