Orang Kristian sentiasa cuba memesongkan akidah umat Islam dengan pelbagai cara yang halus. Di bawah ialah buku atau komik yang berbahasa Malaysia yang sekali pandang umpama komik biasa.
Apa yang mengejutkan ialah buku ini bukan sekadar buku komik bergambar untuk bacaan kanak-kanak. Apa yang jelas dalam buku ini adalah bercanggah dengan akidah kita sebagai umat Islam.
Menurut email yang diterima, buku ini telah diedarkan oleh pihak tertentu di sekitar Bukit Bintang, di mana teman saya memperolehinya secara tidak sengaja (diedarkan dalam raga motorsikal).
Apa yang membimbangkan kita ialah sasaran buku-buku ini diedarkan adalah untuk kanak-kanak. Buku ini diterbitkan di Indonesia tetapi menggunakan Bahasa Malaysia yang jelas bertujuan memesongkan akidah kanak-kanak Muslim.
Selain komik jahanam seperti ini, ibu bapa dinasihatkan supaya sentiasa memantau juga komik-komik bacaan kanak-kanak yang di alih bahasa dari luar negara seperti Naruto, Doraemon dan sebagainya yang berlambak berada di pasaran . Selain sususan bahasa yang berterabur ditakuti anak-anak kita yang belum berapa faham terikut dengan kepercayaan penulis komik tersebut.
Harap artikel ini disebarkan untuk makluman Saudara Islam kita.
Thursday, February 5, 2009
The dangerous comic!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment