YA QABIDH
Membuang Halangan
Dibaca 100 kali setiap hari, insyaallah kesukaran dan halangan akan hilang denganizin Allah.
Anda juga tidak terancam oleh musuh.
Haid Yang Tak Putus
Dibaca 151 kali dan dihembus kedalam gula, kemudian makanlah gula tersebut. Insyaallah pendarahan
yang tidak tamat selepas tempoh haid tersebut akan berhenti.
Perlindungan Dari Bahaya
Dibaca 100 kali, dengan niat untuk menghalang niat jahat seseorang keatas diri anda atau orang lain.
Insyaallah niat jahatnya akan terhenti.
Mendekatkan Diri Kepada Allah
Dibaca 100 kali pada setiap malam Jumaat. Zikir ini disarankan bagi mukmin yang memohon keampunan
Dan mahu mencapai kebahagiaan hakiki dalam mendampingi Allah.
Terselamat Dari Siksa Kubur
Diamalkan setiap masa dan ketika. Insyaallah anda akan terselamat.
Mengalahkan Lawan
Diamalkan dengan khusyuk selama 3 hari berturut-turut sebelum dan selepas solat.
Insyaallah akan dapat menewaskan lawan.
Terhindar dari Kelaparan
Ditulis keatas 50 cebisan buah atau roti dimakan. Ulang selama 40 hari berturut-turut.
Insyaallah akan bebas dan terhindar dari kelaparan.
wasalam.
No comments:
Post a Comment